23 Februari 2010

Penghayatan Bulan Kelahiran Rasulullah SAW-Malam Ini

Penghayatan Bulan Kelahiran Rasulullah SAW-Malam Ini




Bersama Habib Al bin Habib Ahmad Masyhur Toha Al Haddad
Dan Habib Adnan bin Habib Ali Al Haddad Ulama Jeddah
Tarikh : 24hb Februari 2010(RABU)
Tempat : MASJID DARUL EHSAN ,
             taman Tun Abd Razak , Ampang, KL
Masa     : Lepas Mahgrib
info : 019-216 8426 (imam Sabri)



http://pondokhabib.wordpress.com/

22 Februari 2010

Siri Sambutan Maulidrrasul 1431H

Siri Sambutan Maulidrrasul 1431H






A) AHAD , 5 RABIUL AWAL ( 21 FEB)

MASJID ISTIQOMAH ,

Kayangan Heights , Subang Permai

DATO HASAN DIN AL-HAFIZ

selepas Maghrib





B) KHAMIS , 11 RABIUL AWAL ( 25 FEB)

MASJID AL-FALAH USJ 9 ,

Persiaran Kewajipan, Subang Jaya , Selangor.

HABIB ADNAN AL-HADDAD ,

HABIB ALI AL-HADDAD &

SYEIKH FAHMI ZAMZAM

info : 013-330 9474 (imam)





C) JUMAAT , 12 RABIUL AWAL ( 26 FEB)





1.

MASJID AL-FALAH USJ 9

QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH

mula jam 3.30 pagi





2.

MASJID AL-FALAH USJ 9

BUAL BICARA MAULIDURRASUL :

DATO HASHIM YAHYA (MANTAN MUFTI WILAYAH KL)

& DATIN AMINAH ZAKARIA

mula jam 9.00 pagi





3.

MASJID DARUL EHSAN ,

taman Tun Abd Razak , Ampang, KL

mula Jam 3.30 ptg

info : 019-216 8426 (imam Sabri)





4.

MASJID ALBUKHARY

Dekat Stesyen Monorel Jln Hang Tuah , KL .

HABIB ADNAN AL-HADDAD

selepas Maghrib

info : 012-343 8074 (imam Mohd al-Jufry)





5.

MASJID AS-SOBIRIN,

AU 5, Lembah Keramat

AL-FADHIL DR. UTHMAN AL-MUHAMMADY

mula 6.30 ptg









D) SABTU , 13 RABIUL AWAL ( 27 FEB)





1.

YAYASAN SOFA , REMBAU , N9.

DR MUHAMMAD MU'TAZ AL-HUSAINI (SYRIA)

5 ptg - 10 mlm





2.

YAYASAN AL-JENDERAMI ,

kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE.

HABIB ADNAN AL-HADDAD

selepas Maghrib





E) AHAD, 14 RABIUL AWAL ( 28 FEB)





1.

PUSAT PENGAJIAN MADRAS AN-NUR

d/a Rumah Habib Husin al-Juned

36, Jln Pantai Murni 3, Pantai Dalam, KL

HABIB ADNAN AL-HADDAD , HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, SYEIKH FAHMI ZAMZAM

mula jam 11.30 pagi

info : 019-331 6617 (syed Mohd Benhafidz)





2.

PUSAT PENGAJIAN BEN ALAWI,

kemensah Heights (belakang zoo negara), Hulu Klang.

HABIB ADNAN AL-HADDAD, HABIB ALI Z.A. AL-HAMID, TN GURU BABA AZIZ, SYEIKH FAHMI ZAMZAM

Mula jam 5.00 ptg

info : 019-669 3887





F) 18 - 20 RABIUL AWAL (4-6 MAC)





YAYASAN AL-JENDERAMI ,

kg Jenderam Hilir , 43800 Dengkil , Selangor DE

info : http://yayasanaljenderami.blogspot.com/

19 Februari 2010

Majlis Sambutan Maulidurrasul di Kompleks Yayasan Sofa, Kota, Rembau, N9


Marhaban Ya HabibAllah

Marhaban Ya HabibAllah




Bulan kelahiran Junjungan Nabi SAW menjelang lagi. Sebagai umat baginda, sewajarnya kita bersungguh-sungguh bersyukur atas kelahiran baginda yang menjadi pembimbing dan penunjuk kita ke arah jalan yang diredhai Allah SWT. Menjadi umat Junjungan Nabi SAW adalah satu nikmat besar yang dianugerahkan kepada kita. Nian besarnya nikmat ini sehingga nabi besar Bani Israil, Sayyidina Musa AS, memohon untuk dijadikan sebagai umat Baginda Muhammad SAW. Maka kenapa kita jarang atau mungkin tidak mensyukuri nikmat ini ? ... Allahu .. Allah.



Marilah kita mempertingkatkan lagi kecintaan dan kerinduan kita kepada Junjungan Nabi SAW bersempena dengan bulan kelahiran baginda ini. Kita penuhkanlah masa kita yang banyak lapang itu dengan memeriahkan majlis-majlis mawlid, majlis-majlis di mana Junjungan Nabi SAW menjadi tajuk utama, majlis - majlis di mana sholawat dan salam dilantunkan, majlis-majlis di mana sirah dan madaih kepada Junjungan Nabi SAW dibacakan, majlis-majlis di mana akhlak dan keperibadian serta sunnah baginda diceritakan untuk dijadikan panduan. Mudah-mudahan kecintaan kita bertambah, dan terlebih penting moga kita mendapat kecintaan Baginda Muhammad SAW.





Tika kelahiran baginda

ke dunia nyata

zaman tersenyum gembira

seluruh alam bersukaria



Hanya Iblis durjana

dan syaitan - syaitan pengikutnya

bermuram duka



Kenapa pula antara kita

yang mengaku umat baginda

ada yang gusar serta duka

pabila melihat saudara-saudara seagama

menyambut gembira kelahiran baginda

memperingati kelahiran baginda

membesarkan kelahiran baginda

mentakzimkan kelahiran baginda

dengan sholawat atas baginda

dengan mendengar sirah baginda

dengan memuji-muja baginda

dengan menghayati sunnah baginda

Semuanya dengan penuh kesyukuran pada Yang Esa



Adakah telah terpedaya ia

dengan hasutan Iblis durjana

yang atas kelahiran baginda berdukacita ?

Tanpa Rasulullah .....

Tanpa Rasulullah .....




Sebenarnya pada asalnya, bulan Rabi'ul Awwal tiada apa-apa kelebihan berbandingkan bulan-bulan seperti Ramadhan, Syawwal, bulan-bulan haram dan sebagainya. Tetapi kemudian bulan ini menjadi mulia disebabkan Junjungan Nabi SAW. Bulan ini dimuliakan Allah kerana Allah telah memilihnya menjadi saksi bagi kelahiran makhluk Allah teragung di alam nyata ini. Pemilihan Rabi`ul Awwal dan hari Isnin sebagai bulan kelahiran Junjungan Nabi SAW mempunyai berberapa hikmah. Antara hikmah-hikmah tersebut adalah untuk menyatakan bahawa kemuliaan Junjungan Nabi SAW itu mutlak dan tidak terikat atau terkait dengan sesuatu masa atau zaman. Sebaliknya masa dan zaman menjadi mulia disebabkan Junjungan Nabi SAW. Jika baginda SAW dilahirkan dalam bulan Ramadhan atau hari Jumaat, matsalan, nescaya akan berlaku anggapan bahawa baginda menjadi mulia kerana dilahirkan dalam bulan yang mulia atau hari yang mulia, sedangkan kemuliaan baginda adalah mutlak dan tidak bergantung dengan kemuliaan yang lain.





Oleh itu, jika ada yang berkata bahawa bulan Rabi`ul Awwal ini tiada apa-apa kemuliaan, maka pernyataan itu benar dari satu sudut tetapi salah dari sudut bahawa Rabi'ul Awwal itu telah menjadi mulia disebabkan Junjungan Nabi SAW. Maka janganlah pandangan terhenti kepada bulan semata-mata tanpa melihat kepada makhluk Allah yang paling mulia SAW. Dan janganlah pula bermudah-mudah menghina orang menyambut kelahiran Junjungan SAW dengan kegembiraan, janganlah diqiaskan kegembiraan menyambut mawlid dengan kegembiraan Abu Lahab atau Abu Jahal. Sesungguhnya itu qiyas ma`al fariq, sebab orang mukmin tidak dapat diqiyaskan dengan orang musyrik. Jika diqiyaskan juga, maka apakah keimanan itu senilai dengan kemusyrikan? Apakah keimanan itu tidak punya nilai? Berhati-hatilah, janganlah dek kerana politik kepartian maka lidah yang tidak bertulang dibiarkan bercakap sesuka hati. Ingat pepatah nenek datuk kita: sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana.







Berbalik kepada masa menjadi mulia kerana Junjungan Nabi SAW, maka itu adalah antara hikmah yang disenaraikan oleh Imam Ibnul Haj bagi menjawab persoalan kenapa bulan Rabi`ul Awwal dan hari Isnin dipilih menjadi bulan kelahiran Junjungan Nabi SAW. Beliau berkata:-







(Hikmah yang keempat kenapa Allah memilih bulan Rabi`ul Awwal dan hari Isnin sebagai masa kelahiran Junjungan Nabi SAW):- bahawasanya Allah SWT yang Maha Bijaksana berkehendak untuk memuliakan masa di mana kelahiran Junjungan SAW dengan Junjungan Nabi SAW, jikalau baginda dilahirkan pada waktu-waktu yang berkat sebagaimana disebutkan dahulu (seperti bulan Ramadhan atau Lailatul Qadr dan sebagainya), maka akan terjadi keraguan yang seolah-olah Junjungan Nabi SAW menjadi mulia disebabkan waktu - waktu tersebut (yakni seolah-olah kemuliaan Junjungan Nabi SAW berhubung atau berkait dengan waktu-waktu yang mulia tersebut).

16 Februari 2010

Majlis Maulidurrasul SAW

KLCC

Majlis Maulidurrasul SAW




Tarikh: 27hb Februari 2010
Masa: 7.00 ptg - 10.00 ptg
Lokasi: Masjid AsSyakirin, KLCC, Kuala Lumpur



Majlis bermula selepas sholat maghrib dengan bacaan maulid diselangi alunan qasidah.Tetamu Jemputan : - Habib Hasan bin Muhammad bin Salim al Attas (Imam Masjid Ba'alawi, Singapura) - Sheikh Fuad Al Maliki
Anjuran :
>> Institut Silsilah Assadah
>> Persatuan Kebajikan Aljamiatul Khairiah
>> Persatuan Pegawai-Pegawai Masjid... Wilayah Persekutuan
>> Persatuan Intelektual Warisan Islam
>> Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia
>> Persatuan Kebajikan Alhidayah, Negeri Sembilan
>> Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah (Pusat)
http://wp.me/piAx4-19o

11 Februari 2010

Ceramah Sempena Memperingati Maulidur Rasul 1431H

Ceramah Sempena Memperingati Maulidur Rasul 1431H








Tarikh

: 12hb Februari 2010 / 27 Safar 1431H





Jumaat



Masa

: 7.00 petang hingga 9.30 malam



Tempat

: Surau Al-Huda TamanIntan Baiduri





Jalan Intan Baiduri 5D



Taman Intan Baiduri





Kuala Lumpur





(Bersebelahandengan Sek Men Keb StMary &





berdekatan Selayang Mall)







Penceramah

: Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid





(Jakarta, Indonesia)







Qasidah puji-pujian dan selawat oleh Ustaz Muhit Al-Dimashqi



Pengerusi dan AhliJawatankuasa Surau Al-Huda, Taman Intan Baiduri dengan hormatnya menjemput TuanPuan, Muslimin Muslimat untuk datang dan mengimarahkan lagi Majlis Ilmu anjuranSurau kami. Moga kita semua akan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T danakan mendapat Syafaat dari Nabi Muhammad S.A.W.







Harap dipanjangkan kepada rakan-rakan yang lain.

10 Februari 2010

Hukum Menyambut Maulidul Rasul

Hukum Menyambut Maulidul Rasul










Maulidur Rasul S.A.W.



Assalamualaikum Warahmatullah.



PENGENALAN



Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda S.A.W.



Jika kita lihat sirah baginda S.A.W. maka kita dapati bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah merayakan ulangtahun hari kelahirannya secara khusus sepertimana yang kita lihat pada waktu ini. Namun baginda hanya berpuasa pada hari Isnin kerana baginda dilahirkan pada hari itu. Dan perkara ini berlarutan (tidak merayakan sambutan Maulidur Rasul) sehinggalah selepas 300 tahun baginda wafat.



Pelbagai kenyataan dan kajian telah dinyatakan (berlaku sedikit khilaf) mengenai tarikh sebenar dan siapakah yang mula-mula mengadakan sambutan Maulidur Rasul ini. Di antaranya dikatakan bahawa bermula sambutan Maulidur Rasul ini secara besar-besaran pada zaman Fatimiyah di Mesir di bawah penguasa Muiz Lidinillah (memerintah sekitar tahun 341 H hingga 365 H). Dan pendapat lain ada menyatakan bahawa Sultan Atabeq Nuruddin (meninggal pada 569 H) adalah penguasa yang pertama merayakan Maulidur Rasul. Sebahagian ahli sejarah pula menyatakan bahawa Sultan Salahuddin Al-Ayubi adalah tokoh yang pertama merayakan Maulidur Rasul ini (namun pendapat ini disangsikan oleh pelbagai pihak). Pendapat lain lagi mengaitkan Abu Said Kaukabri bin Zainuddin Aly bin Baktikin sebagai orang pertama merayakan Maulidur Rasul ini.



KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.



Adapun nasab keturunan baginda S.A.W. adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda S.A.W. ini sampai kepada Nabi Ismail A.S.



Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala mengantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda S.A.W. telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).



Baginda S.A.W. adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda S.A.W. dua tahun dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda S.A.W. dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.



Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda S.A.W. telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda S.A.W. yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.



Ibu baginda S.A.W. telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda S.A.W. menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.



PANDANGAN ULAMA TERHADAP MAULID



Pendapat Pertama:



Merayakan Maulidul Rasul adalah haram.



Pendapat Kedua:



Perayaan sambutan Maulidur Rasul adalah boleh.



ANTARA HUJJAH PENDAPAT YANG MEMBOLEHKAN



Di sini saya tidaklah bercadang untuk menyatakan kedua-dua hujjah (yang membolehkan dan yang mengharamkan) akan tetapi saya cuma mendatangkan hujjah dari pihak yang membenarkan sahaja. Ini kerana saya berpegang dengan pendapat yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul adalah boleh selagimana tidak terdapat perkara-perkara mungkar di dalamya. Di sini saya bawakan beberapa hujjah yang menyokong kenyataan saya ini:



Pertama:



Al-Hadis bermaksud:



Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W.



(Riwayat al-Bukhari). (kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pada jilid 9 kitab al-Nikah muka surat 43 dan 48 ada menyatakan hadis seperti di atas.



Kitab Manhaj al-Salaf Fi Fahmi al-Nusus Bayan al-Nazariyyah Wa al-Tatbiq karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki tidak ada bersama saya sekarang (kerana kawan saya pinjam) jadi saya tidak dapat menunjukkan muka surat kitab ini.



Namun kitab Mafahim Yajibu An Tusahhah karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki juga ada menyatakan dan menerangkan perkara ini (status hadis ini) pada muka surat 255 dan 256.)



Kegembiraan seorang penentang Islam di atas kelahiran Rasulullah S.A.W. dapat meringankan siksanya di neraka pada setiap hari Isnin. Jika orang kafir yang di neraka juga diringankan siksanya kerana kegembiraan menyambut kelahiran baginda S.A.W. maka apatah lagi orang Islam yang bergembira dengan kelahiran Rasulullah S.A.W.



Kedua:



Rasulullah S.A.W. sendiri membesarkan hari kelahirannya serta mensyukuri segala nikmat pemberian Allah Taala ke atas baginda pada hari tersebut. Semua ini dilahirkan melalui ibadat puasa sunat baginda S.A.W. pada setiap hari Isnin.



Dari Abu Qatadah bermaksud:



Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.



(Riwayat Muslim).



Ketiga:



Bergembira dengan Rasulullah S.A.W. adalah dituntut.



Firman Allah Taala bermaksud:



Katakanlah dengan kelebihan Allah dan rahmatNya maka demikian hendaklah mereka bergembira. (Surah Yunus: Ayat 58).



Allah Taala menyuruh kita supaya bergembira dengan rahmatNya maka Rasulullah S.A.W. adalah sebesar-besar rahmat.



Firman Allah Taala bermaksud:



Dan tidaklah Kami utuskan kamu kecuali sebagai rahmat kepada sekalian alam. (Surah Al-Anbiya: Ayat 107).



Keempat:



Maulidur Rasul akan menganjurkan kita untuk sentiasa berselawat dan salam yang sangat dituntut ini kepada baginda S.A.W.



Firman Allah Taala bermaksud:



Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).



Kelima:



Sambutan maulid adalah satu amalan baik yang diterima ulama dan umat Islam di serata tempat. Ia dilakukan di setiap penjuru dunia dan ia tentulah dituntut berdasarkan kaedah yang telah diterima pakai dari sebuah hadis Ibnu Masud:



Apa yang dilihat umat Islam baik maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah. (Riwayat Ahmad).



Untuk lebih memahami bolehlah juga merujuk artikel saya sebelum ini bertajuk: Bidaah Satu Erti Yang Disalahgunakan.



ANTARA PENDAPAT ULAMA MENGENAI MAULID



Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).



Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.



Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Lihat kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin).



Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.



Terdapat ramai lagi ulama yang turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji, al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah dan lain-lain lagi.



PERINGATAN PENTING



Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:



Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.



(Sila lihat kitab al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).



Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelas ialah kita tidak boleh menafikan, membantah, atau menuduh bidaah lagi sesat dan sebagainya kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara agama yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari terdapat segelintir golongan yang menceburi lapangan dakwah Islamiah menyanggah kaedah ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang kesat kepada orang yang berpegang dengan perkara khilafiyyah yang tidak sealiran dengan mereka dengan mengkafirkan, memfasiqkan dan membidaahkan golongan tersebut. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam semenjak sekian lama.



PENUTUP



Suka saya mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki seperti berikut:



Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung.



Di sini saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa mengingati serta mendalami sirah baginda S.A.W. dan mengambil pengajaran daripadanya. Sayangilah dan hormatilah baginda S.A.W.

http://pondokhabib.wordpress.com/

Maulid Nabi: Tidakkah Kita Menyakiti Hati Nabi saw.?

Maulid Nabi: Tidakkah Kita Menyakiti Hati Nabi saw.?


Ditulis pada Maret 19, 2008 oleh kajianislam

TIDAKKAH KITA MENYAKITI HATI NABI SAW.?



Peringatan Maulid Rasulullah Saw. yang semula dimaksudkan untuk membangkitkan kecintaan kepada Rasulullah saw. ini berkembang perlahan-lahan menjadi sangat kering. Bahkan seringkah Rasulullah tidak diikutsertakan dalam peringatan itu. Tidak jarang, peringatan maulid diisi dengan gelak canda dan tawa yang dapat menjauhkan kita dari kecintaan kepada Rasulullah Saw. Oleh karena itu, dalam memperingati maulid, kita harus berusaha menghadirkan Rasulullah saw. di dalam hati kita. Antara lain dengan membaca shalawat dan salam kepada beliau dan menghidupkan sejarah beliau.



Dahulu, sebenarnya orang-tua kita sudah meninggalkan warisan tentang bagaimana cara mencintai Rasulullah saw. dengan tata-cara yang telah mereka rumuskan. Misalnya, bagaimana shalawat selalu menyertai tahap-tahap kehidupan manusia Muslim di Indonesia. Yaitu ketika seorang anak manusia dilahirkan, dikhitan, dinikahkan, dan ketika ia meninggal dunia.



Ketika seorang anak lahir, diadakanlah akikah yang di dalam marhabannya dibacakan shalawat kepada Nabi Muhammad Saw. Di samping itu, ketika kita lahir, kita dikelilingkan kepada orang-orang yang hadir pada resepsi akikah, dan pada telinga kita diperdengarkan shalawat dan salam dari orang di sekitar kita. Sekarang ini, sains membuktikan bahwa telinga anak yang baru lahir sudah merekam suara yang ada di sekitarnya.



Dahulu, ketika kita hendak dikhitan, ketika dibawa ke tempat khitanan diperdengarkan dahulu gemuruh suara orang membacakan shalawat dan salam kepada Nabi.







Juga kalau orang menikah, pengantin lelaki akan diantar ke pengantin perempuan, dengan iringan rebana dan shalawat. Nanti kalau orang meninggal dunia, dibacakan tahlil dan dalam tahlil itu dibacakan shalawat.



Itu menunjukkan bahwa cara yang dilakukan orang dahulu untuk menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah di hati kita sudah dibiasakan di setiap tahap kehidupan kita. Tetapi sayang, dalam perkembangan zaman, tradisi ini tinggalkan orang. Bukan hanya ditinggalkan tetapi dianjurkan untuk ditinggalkan. Bahkan bukan dianjurkan untuk ditinggalkan tetapi malah itu dilarang dengan menyebut bahwa itu bid’ah. Sebuah nama yang menyakitkan..!



Karena itulah orang menjadi ragu untuk membacaka shalawat ini. Kalau anak lahir, sekarang ini bukan diadakan marhabanan tetapi dilaksanakan syukuran yang pembacaan shalawatnya hanya sangat sedikit; yaitu hanya di lakukan oleh muballigh pada pembukaan ceramahnya.



Belakangan ini sudah sangat keras lagi penentangan terhadap kecintaan kepada Rasulullah saw ini. Orang bukan hanya takut melaksanakannya tetapi takut kalau amal kita hapus semuanya. Ada yang menyebutnya musyrik. Dan kalau sudah dianggap musyrik, maka terhapuslah amal-amal yang pernah dilakukan. Yang dimusyrikkan, antara lain, berdiri untuk membacakan shalawat kepada Rasulullah saw. Mula-mula di-bid’ah-kan, kini sudah dimusyrikkan. Mereka menyebut itu semua bukan kecintaan tetapi kultus individu. Sebuah kata yang dibuat untuk melegitimasi kurangnya kecintaan kepada Rasulullah Saw.



Saya pernah membaca dalam sebuah Surat kabar tentang maulid, yang penulisnya mengganti istilah maulid dengan hari jadi. Pada kalimat awalnya mengatakan bahwa memperingati hari jadi merupakan kebiasaan jahiliah yang feodalistik. Waktu itu saya hampir tidak mau melanjutkan pembacaan itu. Semuanya menunjukkan bahwa sampai sekarang masih ada orang Islam yang berusaha untuk menghilangkan cara mendekatkan hati kita kepada Rasulullah Saw.



Saya menjadi teringat bahwa pengalaman itu juga pernah saya alami ketika saya mem-bid’ah-kan orang yang berdiri mengucapkan shalawat terhadap Rasulullah saw. Saya juga pernah menganggap bahwa Rasulullah saw. itu manusia biasa seperti kita. Tetapi kalau boleh saya katakan, di dalam sejarah hidup saya ini, sebenamya tercermin sejarah kaum Muslim dalam hubungannya dengan kecintaan dengan Rasulullah Saw.



Sekarang kita memperingati maulid Nabi saw. untuk mengungkapkan cinta kita kepada Rasulullah Saw. Kalau ada yang mengatakan bahwa hal itu bid’ah, biarlah semua tahu bahwa kita ini pelaku bid’ah yang mencinta Nabi saw. Dan kalau Islam itu tidak menghormati Rasulullah saw., maka kita ucapkan saja selamat tinggal kepada Islam.



Sehubungan dengan shalawat ini, saya baca dalam hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud dengan sanad yang shahih yang maknanya kira-kira demikian, “Siapa yang berziarah kepadaku dan mengucapkan salam kepadaku, maka Allah akan kembalikan ruh ke dalam diriku dan kemudian aku akan menjawab salamnya.”



Jadi saya percaya bahwa Rasulullah saw. itu hidup kembali dan mengucapkan salam. Bahkan dalam hadis disebutkan bahwa para nabi masih beribadah dalam kuburnya. Tapi persoalan yang terakhir ini memerlukan uraian yang panjang. Disebutkan juga kalau orang tidak sempat berziarah kepadaku dan mengucapkan salam kepadaku dari tempat yang jauh, maka malaikat akan datang ke tempat itu kemudian menyampaikan salam kepadaku, kata Rasulullah saw.



Karena itu, waktu tadi kita membacakan shalawat, hati saya betul-betul tersentuh, karena saya yakin bahwa Rasulullah saw. mendengar salam saya.



Sebetulnya ada suatu fitrah dalam diri manusia itu untuk mencintai seseorang yang dikaguminya. Ketika manusia tidak mendapatkan seseorang yang dicintainya, maka mereka mencari siapa saja yang bisa menyalurkan rasa cinta mereka itu. Hal yang seperti ini terjadi juga pada manusia-manusia modern. Mereka mencari orang yang bisa dicintai oleh seluruh jiwa dan raganya, yang untuknya ia rela mengorbankan apa saja demi orang yang dicintainya.



Lihatlah, orang yang mencintai Michael Jackson, ketika bertemu dengannya. Mereka akan meneriakkan namanya, bahkan menjerit, menangis. Ketika dia datang ke Singapura, banyak diantara penggemarnya yang datang ke sana adalah orang-orang Indonesia. Mereka menjerit dengan jeritan yang sama, “Michael Jackson!”



Begitu pula ketika Rebecca Gilling, salah seorang bintang film “Return to Eden”, datang ke Jakarta. Ribuan orang datang ke situ tanpa ada panitianya. Orang-orang yang datang begitu banyak untuk menyentuh, paling tidak bekas injakan kakinya. Itu semua disebabkan karena kerinduan seseorang untuk mencintai seseorang.



Dan bukan tidak mungkin pula bahwa yang datang adalah kaum Muslim yang sudah kehilangan kecintaan mereka terhadap Rasulullah saw, akibat berbagai rekayasa sosial, misalnya dengan menyebut bahwa hal itu sebagai bid’ah dan musyrik.



Kita disuruh mencintai Rasulullah saw. seperti yang disebutkan dalam hadis dan ayat-ayat Al-Quran. Sebagaimana halnya tanaman, cinta memerlukan siraman supaya tumbuh subur. Kalau tidak disiram, maka tumbuhan itu akan layu. Karena itu, kita menghidupkan cara untuk menyirami kembali pohon kecintaan kepada Rasulullah saw. supaya menakjubkan orang yang menanamnya.



Kalau kecintaan itu tumbuh seperti pohon besar yang akan menakjubkan orang yang menanamnya, maka akan marahlah orang-orang kafir. Kita berupaya menumbuhkan kecintaan kepada Rasulullah saw. agar membuat takjub kepada kaum Muslim dan pada saat yang sama membuat marah orang-orang kafir. Bahkan belum sempurna kecintaan kita kepada Rasulullah saw. kalau belum membuat marah orang-orang kafir.



Ada beberapa peristiwa berkenaan dengan diri Nabi Muhammad Saw., terutama dari penderitaan beliau. Sebagaimana kita ketahui bahwa Rasulullah saw. itu adalah orang yang sangat banyak menderita, baik sebelum maupun sesudah menjadi Rasulullah saw. Al-Quran mengatakan:



Maka barangkali kamu akan membunuh dirimui karena bersedih hati sesudah mereka berpaling sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (QS 18: 6).



Rasulullah menderita sejak kecil. Beliau lahir, ayahnya sudah mendahuluinya. Ketika berusia enam tahun, ibunya meninggal dunia. Kemudian beliau dititipkan kepada Abdul Muthalib yang menyayanginya. Kepada Abu Thalib, Abdul Muthalib berpesan agar menjaganya dengan sebaikbaiknya, karena anak ini akan membawa suatu perkara yang besar. Abu Thalib menerima amanat itu, sehingga ketika Abu Thalib membawa Muhammad ke Syam, di pertengahan jalan ada pendeta yang memberitahukan bahwa anak ini adalah nabi. Ketika Abu Thalib mendengar nasihat pendeta itu, Abu Thalib dengan penuh keimanan mengurungkan niatnya untuk berdagang, dan memutuskan untuk kembali ke Makkah. Jadi, Abu Thalib telah mengetahui bahwa Muhammad akan menjadi nabi yang terakhir.



Abu Thalib menjaga Muhammad saw. karena ia mengetahui bahwa anak ini adalah Rasulullah. la menyayanginya sepenuh jiwa dan raga sejak sebelum Muhammad menyatakan dirinya sebagai Rasulullah. Abu Thalib ra. kemudian oleh banyak orang dikafirkan. Bahkan dijadikan contoh betapa susahnya memperoleh hidayah.



Rasulullah saw. jelas mendengar hal ini dan saya yakin bahwa Rasulullah saw. sakit hati. Ini menunjukkan bahwa Rasulullah saw. menderita bahkan sampai ketika ia telah meninggal dunia. Padahal Al-Quran mengatakan bahwa orang yang menyakiti Rasulullah saw. itu akan dilaknat oleh Allah, malaikat dan Rasul-Nya (QS 33: 57).



Tentang Abu Thalib ini Rasulullah saw. pernah berkata, “Aku dan si pemelihara anak yatim, akan bersama-sama di surga.” Tetapi makna hadis ini kemudian diartikan secara umum, dan Abu Thalib tidak disebut-sebut lagi.



Jadi, hingga sekarang ini, Rasulullah saw. masih menderita karena pamannya dikafirkan orang. Padahal ketika hari kematian pamannya itu, yang kebetulan bertepatan dengan meninggalnya Khadijah ra, Rasulullah saw. menganggapnya sebagai tahun penderitaan.



Nabi itu manusia yang amat luhur, mudah sekali meneteskan air matanya. Pernah suatu saat seorang sahabat datang kepada beliau memberitahukan bahwa ada anak kecil yang meninggal dunia. Waktu itu Rasulullah saw. datang, kemudian beliau mencucurkan air matanya. Beliau tidak sanggup menahan penderitaan anak kecil itu. Begitu pula ketika putranya, Ibrahim, meninggal dunia. Rasulullah saw. menangis melihat orang-orang menderita, padahal penderitaan Rasulullah sendiri melebihi penderitaan mereka semua.



Mungkin kalau penderitaan Rasulullah saw. ini berasal dari orang kafir dapat kita pahami. Misalnya, Rasulullah saw. difitnah, dituduh sebagai tukang sihir, dituding sebagai dukun, bahkan dianggap orang gila. Dibuat opini yang jelek tentang Rasul saw. supaya orang tidak mau mendengarkannya.



Di samping itu orang kafir pun mengganggu beliau secara fisik. Ketika Rasulullah saw. berada di depan para sahabatnya, beliau diludahi oleh Utbah bin Abi With. RasuI Saw. mengusap ludah itu dengan sabar seraya berkata, “Suatu saat engkau akan menyesali apa yang kaulakukan.” Itulah antara lain penderitaan Rasulullah dari orang-orang kafir.



Namun yang menyedihkan adalah penderitaan Rasulullah saw. yang disebabkan oleh orang Islam sendiri. Agak tidak enak saya menceritakan ini. Akan tetapi sebagai pelajaran ada baiknya peristiwa ini kita ceritakan. Misalnya, pada waktu Rasulullah saw. membagikan ghanimah kepada sahabatnya, ada suara yang berteriak, “Berbuat adil, ya Rasulullah.” Kemudian Rasulullah berkata, “Kalau bukan aku yang adil siapa lagi yang akan adil di dunia ini.”



Ketika Rasulullah saw. membagikan pampasan perang (ghanimah) pada waktu penaklukan Makkah, beliau diantar oleh orang Anshar. Ketika sampai di Makkah beliau bagikan ghanimah kepada orang yang baru masuk Islam. Kebetulan yang baru masuk Islam itu adalah kerabat dekatnya sendiri. Maka orang Anshar itu menggerutu, “Lihatlah Muhammad, kalau sudah menang temyata keluarganya juga yang diutamakan.”



Perkataan itu terdengar oleh Rasulullah Saw.. Beliau mengumpulkan orang yang protes itu lalu berkata, “sekiranya seseorang memasuki suatu lembah dan orang-orang Anshar memasuki lembah yang lain, maka demi Allah aku akan mengikuti kamu wahai orang-orang Anshar. Aku tahu kamu yang membela aku, yang menolong aku, aku tidak akan melupakan jasa-jasamu. Tetapi aku akan bertanya kepada kamu hai orang Anshar, Mana yang kamu pilih, harta orang yang hatinya masih harus dijinakkan atau membawa aku, Rasulullah, bersama kalian.”



Pada waktu itu orang Anshar menangis dan berkata, “Ya Rasulullah aku memilih membawa engkau saja kembali ke Madinah”.



Suatu saat Rasulullah saw. pulang dari medan pertempuran Tabuk. Rasulullah saw. kembali dengan berjalan menaiki bukit dan menyuruh para sahabatnya lewat bukit yang lain. Waktu itu. Rasulullah saw. ditemani oleh Hudzaifah. Pada malam hari terdengar suara di sekitar bukit itu. Kata Rasulullah saw., Kejarlah suara itu. Setelah dikejar, mereka -yang menutup mukanya seperti ninja- semua lari. Ketika Hudzaifah kembali, Rasulullah saw. berkata, “Itu adalah sahabat-sahabat kita yang akan mencelakakan diriku dengan menakut-nakuti kendaraanku”.



Jadi mereka menakuti kendaraan Rasulullah saw. supaya Rasulullah saw. terjatuh ke bawah tebing dengan kendaraan yang ditungganginya. Kemudian Rasulullah saw. bertanya kepada Hudzaifah lagi, “Apakah kamu kenal orang itu.” “Tidak,” kata Hudzaifah, “Karena semuanya pakai topeng.” Lalu Rasulullah saw. memberikan nama-nama orang itu.



Itulah antara lain peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Rasulullah Saw. dari orang Islam. Padahal Rasulullah saw. itu orang yang paling sayang terhadap kerabatnya. Beliau akan merasa sedih terhadap penderitaan kaum Muslim.



Yang terakhir, yang juga merupakan penderitaan Rasulullah saw. adalah ketika Rasulullah saw. bermimpi mimbarnya dikerubuti kera. Kemudian turun ayat dalam Surat Al-Isra’ ayat 60 yang memberi peringatan bahwa itu adalah ujian bagi Rasulullah saw.



Tetapi sejak mimpi itu Rasulullah saw. begitu sedih. Beliau selalu bermuka duka. Hal itu terjadi sampai akhir hayat Rasulullah Saw. Suatu malam. Rasulullah saw. pergi ke Baqi dan di situ Rasulullah saw. berkata, “Nanti akan ada fitnah yang, menggunung. Waktu itu berada di perut bumi lebih baik daripada di punggung bumi.”



Pada waktu itu Rasulullah saw. membayangkan suasana ketika kaum munafik mencemari ajaran Rasulullah saw, ketika Sunnah Rasulullah saw. diganti demi kepentingan politik, ketika agama dimainkan oleh orang yang memiliki kekuasaan Rasulullah saw. sangat menyedihkan hal itu, dan menangisi itu semua. Menangisi mimbar besar agama Rasulullah saw. sepeninggal beliau.



Ternyata itu semua terjadi. Saya yakin bahwa Rasulullah saw. sangat menderita karena misi besarnya telah banyak diubah oleh kaum Muslim. Mungkin salah satu yang diubah adalah kecintaan kita terhadap Rasulullah Saw. Ungkapan cinta yang seharusnya menjadi sunnah, ungkapan tawhid, sekarang disebut syirk. Maafkan kami, ya Rasulullah.

Maulid Nabi dan Syaikh Nawawi Al-Bantani

Maulid Nabi dan Syaikh Nawawi Al-Bantani


Posted March 21, 2009 Comments(1)

“Orang yang mengagungkan maulidku, maka dia bersamaku di surga”



“Orang yang menafkahkan satu dirham untuk kepentingan maulidku, maka seperti menafkahkan sebuah gunung yang terbuat dari emas di jalan Allah.”



Abu Bakar Ash-Shiddiq pernah menyebutkan berkata:

“Orang yang menafkahkan satu dirham untuk kepentingan maulid Nabi SAW, maka dia akan menjadi temanku di dalam surga.”



Umar bin Al-Khattab juga telah berkata:

“Orang yang mengagungkan maulid nabi SAW maka dia berarti telah menghidupkan agama Islam.”



Utsman bin Affan berkata:

“Orang yang menafkahkan satu dirham untuk bacaan maulid nabi SAW, maka seolah-olah dia ikut dalam Perang Badar dan Hunain.”



Ali bin Abi Thalib berkata:

“Orang yang mengagungkan maulid Nabi SAW tidak akan keluar dari dunia ini kecuali dengan iman.”



Al-Imam Asy-Syafi’i berkata:

“Orang yang mengumpulkan saudaranya di saat maulid Nabi SAW, lalu menghidangkan untuk mereka makanan, serta berbuat ihsan, maka Allah akan bangkitkan dirinya di hari kiamat bersama para shiddiqin, syuhada’, shalihin dan berada dalam surga An-Na’im.”



Al-Imam As-Sirri As-Saqti berkata:

“Siapa yang mendatangi tempat dibacakannya maulid Nabi SAW, maka dia akan diberi taman di surga. Karena dia tidak mendatanginya kecuali karena cinta kepada Nabi SAW. Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Orang yang cinta padaku maka dia akan bersamaku di surga.”



Hadits-hadits dan perkataan para shahabat serta para ulama di atas dapat ditemukan dalam kitab Madarijush-Shu’ud, yang menjadi kitab syarah atau penjelasan dari kitab Al-Maulid An-Nabawi karya Al-Imam Al-’Arif As-Sayyid Ja’far, atau yang lebih dikenal dengan Syeikh Al-Barzanji. Penulis kitab Madarijush Shu’ud adalah tokoh besar, bahkan beliau tinggal di Makkah, namun asalnya dari negeri kita. Beliau adalah Syeikh Nawawi Al-Bantani.



Di dalam kitab susunan beliau itulah kita dapat menemukan hadits nabi atau perkataan para shahabat nabi, juga perkataan para ulama tadi mengenai keutamaan merayakan maulidur Rasul.



Semua lafadz itu mungkin tidak dilengkapi sumber rujukan, perawi, ataupun sanad. Sehingga para kritikus hadits tidak bisa melacaknya di kitab-kitab rijalul hadits, atau di kitab lainnya. Namun, hal itu tidak menjadi soal. Karena di zaman beliau, banyak kitab yang ketika mengutip hadits itu tidak disertakan sanadnya. Karena hadits tersebut memang telah dikenal luas saat itu. Bahkan di zaman sekarang pun banyak buku-buku yang mengutip hadits tanpa sanad dan perawi, hanya dituliskan dalam kurung “Al-Hadits”.



Siapakah Syeikh Nawawi Bantani?



Beliau adalah ulama besar abad ke-19 yang tinggal di Makkah, namun beliau asli Indonesia. Kata Al-Bantani merujuk kepada daerah asalnya, yaitu Banten. Tepatnya Kampung Tanara, Serang, Banten.



Beliau adalah anak sulung seorang ulama Banten. Beliau lahirtahun 1230 Hijrah/1814 Masehidan wafat di Makkah tahun 1314 Hijrah/1897 Masehi. Beliau menuntut ilmu ke Makkah sejak usia 15 tahun dan selanjutnya setelah menerima pelbagai ilmu di Mekah, beliau meneruskan pelajarannya ke Syam (Syiria) dan Mesir.



Syeikh Nawawi al-Bantani kemudian mengajar di Masjidil Haram. Setiap kali beliau mengajar, dikelilingi oleh tidak kurang dua ratus orang. Ini menunjukkan bahwa keulamaan beliau diakui oleh para ulama di Makkah pada masa itu. Yang menarik, disebutkan bahwa saat mengajar di Masjid Al-Haram itu, beliau menggunakan dengan bahasa Jawa dan Sunda.



Karena sangat terkenalnya, bahkan beliau pernah diundang ke Universitas Al-Azhar, Mesir untuk memberi ceramah atau fatwa-fatwa pada beberapa perkara tertentu.



Syeikh Nawawi termasuk ulama penulis yang produktif. Hari-harinya digunakan untuk menulis. Beberapa sumber menyebutkan Syekh Nawawi menulis lebih dari 100 buku, 34 di antaranya masuk dalam Dictionary of Arabic Printed Books.



Dari sekian banyak bukunya, beberapa di antaranya antara lain: Tafsir Marah Labid, Atsimar al-Yaniah fi Ar-Riyadah al-Badiah, Nurazh Zhulam, al-Futuhat al-Madaniyah, Tafsir Al-Munir, Fath Majid, Sullam Munajah, Nihayah Zein, Salalim Al-Fudhala, Bidayah Al-Hidayah, Al-Ibriz Al-Daani, Bugyah Al-Awwam, Futuhus Shamad, al-Aqdhu Tsamin, Uqudul Lijain, Nihayatuz Zain, Mirqatus Su’udit Tashdiq, Tanqihul Qoul, syarah Kitab Lubabul Hadith, Nashaihul Ibad.



Murid-Murid Syeikh Nawawi



Di antara yang pernah menjadi murid beliau adalah pendiri Nahdlatul Ulama (NU) almarhum Kiyai Haji Hasyim Asy’ari. Juga kiyai Khalil Bangkalan Madura. Juga termasuk kiyai Machfudh dari Tremas, Jawa Timur.



Dari para kiyai itulah kemudian agama Islam disebarkan di seantero tanah Jawa, lewat berbagai pondok pesantren, madrasah, majelis ta’lim, pengajian dan tabligh akbar.



Mengatakan perayaan maulid sebagai perkara yang menyesatkan sama saja dengan menyebut Syaikh Nawawi Al-Bantani sebagai ulama penyesat. Padahal, kalaupun tak ada hadits mengenai ini, seperti dikatakan di atas bahwa tidaklah seseorang mendatangi perayaan maulid Nabi kecuali karena cinta kepada Nabi SAW. Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Orang yang cinta padaku maka dia akan bersamaku di surga.” Dan hadits yang satu ini tak perlu kami sebutkan sanad dan rawinya. Juga telah dikenal luas bahwa nabi telah bersabda “Seseorang itu bersama yang dicintainya.”



Sumber http://hotarticle.org/maulid-nabi-dan-syaikh-nawawi-al-bantani

Hati yang Hadir – 1

Hati yang Hadir – 1


Oleh : Alhabib Alwiy bin Abdullah Alhasni



(Disampaikan dalam majlis rotib Alhaddad dan maulid Simthud Durror di Mushola Attaqwa – Sendang Guwo, Semarang tanggal 23 November 2008)



Perhatikan orang-orang yang mengikuti majlis pembacaan maulid, ada yang menangis di awal acara, ada yang menangis ketika sampai di tengah acara, ada yang menangis di akhir acara dan bahkan ada yang tidak menangis sama sekali!



Kenapa? Bukankah tidak ada diantara mereka yang mengalami hidup sejaman dengan Rosulullah Muhammad Saw? Kenapa mereka menangis?



Karena hati mereka sudah tersambung kepada Rosulullah Muhammad Saw, hati mereka hadir menyeluruh ketika berada di majlis. Ketika hati sudah hadir maka mereka akan mendapatkan diri mereka dekat dengan yang mereka cintai, kalau yang mereka cintai adalah Rosulullah Muhammad Saw maka mereka hadir bersama Rosulullah Muhammad Saw. Dalam kehadiran itu mereka akan merasakan suasana yang menakjubkan sehingga membuat mereka meneteskan air mata karena mengingat bahwa betapa agungnya akhlaq Nabi Muhammad Saw. Mereka menangis karena betapa mereka merasakan bahwa mereka kerap kali lupa mendekatkan diri kepada Allah Swt, mereka ingat pada Allah Swt sewaktu masih berada di dalam majlis saja, begitu keluar dari majlis mereka segera lupa.



Ada pula yang tidak menangis, kenapa? Bisa jadi karena hatinya tidak hadir penuh. Hati tidak hadir sering kali disebabkan kurang dipersiapkan di awal atau terlalu banyak tertawa. Tertawa boleh tapi terlalu banyak adalah kurang baik. Tapi bukan berarti kita harus menangis tiap kali ada di dalam majlis maulid, bukan! Menangis atau tidak itu menyesuaikan suasana. Terkadang justru ada yang merasa sangat bahagia dan gembira berada dalam majlis maulid, bahagia mengingat Rosulullah Muhammad Saw, bahagia berada di majlis yang di dalamnya ada usaha mengingat Allah Swt dan Rosulullah Muhammad Saw, bahagia berada diantara orang-orang yang senang hal-hal yang baik.



Dikatakan oleh Alhabib Ali bin Muhammad Alhabsyi dalam kitab Simthud Durror bahwa Allah Swt berkenan melipat-gandakan manfaatnya bagi si pembaca ataupun bagi pendengarnya, sehingga keduanya akan memasuki pintu syafa’at.



Lakukan apa yang kita bisa lakukan, bagi yang bisa membaca ya bacalah dengan sepenuh hati, bagi yang bisa mendengarkan saja ya dengarkanlah dengan baik agar tertanam dalam hati. Allah Swt tidak memandang banyaknya tapi kualitasnya. Banyak tapi berkualitas adalah jauh lebih baik.



http://pondokhabib.wordpress.com/

Ceramah Mawlid -Hb Ali

Ceramah Mawlid -Hb Ali




Habib Ali Zainal ‘Abidin al-Jufri dalam ceramahnya antara lain menyentuh berkenaan tujuan dan faedah mengadakan sambutan mawlid Junjungan Nabi s.a.w. Habib menyeru agar kita sentiasa melaksanakan acara mawlid setiap masa dan ketika sehingga lahir dalam diri kita kepribadian Junjungan Nabi s.a.w. dalam segala aspek dan segi, baik akhlak baginda, sirah baginda, keazaman baginda, sunnah serta agama baginda. Moga-moga jadilah wujud kita mencontohi wujudnya Junjungan Nabi s.a.w., pribadi kita mencontohi pribadi manusia teragung ini s.a.w. Allahu … Allah.



Shohibul Mawlid Simthud Durar, Habib ‘Ali al-Habsyi rahimahUllah, mengarang sebuah sholawat yang antara lain memohon agar kepribadian kita menjadi seperti kepribadian Junjungan Nabi s.a.w. dalam semua segi. Sholawat beliau tersebut berbunyi:-



Ya Allah Ya Tuhan kami

Sholawat dan salam mohon dilimpahi

Atas Nabi Muhammad Junjungan kami

Keluarga baginda turut disertai

Sholawat salam himpunan segala lisani

Hadhrat keluasan rahmatMu tak bertepi

Sholawat yang berkatnya kami dikurniai

Pertautan juga bantuan nurani

Dari jasmani Baginda Nabi

Dari hati Baginda Nabi

Dari ruh Baginda Nabi

Dari sir Baginda Nabi

Dari ilmu Baginda Nabi

Dari amal Baginda Nabi

Dari akhlak Baginda Nabi

Dari niat Baginda Nabi

Dari tawajjuh Baginda Nabi

Dari qashad Baginda Nabi

Terus ke jasmani kami

Terus ke hati kami

Terus ke ruh kami

Terus ke sir kami

Terus ke ilmu kami

Terus ke amal kami

Terus ke akhlak kami

Terus ke niat kami

Terus ke tawajjuh kami

Terus ke qashad kami

Serta Kau kembalikanlah Ya Rabbi

Keberkatan sholawat ini

Atas kami, atas keturunan kami,

Atas sahabat kami dan atas penghuni zaman kami

Ya Nur Ya Nur Ya Nur kami pohoni

Agar dijadikan kami satu nur menerangi

Demi haq an-Nur yang Maha Tinggi



http://pondokhabib.wordpress.com/

PERAYAAN MAULID NABI

PERAYAAN MAULID NABI




DARI KACAMATA



AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH



Ditulis oleh : Ustaz Ahmad Faidzurrahim Bin Hj Mohd Alwi



Tel: 0199181278



Blog: http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/



Assalamualaikum WarahMatullahi Wabarakatuh



Disediakan oleh:Tuan Blog



Apa dah jadi dengan Wahhabi-wahhabi ini hinggakan amalan maulid pun dikira syirik dan berdosa. Lihat guru mereka iaitu Ibnu Baz yang mengatakan sedemikian dalam kitabnya Akhta’ Fil Aqidah.



Wahhabi mengatakan bahawa para ulamak, du’at tetamu-tetamu dan semua yang hadir pada majlis maulid yang diadakan baru-baru ini di masjid negara itu adalah sesat, termasuklah bekas Pm kita Tun Abdullah Ahmad Badawi pun sesat juga?, subhanallah!!! dunia nak kiamat dah, ini adalah bala bagi umat Islam tambah pulak dengan kemunculan Hizbu Tahrir di Malaysiai ni.



Alhamdulillah sempat juga tuan blog menghadiri masjlis maulid di MAsjid Negara tersebut dan sempat bertemu dengan beberapa tetamu dari luar Negara seperti Sheikh Ali Jumaah, Mufti Iraq, Doktor Omar Hasyim, Pengerusi Darul Fatwa Australia dan lain-lain, begitu juga dengan tetamu tempatan seperti Pak Lah, Doktor Usman al Muhammadi dan lain-lain lagi.Kehadirannya amat mengkagumkan, ini menunjukkan bahawa Umat Islam menerima keharusan sambutan Maulid Nabi ini yang diadakan pada setiap tahun. Bukan macam wahhabi dan kuncu-kuncunya yang hanya suka membid’ahkan dan menyesatkan umat Islam, sehingga ada di antara Wahhabi yang mengatakan bahawa daging yang disembelih pada malam maulid untuk diberi makan pada orang ramai pada malam itu, daging tersebut lebih haram dari daging babi.



Sesungguhnya kesabaran demi kesabaran dan perjuangan demi perjuangan yang dilalui dan dirasai oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallahualaihi wasalam perlu dijadikan tauladan kepada kita. Sebenarnya riwayat kehidupan baginda perlu dijadikan asas untuk menghayati kemanisan satu perjuangan dalam menegakkan agama Islam. Oleh itu kelahiran baginda adalah satu nikmat yang amat besar bagi kita, dan menjadi penyemarak semangat untuk terus hidup sebagai seorang insan yang berguna pada agama dan umat Islam.



Sesungguhnya umat ini tidak akan diangkat martabatnya kecuali dengan kehebatan nabinya. Justeru itu, setiap 12 hb Rabiulawwal kita bersama-sama sentiasa merayakan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad supaya akan bertambah lagi kasih sayang dan penghormatan kita terhadap baginda Sallallahualaihi wasallamn.



Allah azzawajalla memberi penghormatan kepada nabi-Nya yang mulia dengan dianugerahkan kepada baginda tanda-tanda kebesaran yang banyak. Antaranya ialah akhlak baginda dan budi pekertinya yang mulia. Firman Allah ta’ala berbunyi:



وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ



Maknanya:. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.

(Al Qalam: 4)



Begitu juga baginda dianugerahkan dengan keturunan yang mulia dan martabatnya yang tinggi, seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah azzawajalla:



لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ



Maknanya: Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin. (Al Taubah: 128)

Dan juga pujian Allah pada baginda yang mana pujian tersebut juga dinyatakan di dalam kitab-kitab Allah yang lain. Firman-Nya berbunyi:



مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاء عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاء بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً



Maknanya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnian Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Karena Allah hendak menambahkan lagi kemarahan pada hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Fatah: 29)



Golongan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah adalah golongan Al Asya‘irah dan Al Maturidiah sepertimana yang dinyatakan oleh Al Hafiz Murtadha Al Zabidi (w.1205 H):



إذا أطلق أهل السنة و الجماعة فاالمراد بهم الأشاعرة و الماتريدية



Maknanya: “Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al Asya‘irah dan Al Maturidiah”. (Ithaf Sadatil Muttaqin, jilid 2, hlm 6).

Akidah Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda telah bersabda:

“Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah

(al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah)



Begitu juga ajaran Ahli Sunnah Wal jamaah menggalakkan kita menyambut perayaan Maulidurrasul, kerana ia tidak bertentangan sama sekali dengan syarak. Di bumi Melayu kita ini sudah menjadi adat dan kebiasaan menyambut Maulidurrasul yang mana adat ini tidak bercanggah dengan Islam. Sultan-sultan dan pemimpin-pemimpin rakyat Islam di Malaysia menyambutnya dengan penuh semangat sekali pada setiap tahun.



Mengikut ajaran Ahli Sunnah, menyambut Maulidurrasul adalah diharuskan. Ulama Ahli Sunnah banyak menulis kitab-kitab yang menerangkan keharusan menyambut Maulid, antaranya Imam Assayuti dalam kitabnya Husnul Maqsid fi ‘Amalil Maulid, Al Hafiz al Sakhawi dalam Fatwanya, Ibn al Jauzi dalam kitab Mir’atul Zaman dan banyak lagi.



Al Hafiz al Sakhawi telah menyatakan dalam Fatwanya bahawa amalan maulid berlaku selepas kurun ketiga, kemudian umat Islam dari semua kawasan dan bandar-bandar besar meneruskan amalan sambutan perayaan maulid ini. Pada malam perayaan, mereka melakukan bermacam-macam jenis sedekah. Mereka membaca kesah kelahiran junjungan besar nabi yang mulia. Oleh itu telah zahir keberkatan kepada mereka secara menyeluruh.

Ibn al Jauzi telah menyebut dalam kitab Mir’atul Zaman bahawa beliau pernah menghadiri perayaan maulid yang dipenuhi dengan para ulama dan ahli sufi yang benar. Atas dasar inilah ulama-ulamak Ahli Sunnah telah menjelaskan bahawa perlu bagi kita untuk menyambut atau membuat perayaan maulid bagi membuktikan bahawa kita masih cinta dengan nabi Muhammad. Justeru, amalan menyambut maulid nabi amat digalakan oleh Islam dan bukanlah satu perkara bid’ah buruk yang dicela dalam syarak.



Perlu dinyatakan di sini bahawa Maulidurrasul adalah satu tanda rahmat yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah kita sekarang masih lagi menyambut perayaan Maulidurrasul dan kita menjadikan ia sebagai hari perayaan setiap tahun. Maka jelas di sini bahawa sambutan perayaan maulid Nabi adalah bid’ah hasanah(baik), dan tiada sebab yang boleh menolak keharusan perkara tersebut, bahkan ia layak digelar sebagai sunah yang baik kerana ini merangkumi sabda Rasulullah:



“من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء”



Maknanya:: “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka”



Kesimpulannya di sini ialah amalan menyambut maulid boleh diketogorikan sebagai bid’ah yang baik. Walaupun perbuatan ini tidak pernah dilakukan di zaman nabi dan zaman selepasnya, tetapi ia dilakukan pada awal pertama kurun ketujuh hijrah. Orang pertama yang melakukannya secara besar-besaran ialah seorang raja kawasan yang bernama Irbil. Dia seorang yang alim,bertaqwa lagi berani, namanya ialah al Muzaffar. Ketika beliau menyambut perayaan maulid secara besar-besaran beliau telah mengumpulkan ulama hadis dan sufi. Golongan ulamak pula telah menerima amalan ini dengan baik di timur dan di barat. Di kalangan mereka ialah al Hafiz al Sakhawi, al Hafiz al Sayuti dan selain mereka.



Di tanah Melayu kita, orang melayu pertama yang merayakan Maulid Nabi secara besar-besaran ialah seorang ulama yang masyhur, Haji Abdul Rahman bin Haji Osman bin Senik atau dikenali dengan panggilan Tok Selehor yang berasal dari Kelantan, anak murid kepada Syeikh Daud al Fattani. Beliau mengajak orang Islam agar berzanji dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran yang diadakan olehnya dapat diterima oleh masyarakat setempat.



Wahai saudara-saudarku sekalian, hayatilah kelahiran Nabi kita ini dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukkan serta dengan penuh kasih sayang, agar ia menjadi penawar bagi jiwa-jiwa kita untuk menyambung lagi pejuangan kita di atas muka bumi ini. Dan jangan sekali-kalai melayani bisikan-bisikan dan hasutan-hasutan golongan Musyabbihah Mujassimah seperti Wahhabiah yang bertopengkan dengan nama Islam tetapi pada hakikatnya ingin menghancurkan Islam dengan mengatakan bahawa amalan menyambut perayaan maulid Nabi adalah satu amalan yang yang tidak ada dalil dari Islam yang mengharuskannya bahkan ia adalah haram dan pelakunya layak dihumban ke dalam neraka. Sedangkan orang yang menjadi tempat rujuk mereka (mereka yang menafikan keharusan perayaan Maulid Nabi ) dalam agama mereka iaitu Ibnu Taimiah sendiri pun telah menghukumkan bahawa perayaan Maulid adalah harus sepertimana yang disebut dalam kitabnya Iqtidho Sirotil Mustaqim.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Disediakan oleh:

Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi



http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/

Habib Ali bin Soleh Alatas: Pelantun Diba’ dari Bekasi

Habib Ali bin Soleh Alatas: Pelantun Diba’ dari Bekasi




Ratusan bait syair tentang sejarah kehidupan Rasulullah itu ia hafal di luar kepala.



Dari sebuah toko kaset di Jalan Kartini, salah satu sudut kota Bekasi, terdengar lantunan Maulid yang mendayu berlanggam hadhrami, berirama khas Hadramaut. Syair tersebut, meski sangat populer, tak cukup akrab di telinga muhibin, yang lebih sering mendengar maulid Simthud Durar, yaitu Maulid Diba’. Sang pelantun seorang habib bersuara emas asal Bekasi yang sering kali melantunkannya tanpa sedikit pun membaca. Ratusan bait syair tentang sejarah kehidupan Rasulullah itu ia hafal di luar kepala. Tak tanggung-tanggung, empat buah album kaset maulid, ratib, dan selawat telah diluncurkannya sejak tahun 1993 lalu.



Figur kita, yang kerap tampak di perhelatan spiritual para habib, kali ini adalah Habib Ali bin Soleh Alatas, ulama yang kental berdialek Betawi, pengasuh Majelis Taklim Ar-Ridwan, Bekasi Kidul. Ihwal kepiawaian Habib Ali membaca maulid karya Syekh Abdurrahman Ad-Diba’i ini berasal dari sang kakek, Habib Muhammad bin Muhsin Alatas, generasi pertama habaib yang menjejakkan kaki di Bekasi, dan ayahnya, Habib Soleh bin Abdullah Alatas.



Sang ayah, Habib Soleh Alatas, adalah kemenakan sekaligus menantu Habib Muhammad bin Muhsin Alatas. Sebelum menetap di Bekasi, ia pernah merantau ke Jambi, dan sempat menikah dengan seorang gadis yang memberinya lima orang anak. Beberapa tahun kemudian, Habib Soleh kemudian menetap di Bekasi dan mendirikan majelis taklim Ar-Ridwan, yang diasuhnya hingga wafat pada malam Kamis, 10 Muharam, atau 23 Januari tahun 1975.



Di Bekasi, Habib Soleh menikah dengan putri pamannya, Habib Muhammad bin Muhsin Alatas, Syarifah Nur, yang kemudian memberinya tujuh orang putra-putri. Habib Ali sendiri lahir pada tahun 1950, putra sulung pasangan tersebut.



Dari sang mertua pula Habib Soleh pertama kali belajar melantunkan bait-bait maulid Ad-Diba’i, yang kemudian diturunkan kepada semua putra-putrinya. Meski kemudian hanya Habib Ali yang mewarisi kepiawaian sang ayahanda, menghafal dan melantunkan maulid Diba’.



Ketika Habib Soleh wafat pada 10 Muharam atau 23 Januari 1975, Habib Ali pun mulai sering diminta membaca maulid Diba’ di berbagai tempat. Ia juga melanjutkan kebiasaan sang Ayah, membaca maulid tersebut setiap malam Jumat di musala sebelah rumahnya. Dari seringnya membaca, Habib Ali pun akhirnya hafal di luar kepala.



Berbincang dengan ulama yang satu ini memang terasa segar. Derai tawa renyah sering mengiringi ungkapan-ungkapannya yang penuh hikmah. Di beranda rumahnya di Jalan Kartini/Mayor Oking, Bekasi Kidul, Habib Ali bertutur tentang perjalanan hidupnya.



Habib Ali bin Soleh Alatas mulai belajar agama kepada sang ayah, yang menurutnya sangat keras dalam mendidik. Selain itu, di waktu kecil, ia juga mengaji fikih kepada mualim Mu’thi dan belajar membaca Al-Quran kepada Ustaz Muhammad Ali, guru ngaji setempat. Ketika beranjak dewasa, secara intensif Habib Ali mengikuti pengajian Habib Abdurrahman Asegaf, Bukitduri.



Ayahnya, Habib Soleh, sangat menekankan pendidikan keluarga pada bidang akhlak dan moralitas. Menurut Habib Ali, abanya sering sekali mengatakan, “Orang berilmu belum tentu berakhlak, tetapi orang yang berakhlak sudah tentu berilmu. Biar ilmunya banyak kalau akhlaknya rendah, rendah derajatnya. Dan sebaliknya, biarpun sedikit ilmunya tetapi tinggi akhlaknya, tinggi pula derajatnya.”



