15 November 2010

Majlis Ta'lim Bulanan 20-21hb November 2010

Majlis Ta'lim Bulanan
Bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
Huraian dari buku-buku beliau akan disyarahkan dalam Bahasa Malaysia.
Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Hari Sabtu 20 November 2010 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 21 November 2010 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul 'Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama'
Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis-majlis diatas untuk pedoman perjalanan kita ke akhirat.
Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan yang juga akan dimaklumkan pada majlis semasa.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.

LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : [url=http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/]http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/[/url]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan