11 Mei 2011

Intipati Tausiyah al-Habib Muhammad Soleh al-Attas

Intipati Tausiyah al-Habib Muhammad Soleh al-Attas
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
al-Faqir panjatkan kesyukuran kepada Allah yang masih meminjam nikmat nyawa untuk al-faqir terus menghirup udara sebagai seorang muslim yang mukmin.
Sedikit coretan dari tausiyah Habibuna al-Habib As-Sayyid Muhammad Soleh al-Attas di Masjid Bukhary, Alor Setar. Semoga bermanfaat buat kita semua.
Al Habib memulakan ceramah beliau dengan majlis membaca Selawat , Qasidah dan marhaban memuji Rasulullah SAW
Al Habib Muhammad memulakan ucapan dengan memuji Allah dan berselawat . Habib berkata :
Jika Allah hendak kita jadi baik maka ALLAH sendiri akan mengatur langkah bagi kita , maka kita akan tergolong dalam golongan bahagia .
ALLAH bagi kemuliaan dan keistimewaan kepada kita dengan nikmat Iman dan Islam . Islam adalah sebesar-besar nikmat dari Allah yang kita dapat melalui Rasulullah SAW
Islam merupakan pengorbanan dan jihad nabi yang sebenar !
Rasulullah sampaikan Islam kepada kita hingga Islam itu sempurna . Lain dari Islam semuanya sia-sia Islam sahaja yang betul . Jika kita ambil lain dari ISLAM kita akan rugi.
KITA PERLU BERSATU IKUT AGAMA ALLAH , HUKUM ALLAH , IKUT RASULULLAH .
Kita bersyukur pada Allah kerana Allah beri nikmat Islam pada kita .
Nikmat Islam kita sudah dapat Alhamdulillah tetapi wajib kita memilaharanya agar mantap Iman kita .
Hati kita perlu ada matlamat iaitu hanya Allah matlamat kita!
Jauhi dari maksiat , jauhi dari perkara yang menyebabkan kita jauh dari Allah . Nikmat Iman pemberian Allah kepada kita maka wajib kita syukuri dan jaga betu-betul iman kita .
Al Habib Muhammad berkata lagi
Orang yang jauh dari Allah adalah orang yang tidak berusaha memantapkan Iman dan orang yang sentiasa buat maksiat .
Kita doa pada Allah supaya Allah selamat kita , tunjukkan jalan lurus dan jauh maksiat .
Kalau kita buat maksiat maknanya kita zalimi diri kita , kita jauh dari Allah akan akan sesatkan kita yang zalimi diri kita .
Orang yang zalim sentiasa ikut nafsu dan melakukan yang haram , hidup tidak taat pada hukum agama . Orang yang zalim akan sesat dan tidak dapat jalan atas titi sirot dan akan jatuh dalam neraka …………(ALLAH jauhakan hamba , guru hamba , keluarga dan sahabat dari perkara ini) .
Paling hina adalah zolim diri sendiri .
Tidak usha diri kepada dekat diri pada Allah dengan melakukan maksiat . Seamasa Ibadat tidak hadir hati pada Allah . Ibadat tampa ingat kematian .
Antara usha memantapkan Iman kita perlu ingat kematian .
Ingat mati adalah usha untuk menyekat nafsu dari melampau . Ingat mati boleh memutuskan hawa nafsu dunia . Insyallah kalau ingat mati kita takut buat maksiat , takut buat benda haram . Kalau ingat mati kita akan sentiasa bertaubat .
Insyallah cara ini akan buat iman kita mantap . Kita hidup sentiasa dalam keadaan takut Allah .
Takut Allah murka .
Hati kita sentiasa berbalik-balik , kita perlu jaga hati supaya kearah kebaikan . Doa agar hati kita tidak menyimpang ke arah kejahatan . Jaga hati , jika kita buat satu dosa maka satu tompuk hitam akan menutupi hati, andai kita zikir satu maka akan terpadam satu titik hitam itu , andai kita tidak zikir maka hati akan bertambah gelap .
Habib berkata lagi taat pada Allah , maka boleh kita ikut Rasulullah SAW
Ikut hukum , rukun , syarat , amalan Rasulullah .
-Antara amalan untuk mantap Iman
1.- Diri solat awal waktu
2. – Solat Jemaah
3- Solat dengan khusyuk
4 – Sempurna solat ikut rukun dan syarat
5 – solat ikut sunnah
6 – jauh dari yang membatalkan solat
Solat yang baik memberi kesan pada diri kita untuk jadi baik , solat yang baik dapat kuatkan hubungan kita dengan Allah SWT .Solat adalah hubungan kita dengan Allah , lakukan, dirikan solat dengan baik .
Akhir sekali habib berpesan kepada kita mantapkan iman kerana sekarang zaman fithnah yang sangat bahaya . Mantapkan Iman dan Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan