10 Februari 2010

PERAYAAN MAULID NABI

PERAYAAN MAULID NABI




DARI KACAMATA



AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH



Ditulis oleh : Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Hj Mohd Alwi



Tel: 0199181278



Blog: http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/



Assalamualaikum WarahMatullahi Wabarakatuh



Disediakan oleh:Tuan Blog



Apa dah jadi dengan Wahhabi-wahhabi ini hinggakan amalan maulid pun dikira syirik dan berdosa. Lihat guru mereka iaitu Ibnu Baz yang mengatakan sedemikian dalam kitabnya Akhta’ Fil Aqidah.



Wahhabi mengatakan bahawa para ulamak, du’at tetamu-tetamu dan semua yang hadir pada majlis maulid yang diadakan baru-baru ini di masjid negara itu adalah sesat, termasuklah bekas Pm kita Tun Abdullah Ahmad Badawi pun sesat juga?, subhanallah!!! dunia nak kiamat dah, ini adalah bala bagi umat Islam tambah pulak dengan kemunculan Hizbu Tahrir di Malaysiai ni.



Alhamdulillah sempat juga tuan blog menghadiri masjlis maulid di MAsjid Negara tersebut dan sempat bertemu dengan beberapa tetamu dari luar Negara seperti Sheikh Ali Jumaah, Mufti Iraq, Doktor Omar Hasyim, Pengerusi Darul Fatwa Australia dan lain-lain, begitu juga dengan tetamu tempatan seperti Pak Lah, Doktor Usman al Muhammadi dan lain-lain lagi.Kehadirannya amat mengkagumkan, ini menunjukkan bahawa Umat Islam menerima keharusan sambutan Maulid Nabi ini yang diadakan pada setiap tahun. Bukan macam wahhabi dan kuncu-kuncunya yang hanya suka membid’ahkan dan menyesatkan umat Islam, sehingga ada di antara Wahhabi yang mengatakan bahawa daging yang disembelih pada malam maulid untuk diberi makan pada orang ramai pada malam itu, daging tersebut lebih haram dari daging babi.



Sesungguhnya kesabaran demi kesabaran dan perjuangan demi perjuangan yang dilalui dan dirasai oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallahualaihi wasalam perlu dijadikan tauladan kepada kita. Sebenarnya riwayat kehidupan baginda perlu dijadikan asas untuk menghayati kemanisan satu perjuangan dalam menegakkan agama Islam. Oleh itu kelahiran baginda adalah satu nikmat yang amat besar bagi kita, dan menjadi penyemarak semangat untuk terus hidup sebagai seorang insan yang berguna pada agama dan umat Islam.



Sesungguhnya umat ini tidak akan diangkat martabatnya kecuali dengan kehebatan nabinya. Justeru itu, setiap 12 hb Rabiulawwal kita bersama-sama sentiasa merayakan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad supaya akan bertambah lagi kasih sayang dan penghormatan kita terhadap baginda Sallallahualaihi wasallamn.



Allah azzawajalla memberi penghormatan kepada nabi-Nya yang mulia dengan dianugerahkan kepada baginda tanda-tanda kebesaran yang banyak. Antaranya ialah akhlak baginda dan budi pekertinya yang mulia. Firman Allah ta’ala berbunyi:



وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ



Maknanya:. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.

(Al Qalam: 4)



Begitu juga baginda dianugerahkan dengan keturunan yang mulia dan martabatnya yang tinggi, seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah azzawajalla:



لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ



Maknanya: Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin. (Al Taubah: 128)

Dan juga pujian Allah pada baginda yang mana pujian tersebut juga dinyatakan di dalam kitab-kitab Allah yang lain. Firman-Nya berbunyi:



مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً



Maknanya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnian Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Karena Allah hendak menambahkan lagi kemarahan pada hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Fatah: 29)



Golongan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah adalah golongan Al Asya‘irah dan Al Maturidiah sepertimana yang dinyatakan oleh Al Hafiz Murtadha Al Zabidi (w.1205 H):



إذا أطلق أهل السنة و الجماعة فاالمراد بهم الأشاعرة و الماتريدية



Maknanya: “Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al Asya‘irah dan Al Maturidiah”. (Ithaf Sadatil Muttaqin, jilid 2, hlm 6).

Akidah Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda telah bersabda:

“Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah

(al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah)



Begitu juga ajaran Ahli Sunnah Wal jamaah menggalakkan kita menyambut perayaan Maulidurrasul, kerana ia tidak bertentangan sama sekali dengan syarak. Di bumi Melayu kita ini sudah menjadi adat dan kebiasaan menyambut Maulidurrasul yang mana adat ini tidak bercanggah dengan Islam. Sultan-sultan dan pemimpin-pemimpin rakyat Islam di Malaysia menyambutnya dengan penuh semangat sekali pada setiap tahun.



Mengikut ajaran Ahli Sunnah, menyambut Maulidurrasul adalah diharuskan. Ulama Ahli Sunnah banyak menulis kitab-kitab yang menerangkan keharusan menyambut Maulid, antaranya Imam Assayuti dalam kitabnya Husnul Maqsid fi ‘Amalil Maulid, Al Hafiz al Sakhawi dalam Fatwanya, Ibn al Jauzi dalam kitab Mir’atul Zaman dan banyak lagi.



Al Hafiz al Sakhawi telah menyatakan dalam Fatwanya bahawa amalan maulid berlaku selepas kurun ketiga, kemudian umat Islam dari semua kawasan dan bandar-bandar besar meneruskan amalan sambutan perayaan maulid ini. Pada malam perayaan, mereka melakukan bermacam-macam jenis sedekah. Mereka membaca kesah kelahiran junjungan besar nabi yang mulia. Oleh itu telah zahir keberkatan kepada mereka secara menyeluruh.

Ibn al Jauzi telah menyebut dalam kitab Mir’atul Zaman bahawa beliau pernah menghadiri perayaan maulid yang dipenuhi dengan para ulama dan ahli sufi yang benar. Atas dasar inilah ulama-ulamak Ahli Sunnah telah menjelaskan bahawa perlu bagi kita untuk menyambut atau membuat perayaan maulid bagi membuktikan bahawa kita masih cinta dengan nabi Muhammad. Justeru, amalan menyambut maulid nabi amat digalakan oleh Islam dan bukanlah satu perkara bid’ah buruk yang dicela dalam syarak.



Perlu dinyatakan di sini bahawa Maulidurrasul adalah satu tanda rahmat yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah kita sekarang masih lagi menyambut perayaan Maulidurrasul dan kita menjadikan ia sebagai hari perayaan setiap tahun. Maka jelas di sini bahawa sambutan perayaan maulid Nabi adalah bid’ah hasanah(baik), dan tiada sebab yang boleh menolak keharusan perkara tersebut, bahkan ia layak digelar sebagai sunah yang baik kerana ini merangkumi sabda Rasulullah:



“من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء”



Maknanya:: “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka”



Kesimpulannya di sini ialah amalan menyambut maulid boleh diketogorikan sebagai bid’ah yang baik. Walaupun perbuatan ini tidak pernah dilakukan di zaman nabi dan zaman selepasnya, tetapi ia dilakukan pada awal pertama kurun ketujuh hijrah. Orang pertama yang melakukannya secara besar-besaran ialah seorang raja kawasan yang bernama Irbil. Dia seorang yang alim,bertaqwa lagi berani, namanya ialah al Muzaffar. Ketika beliau menyambut perayaan maulid secara besar-besaran beliau telah mengumpulkan ulama hadis dan sufi. Golongan ulamak pula telah menerima amalan ini dengan baik di timur dan di barat. Di kalangan mereka ialah al Hafiz al Sakhawi, al Hafiz al Sayuti dan selain mereka.



Di tanah Melayu kita, orang melayu pertama yang merayakan Maulid Nabi secara besar-besaran ialah seorang ulama yang masyhur, Haji Abdul Rahman bin Haji Osman bin Senik atau dikenali dengan panggilan Tok Selehor yang berasal dari Kelantan, anak murid kepada Syeikh Daud al Fattani. Beliau mengajak orang Islam agar berzanji dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran yang diadakan olehnya dapat diterima oleh masyarakat setempat.



Wahai saudara-saudarku sekalian, hayatilah kelahiran Nabi kita ini dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukkan serta dengan penuh kasih sayang, agar ia menjadi penawar bagi jiwa-jiwa kita untuk menyambung lagi pejuangan kita di atas muka bumi ini. Dan jangan sekali-kalai melayani bisikan-bisikan dan hasutan-hasutan golongan Musyabbihah Mujassimah seperti Wahhabiah yang bertopengkan dengan nama Islam tetapi pada hakikatnya ingin menghancurkan Islam dengan mengatakan bahawa amalan menyambut perayaan maulid Nabi adalah satu amalan yang yang tidak ada dalil dari Islam yang mengharuskannya bahkan ia adalah haram dan pelakunya layak dihumban ke dalam neraka. Sedangkan orang yang menjadi tempat rujuk mereka (mereka yang menafikan keharusan perayaan Maulid Nabi ) dalam agama mereka iaitu Ibnu Taimiah sendiri pun telah menghukumkan bahawa perayaan Maulid adalah harus sepertimana yang disebut dalam kitabnya Iqtidho Sirotil Mustaqim.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Disediakan oleh:

Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi



http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan