30 Disember 2012

Majlis bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di di Masjid Al Falah USJ 9.


Majlis bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di di Masjid Al Falah USJ 9.

295135_463980310304478_366342722_n

08 Disember 2012

Amalan membaca surah Yasin untuk jenazah


Amalan membaca surah Yasin untuk jenazah



Oleh Mohd Kamel Mat Salleh

Suatu yang menjadi kelaziman apabila berlaku sesuatu kematian ialah membaca ayat al-Quran di sisi mayat. Ia bermula sebaik saja mayat dibaringkan di rumah sehinggalah ke saat untuk memandikannya. Malah ada waris dan sanak saudara si mati mengkhatam al-Quran melalui bacaan yang dibahagikan mengikut juzuk.

Sesiapa saja yang datang melawat jenazah akan mengambil buku bacaan surah Yasin atau al-Quran untuk dibaca bagi dihadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati. Surah yang dibaca bukan setakat surah Yasin tetapi juga surah lain dengan niat yang satu iaitu untuk dihadiahkan pahala bacaan kepada si mati.
Melihat kepada apa yang diamalkan ini, ia tidaklah dilarang kerana memang terdapat beberapa nas dan dalil bahawa bacaan surah Yasin di sisi mayat adalah dituntut.

Hadis daripada Maqil ibn Yasar ada menyebut bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Bacalah surah Yasin ke atas orang-orang mati dari kalangan kamu (Riwayat Abu Daud dan dianggap sahih oleh Ibn Hibban).

Ramai ulama menyebut di dalam kitab mereka mengenai kewajaran membaca surah Yasin di sisi si mati. Mereka termasuklah al-Imam al-Nawawi, al-Khatib al-Syarbini, Wahbah al-Zuhayli, Sayyid Sabiq dan Daud al-Fatani.

Al-Imam al-Qurtubi ada menyatakan bahawa lafaz orang mati daripada kalangan kamu itu boleh membawa kepada dua tafsiran iaitu membacanya di sisi mayat selepas kematiannya dan membacanya di tanah perkuburan.

Berkaitan dengan saranan Rasulullah SAW agar surah Yasin dibacakan berhampiran dengan orang-orang yang hampir mati ialah supaya rohnya mudah keluar.
Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: Surah Yasin itu ialah hati al-Quran, sesiapa yang membacanya dengan mengharap keredaan Allah dan kebahagiaan hidup di hari akhirat akan diampunkan dosanya dan bacalah surah Yasin ke atas orang mati daripada kalangan kamu.

Terdapat banyak hadis yang menerangkan kelebihan membaca surah Yasin di samping surah lain, antaranya ialah sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa membaca Yasin pada malam hari kerana menuntut keredaan Allah, nescaya akan dihapuskan oleh Allah dosa-dosanya, bacalah ia di hadapan orang yang mati daripada kalangan kamu. (Riwayat at-Tirmizi)

Daripada Anas RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda: Bahawa bagi tiap-tiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran ialah Yasin, maka barang siapa membaca Yasin, maka Allah akan mencatat seperti bacaan al-Quran 10 kali. (Riwayat at-Tirmzdhi).

Berhubung permasalahan ini juga, Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa manusia yang masih hidup boleh menjadikan perbuatannya sebagai pahala kepada si mati termasuk bacaan al-Quran. Walaupun pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie menyatakan bahawa pahala bacaan tidak sampai tetapi Ashab al-Syafie (pengikut mazhab Syafie) menyatakan bahawa pahala bacaan tersebut sampai. Pendapat ini turut dipegang oleh Imam Hambali.

Menurut seorang ulama besar Universiti al-Azhar Mesir iaitu al-Marhum al-Syeikh Atiyyah Saqar dalam himpunan fatwanya, tiga cara yang sepatutnya dilakukan berkaitan dengan hal sedekah pahala bacaan al-Quran adalah seperti berikut:

Membaca ayat al-Quran dan kemudian berdoa supaya dirahmati dan diampunkan dosa si mati. Si mati hendaklah bertawassul dengan perbuatan salihnya iaitu membaca al-Quran dan kemudian doakan kerahmatan buat si mati;

Membaca ayat al-Quran dan kemudian dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan Allahumma awsil thawaba ma qaranahu li fulan (Ya Allah sampaikanlah pahala apa yang telah kami baca kepada roh si polan);

Diniatkan terlebih dulu di permulaan bacaan atau ketika membaca ayat al-Quran bahawa pahala bacaan tersebut adalah untuk si polan bin si polan.

Seorang ulama Nusantara iaitu Syeikh Daud al-Fatani pernah ditanya apakah hukumnya membaca doa khatam al-Quran dengan meniatkan pahala bacaan kepada ruh si mati. Beliau menyatakan bahawa ia adalah dibenarkan, seperti terjemahan doa ini Ya Allah, jadikanlah pahala bacaan kami sebagai tambahan kemuliaan bagi Nabi SAW dan jadikanlah juga pahala yang sama dan gandakan untuk roh si polan atau dalam suratan amalannya.

Jika ada yang tidak mahu atau tidak mampu untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada si mati, digalakkan juga mendoakan kepada si mati agar diberi keselamatan, kesejahteraan dan pengampunan daripada Allah buat orang yang meninggal dunia itu.

Belajar Menengah-Universiti Al-Azhar Mesir


Belajar Menengah-Universiti Al-Azhar Mesir


PENDAFTARAN KE MA'AHAD AL-AZHAR MESIR 2013-2014 KINI DIBUKA !

Mereka yang tamat ke program ini bakal mendapat Sijil/Syahadah yang diiktiraf Malaysia, Kos pengajian&kehidupan yang rendah dan selesa serta berpeluang meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi ke Universiti Al-Azhar dan universiti2 lain juga universiti2 tempatan.

Syarat-syaratnya:
1- Berumur 12-35 tahun (lelaki/perempuan)
2- Berkemampuan (Diri&Kewangan)
3- Berazam berkemahuan tinggi mahu belajar (tidak perlu apa2 sijill)

Tarikh pendaftaran ke (2): 5. Disember 2012 - 5. Januari 2013. Hubungi 006 019 3801979 (serius/telah bersedia sahaja).

*  
1-Terbuka utk semua warganegara Malaysia, Singapore, Brunei SAHAJA. (Bagi Malaysian lepasan UPSR, PMR, SPM, STAM, THANAWI, PONDOK dan lain2 bagi Singaporian&Brunei apa-apa sijil agama yang dimiliki)
2-Tempat belajar di Ma'ahad Bu'uth Islamiah Kaherah Mesir. 
3-Belajar menengah iaitu Sanawi Al-Azhar selama 2 atau 3 tahun kemudian dapat sijil Sanawi Al-Azhar mesir yg diiktiraf yg membolehkan masuk Universiti Al-Azhar pula. 
4- Kos yuran, sara hidup, belanja dan lain2 disana dalam RM400 ringgit malaysia setiap bulan lebih kurang USD150 sebulan. 
5-Tidak tahu bahasa arab juga diterima krn akan diadakan kursus B.Arab di Mesir. Daftar segera

02 Disember 2012

Awasi Tembelang Zionis Yahudi


Awasi Tembelang Zionis Yahudi



Mohd Hassan Adli Yahya
SAIDINA Ali Abi Talib pernah memberi peringatan yang amat mendalam, bahawasanya: “Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain.”
Kisah kaum bani Israel banyak dirakamkan dalam al-Quran bertujuan mendedahkan tembelang mereka dalam isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat. Jangan sesekali ada di kalangan umat Islam yang mencuba untuk menjalinkan sebarang hubungan diplomasi walau atas dasar apa sekalipun.
Perkataan Israel pada asalnya bermaksud pilihan dan ia adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub. Justeru, bani Israel adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub dan sekarang mereka lebih dikenali sebagai Zionis.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya, bani Israel ini adalah kaum yang dimuliakan Allah SWT suatu ketika dulu. Kebanyakan daripada keturunan bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan kepada kaum lain.” (Surah Al-Baqarah, ayat 85) Sebagai bangsa pilihan, mereka dilimpahi nikmat Allah yang tidak diberikan kepada bangsa lain. Antara nikmat itu ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang daripada kalangan mereka, selain diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya.
Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Baqarah, ayat 40 yang bermaksud: “Wahai bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang-Ku berikan kepadamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurna perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah saja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” Walaupun Allah SWT melimpahkan pelbagai nikmat kehidupan, mereka berubah menjadi bangsa lupa diri, sombong, takbur, mempermainkan ayat Allah dan ajaran agama, bahkan tergamak membunuh pendakwah serta nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.
Al-Quran mendedahkan kejahatan mereka yang langsung tiada sifat manusia. Dalam diri mereka ini tersemat beraneka kejahatan yang tersembunyi dalam hati mereka yang diterjemahkan dengan sifat serta perlakuan jahat.
Dalam satu kisah sahabat, pada suatu hari Abu Ubaidah al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar.” Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran daripada surah al-Imran ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah dan membunuh nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita kepada mereka dengan azab pedih.” Baginda meneruskan sabdanya: “Wahai Abu Ubaidah, ketahuilah bahawa bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan yang menyeru kepada makruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka membunuhnya pada sebelah petang.” (Riwayat Abu Hatim dan Ibn Jarir).
Sejarah Islam juga mencatatkan kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janji. Hampir semua perjanjian yang termeterai antara mereka dengan Rasulullah SAW telah mereka khianati. Tidak menghairankan seandainya rejim Yahudi di Israel kini kekal mempamerkan sifat yang menjadi darah daging mereka iaitu mengulangi perbuatan khianat dan mungkir janji seperti dilakukan nenek moyang mereka dulu.
Mereka bukan saja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malah dengan angkuh dan sombong tidak bersedia untuk tunduk kepada resolusi diputuskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkaitan isu perdamaian Asia Barat.
Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran yang mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat.
Bahkan, umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air serta agama mereka. Penjajahan haram Yahudi yang begitu laparkan tanah di bumi Palestin bertindak melebar penguasaan mereka hasil daripada ‘dasar penaklukan yang menggila’ itu.
Kaum Yahudi sentiasa berusaha dengan pelbagai cara dan helah, sama ada secara terang-terangan mahupun sulit agar kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama mereka dan kembali menjadi kufur. Perilaku jahat kaum Yahudi berkenaan dirakamkan dalam al-Quran untuk dijadikan pengajaran kepada umat Islam selepasnya.
Menerusi surah al-Baqarah ayat 109, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Banyak antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir selepas kamu beriman kerana dengki yang timbul dalam diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW).” Kisah kejahatan kaum Yahudi terhadap masyarakat Islam di Palestin khususnya di Gaza, bukanlah sesuatu yang asing jika kita singkap kembali sejarah perangai bangsa yang dilaknat Allah ini. Mereka pernah membuat onar dengan memanipulasi ekonomi negeri Yathrib (Madinah) ketika menjadi kaum yang menumpang di sana yang mana penduduk asalnya terdiri daripada kalangan Aus dan Khazraj.
Mereka memonopoli sistem ekonomi di Yathrib dan mengamalkan riba sehingga menindas kaum Aus dan Khazraj. Akhirnya kaum Aus dan Khazraj bersatu di bawah panji Islam dan berlakulah peristiwa hijrah yang mereka kemudiannya dikenali sebagai kaum Ansar.
Puak Yahudi pada asalnya pendatang asing dan menumpang di Yathrib. Mereka tidak punya negara. Akhirnya mereka seolah-olah mencipta negara haram mereka sesuka hati di Yathrib. Hari ini sejarah berulang kembali. Mereka laksanakan perkara yang sama di bumi Palestin.
Israel bukan sebuah negara, kerana mereka pendatang asing yang mencipta negara mereka secara haram. Laknat Allah ke atas Zionis.

SIRI MAJLIS ILMU BERSAMA DR USAMA EL-SAYED MAHMOUD AL-AZHARI