15 Ogos 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HAUL UMMU MUKMININ SAIDAH KHADIJAH AL-KUBRA R.A & ABUYA AS-SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI R.A


JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HAUL UMMU MUKMININ SAIDAH KHADIJAH AL-KUBRA R.A & ABUYA AS-SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI R.A

11 Ogos 2011

Tazkirah Ramadhan Bersama Ulama Syria, Syeikh Muhammad ‘Abdul Lathif bin Muhammad Sholeh al-Farfur di Masjid Negeri Shah Alam


Tazkirah Ramadhan Bersama Ulama Syria, Syeikh Muhammad ‘Abdul Lathif bin Muhammad Sholeh al-Farfur di Masjid Negeri Shah Alam

Pengajian Kitab dan Tazkirah Ramadhan Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki Sepanjang Ramadhan 1432

Pengajian Kitab dan Tazkirah Ramadhan Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki Sepanjang Ramadhan 1432

Surat Jawapan Ustaz Uthman Kepada Mufti Perlis


Surat Jawapan Ustaz Uthman Kepada Mufti Perlis

Surat Jawapan Ustaz Uthman Kepada Mufti Perlis
with one comment
Berikut adalah kandungan surat jawapan Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady:
*******
Bertarikh 1 Ogos, 2011
Kepada Sahibussamahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis dengan alamatnya
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
Tuan
Dengan merujuk kepada surat tuan (…) bertarikh 27hb Julai 2011 dinyatakan dengan hormatnya, surat itu itu telah dibaca dan difahami.
2. Bagi menjawabnya, oleh kerana kenyataan-kenyataan saya dalam sesi berkenaan dibuat dalam majlis anjuran KDN Bahagian Keselamatan Dalam Negara, menyentuh aliran-aliran tertentu, dalam Islam, saya meminta pihak tuan memohon kepada JAKIM dan Majlis Keselamatan Negara (yang merupakan pihak-pihak yang berwenang tentang sesi itu) untuk mengadakan satu Persidangan Pakar bagi menangani masalah kebocoran maklumat rahsia ini dan menyelesaikan masalah salah tanggapan oleh pihak-pihak yang berpandangan tidak tepat itu dengan kadar yang segera.
3. Ahli-ahli yang mengambil bahagian itu hendaklah pakar-pakar yang ditentukan oleh JAKIM dan MKN, dan orang-orang yang tidak berkenaan hendaklah dikecualikan daripada hadir di dalamnya kalau perlu dengan “screening” dilakukan oleh MKN.
4. Maklumat-maklumat rahsia itu kalau diputuskan oleh MKN munasabah disebarkan kepada sasaran yang sesuai barulah ia disebarkan. Atas nama individu-individu penyebarannya tidak dibenarkan.
5. Dalam hubungan itu, dengan ini tidak timbul “bahaya’ dari mana-mana kerajaan tertentu (saya tambah lagi di sini: juga tidak timbul “sesat” mana-mana kerajaan tertentu, dan “keganasan” kerajaan tertentu, itu tuduhan tidak benar, fitnah) dan masalah ibadat haji tidak perlu ditunda sebab saya sendiri pun baru menunaikan haji akhir tahun 2010.
6. Saya menanti dengan penuh harapan agar permohonan pihak tuan dilaksanakan oleh MKN dan JAKIM.
Wassalam,
Yang benar
tt Muhammad Uthman El-Muhammady
ISTAC IIUM
Kuala Lumpur Campus
Dengan cc kepada YAB Menteri Dalam Negeri, KP JAKIM, dan Setiausa Bahahagian Keselamatan Dalam Negeri KDN.
***********
Nota tambahan: Tidak timbul daripada surat ini saya tidak mahu bertemu dalam dialog, hanya saya mahu ia menyelesaikan masalah, menjamin kesejahteraan negara, menjaga hubungan negara dengan negara-negara lain, tanpa sensasi, budaya benci membenci, mencari nama, mencaci orang, menangguk di air keruh. Allahumma sallimna wal-muslimin.
Tentang orang hendak menuduh saya itu dan ini respon saya ialah: hasbuna’Llahu wa ni’mal-wakil ni’mal maula wa ni’man-nasir. Kita serah kepadaNya Amin.
Yang benar
Muhammad Uthman El-Muhammady ISTAC Campus KL 9-8-11 3.03 ptg
http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2011/08/10/surat-jawapan-ustaz-uthman-kepada-mufti-perlis/

10 Ogos 2011

RAMADHAN SERIES 15TH

RAMADHAN SERIES 15TH

Isha’ & Tarawih @ Masjid Bukit Antarabangsa
Jalan bukit Antarabangsa, Taman Bukit Utama
Bukit Antarabangsa, KL – Malaysia

08 Ogos 2011

Majlis Fatwa gesa siasat isu gereja


Majlis Fatwa gesa siasat isu gereja
2011/08/08
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu pihak berkuasa menyiasat segera motif sebenar umat Islam dijemput menghadiri majlis makan malam di sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin yang kesal dengan kejadian itu turut mempersoalkan kenapa majlis itu diadakan ketika umat Islam menjalani ibadat puasa.
“Jika ia bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menukar agama, perkara itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara.
“Jika ia sekadar program makan malam, ia tidak sesuai kerana itu adalah waktu berbuka puasa dan diadakan di gereja. Jadi kita kena tengok apa motif sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya kerana mengadakan majlis yang turut dihadiri umat Islam.
Majlis itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan percuma kepada golongan miskin atau menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka.
Sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. Pendedahan itu dibuat beberapa individu yang pernah menyertai program sama dan seorang daripadanya ditahan dalam serbuan itu.
Sambil membidas NGO terbabit kerana tidak menghormati sensitiviti Islam terutama di bulan mulia ini, Abd Shukor meminta semua pihak supaya mengelak melakukan perkara sensitif termasuk menjemput orang Islam menghadiri majlis di gereja kerana ia jelas menimbulkan pelbagai tanggapan.
Abd Shukor juga menegaskan, JAIS tidak boleh dipersalahkan kerana jabatan itu hanya menjalankan tugas.
Beliau meminta pihak yang menghentam JAIS supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai tugas serta peranan jabatan berkenaan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MajlisFatwagesasiasatisugereja/Article/index

04 Ogos 2011

Majlis Ihya Ramadhan di Madrasah at-Tazkiyyah (1 – 17 Ramadhan 1432H)

Majlis Ihya Ramadhan di Madrasah at-Tazkiyyah (1 – 17 Ramadhan 1432H)

Ikuti setiap pagi (sehingga 17 Ramadhan) pengajian kitab Syarah ‘Ainiyyyah karya al-Imam al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi (murid dari al-Imam al-Haddad) bersama Habib Mahdi al-Hamid di secara online dan juga rakaman di sini

03 Ogos 2011

Majlis Khas Sempena Ramadhan

Majlis Khas Sempena Ramadhan