10 November 2012

Menutup aurat elak fitnah


Menutup aurat elak fitnah

Posted by epondok di November 10, 2012

      Rate This

Noraini Ismail
Senangkah mendedahkan aurat? Jawapannya susah kerana setiap kali seseorang wanita itu hendak berpakaian, dia akan pastikan baju yang dipakai sedondon dengan beg dan kasut. Begitu juga jika ditanya lagi senangkah seseorang wanita itu menutup aurat? Jawapannya juga sama iaitu susah.

Wanita yang berpakaian menutup aurat tidak lari daripada berdepan masalah memastikan tudung yang dipakai bersesuaian dengan baju. Bagi yang terikut perkembangan fesyen tudung terkini, sanggup bersusah payah melilit tudung mengikut kreativiti masing-masing.
Kesusahan menutup aurat berbaloi

Semua itu pastinya mengambil masa untuk wanita berdandan. Walaupun memakai pakaian menutup aurat juga menyusahkan, tetapi kesusahan yang dilalui berbaloi kerana berpakaian menutup aurat dituntut oleh agama.

Sebaliknya bagi golongan yang bersusah payah mendedahkan aurat, terpaksa pula menanggung dosa kerana kekhilafan itu menyebabkan mereka terdedah kepada perbuatan mungkar seperti maksiat, perzinaan dan dirogol.

Mohd Zamri yang juga pengacara Adik dan Al-Quran terbitan TV9 memetik firman Allah SWT: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuan dan perempuan-perempuan beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha mengasihani,” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Mohd Zamri berkata, berdasarkan perkembangan sekarang, ramai wanita berpakaian sopan, tetapi belum menepati ciri-ciri menutup aurat yang ditetapkan Islam. Ada yang memakai tudung, tetapi tudung tidak menutupi dada, pakai baju berlengan pendek serta berkain singkat.

Katanya, walaupun tiada penetapan khusus bentuk atau rekaan pakaian untuk wanita Islam, tetapi ia hendaklah selari dengan kehendak Islam iaitu tudung melebihi dada, baju tidak menampakkan susuk tubuh dan kaki ditutupi sarung kaki.

Punca zina

Beliau turut membahaskan ayat membicarakan mengenai zina yang mana penzina wanita disebut terlebih dulu diikuti penzina lelaki sebagai menunjukkan bahawa kejadian zina berpunca daripada wanita kerana tidak menutup aurat.

Seseorang wanita yang tidak menutup aurat, kecantikannya menjadi sajian mata lelaki dan ini mendorong nafsu lelaki meluap untuk melakukan maksiat.

Justeru, wanita dinasihatkan supaya sentiasa memelihara aurat mereka supaya tidak menjadi fitnah kepada diri sendiri terutama bagi wanita yang menutup aurat, tetapi tidak menepati kehendak syarak.

5 perkara untuk kawal nafsu


5 perkara untuk kawal nafsu

Antara punca nafsu tidak terkawal ialah :

1.Tidak menjaga pemakanan.

Terutamanya makan ayam. Siang malam pagi petang, asyik bedal ayam. Oleh itu kalau nak kawal nafsu… kurangkan makan ayam dan daging, Tapi ayam lebih-lebih lagi kena elak.

2. Tidak banyak aktiviti berfaedah.

Oleh itu banyak masanya dihabiskan berkepit dengan katil atau tempat tidur. Lain perkataan terperap dan asyik nak tidur. Antara tanda-tanda seorang pelajar yang banyak abiskan masa pada perkara tidak berfaedah ialah tidur di dalam kelas. ( Sebab tu bagi pusing bawah kerusi ). Maka bagi mengelak terjerumus dalam perkara yang tidak senonoh hendaklah mengabiskan masa dengan sesuatu yang menambah ilmu seperti berusrah, beriadah dan amalan kerohanian.

3. Suka fokus pada perkara yang negatif.

Sebab itu ia tidak mampu fokus pada perkara yang penting dan utama. Akal dibelakangkan dan ia suka berkhayal dengan perkara yang menyimpang atau porno.

4. Memandang kecantikan wanita.

Walaupun anda seorang wanita. Anda perlu elak dari memandang pada aurat wanita lain. Apa lagi menikmati kecantikan dan keindahannya.

5. Jauh dari Allah.
Insaflah. Hidup hanya seketika. Banyakan berzikir dan berdamping dengan guru yang arif.Perbaiki diri dan kuatkan iman, Insyallah ada jalan keluar bagi setiap kesulitan anda.