Habib Ali kemudian mengutip perumpamaan orang yang berilmu tetapi tidak berakhlak, yang sering diucapkan sang aba waktu mengajarnya, “Kalau ente berjalan di tempat terbuka waktu hujan sambil membawa payung, kehujanan nggak? Ya tetep kehujanan, kecuali kalau payungnya dibuka dan dipakai.”

Akhlak, tandas Habib Ali, adalah wujud pengamalan ilmu, dan saat ini banyak orang yang ke mana-mana membawa ilmu tetapi tidak pernah memakainya. “Bukankah Rasulullah sendiri diutus untuk menyempurnakan akhlak umatnya?” ungkap Habib Ali. Orang yang belajar tetapi tanpa akhlak dan ihtiram, penghormatan terhadap ilmu, tidak akan mendapat berkah.



Dari perkawinannya dengan Syarifah Lu’lu binti Abdullah Alatas, Habib Ali dikaruniai tujuh orang anak. Beberapa tahun lalu hatinya sempat gundah, saat putra sulungnya, penghafal Diba’ yang diharapkan akan meneruskan jejaknya, meninggal. Ia baru lega, ketika mengetahui bahwa Abdullah, anak keempatnya yang baru pulang dari Hadramaut, ternyata juga sudah menguasai maulid Diba’ dan siap meneruskan jejaknya.

Dalam mendidik putra-putrinya, Habib Ali memang cukup demokrat. Ia tidak pernah memaksa anaknya untuk menjadi ini-itu. “Biar anak yang memilih jalannya sendiri, orangtua tinggal mendukung. Yang penting mereka tetap berada di jalan Allah,” tuturnya. Seyogianya orangtua, tambah Habib Ali, tidak mendidik anak agar takut kepada mereka, melainkan agar secara sadar dan ikhlas menghormati.



Mulai Rekaman

Tahun 1990, Habib Ali bin Soleh Alatas diminta oleh Radio Asyafi’iyyah, Jatiwaringin, untuk membacakan maulid Diba’ dan disyiarkan secara luas. Langgam, irama maulidnya, yang khas, segera menarik perhatian para pendengar. Sejak itu pula undangan membaca maulid Diba’ semakin membanjir. Bahkan pada tahun 1993, ia diminta rekaman oleh perusahaan Virgo Record.



Setelah album perdananya, berturut-turut permintaan rekaman berdatangan dari Naviri Record dan beberapa studio rekaman lain, untuk melantunkan ratib, Simthud Durar, dan terakhir kumpulan selawat yang diiringi organ tunggal. Sebagian album kaset tersebut hingga kini masih terpajang rapi di etalase toko minyak wangi dan peralatan muslim miliknya yang tak terlalu jauh dari rumah.



Dengan kepiawaiannya, banyak orang yang meminta Habib Ali mengajari pembacaan maulid Diba’ secara khusus. Namun, keterbatasan waktunya, yang padat dengan kegiatan mengajar dan berdakwah, membuat Habib Ali belum bisa memenuhi permintaan tersebut. Di luar aktivitas mengasuh majelis taklim peninggalan sang ayah, ia juga mengajar di beberapa majelis taklim di Pengasinan, Kemayoran, Cikuning, Pondok Kelapa, dan Jatimakmur, Bekasi. Ia, tuturnya merendah, ingin mengamalkan sedikit ilmunya, seraya berharap keberkahan.



Kanker Payudara

Kini, anggota jemaah pengajian Habib Ali mencapai seribuan orang, termasuk pengajian setiap malam Jumat di musala sebelah rumahnya. Ia mengaku materi pengajiannya sangat ringan dan mudah dicerna, karena kebanyakan tentang akhlak dan perilaku sehari-hari.



Materi yang paling sering diangkatnya adalah persoalan keluarga. Ini karena ia mulai sangat khawatir dengan kondisi anak-anak zaman sekarang. Misalnya motivasi sekolah yang lebih kepada nilai ijazah daripada pengamalan dan keberkahan ilmu.



Faktor terbesar yang menunjang proses demoralisasi ini, ungkap Habib Ali berapi-api, adalah keteledoran orangtua yang seharusnya menjadi murabbi, pendidik, bagi anak-anaknya. Kesalahan itu biasanya dimulai dari penyerahan pengasuhan anak kepada baby sitter atau orang lain, yang tentu tidak akan sebaik ibu kandungnya. Lalu ditambah dengan dirampasnya rezeki anak yang paling mendasar, yang telah diamanatkan Allah melalui orangtua, pemberian ASI.



Belakangan, karena alasan berkarier atau kesibukan, banyak orangtua yang tidak mau terlalu lama terbebani tugas menyusui. Ibu-ibu pun kemudian mempercepat penghentian pemberian ASI dan menggantinya dengan susu sapi. Padahal, menurut konsep Al-Quran, anak mempunyai hak disusui oleh ibunya selama dua tahun.



“Bukankah ini sebuah kezaliman orangtua terhadap anak?” tambah Habib Ali keras. “Maka jangan salahkan anak, jika setelah besar berbuat zalim kepada orangtuanya.” Akhirnya, ketika tidak menyukuri rezeki alami yang diberikan Allah, kaum perempuan pun mulai menuai peringatan dan azab, dengan datangnya berbagai macam penyakit, seperti kanker payudara.



Dakwah Bil Hal

Materi-materi sederhana memang selalu ditekankan Habib yang selalu berusaha memberikan contoh dalam kebaikan ini, setiap kali mengajar. “Justru karena sederhana, sering disepelekan,” ungkapnya. Habib yang masih tampak energik ini juga menambahkan, “Padahal konsep baldatun thayyibah wa rabbun ghafur, atau dalam bahasa kita disebut negara adil makmur sejahtera, itu dimulai dari keluarga yang saleh dan bahagia.”



Konsep ajaran Islam itu indah, dan penuh penghormatan. Anak harus menghormati orangtua, orangtua menyayangi yang lebih muda; antar-tetangga, meskipun bukan muslim tetap harus saling menghormati.

Kini di usianya yang telah melewati separuh abad, Habib Ali merasa bersyukur tinggal di tengah masyarakat yang rata-rata muhibin. Untuk itulah ia berusaha melayani mereka semampunya.

Para tetangga mengakui, Habib Ali sangat peduli dengan kondisi masyarakat sekitar. Ia sering kali menjadi pelopor dalam setiap kegiatan. Setiap kali ada tetangga yang meronda atau berjaga di sekitar rumahnya, dengan sigap Habib Ali selalu menyediakan konsumsi, bahkan terkadang ikut menemani.



Habib Ali menyadari, sebagian besar masyarakat sekitarnya adalah golongan ekonomi lemah. Karena itu pula, ia ingin selalu berbagi rezeki dengan mereka. Ia berprinsip, khairur rizqi ma yakfi, sebaik-baiknya rezeki adalah yang bisa mencukupi. Dan merasa cukup itu adalah kekayaan dan keberkahan terbesar manusia. AIS

Maulid ad-Diba`ie

Maulid ad-Diba`ie




Satu karya mawlid yang masyhur dalam dunia Islam ialah mawlid yang dikarang oleh seorang ulama besar dan ahli hadits iaitu Imam Wajihuddin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Umar bin ‘Ali bin Yusuf bin Ahmad bin ‘Umar ad-Diba`ie asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafi`i. Beliau dilahirkan pada 4 haribulan Muharram tahun 866H dan wafat hari Jumaat 12 Rajab tahun 944H. Beliau adalah seorang ulama hadits yang terkenal dan tiada tolok bandingnya pada masa hayatnya. Beliau mengajar kitab “Shohih” Imam al-Bukhari lebih dari 100 kali khatam. Beliau mencapai darjat Hafiz dalam ilmu hadits iaitu seorang yang menghafal 100,000 hadits dengan sanadnya. Setiap hari beliau akan mengajar hadits dari masjid ke masjid. Di antara guru-gurunya ialah Imam al-Hafiz as-Sakhawi, Imam Ibnu Ziyad, Imam Jamaluddin Muhammad bin Ismail, mufti Zabid, Imam al-Hafiz Tahir bin Husain al-Ahdal dan ramai lagi. Selain daripada itu, beliau juga seorang muarrikh, yakni ahli sejarah, yang terbilang. Di antara kitab karangannya ialah:-

“Taisirul Wusul ila Jaami`il Usul min Haditsir Rasul” yang mengandungi himpunan hadits yang dinukil daripada kitab hadits yang 6.

“Tamyeezu at-Thoyyib min al-Khabith mimma yaduru ‘ala alsinatin naasi minal hadits” sebuah kitab yang membezakan hadits sahih dari selainnya seperti dhaif dan maudhu.

“Qurratul ‘Uyun fi akhbaril Yaman al-Maimun”.

“Bughyatul Mustafid fi akhbar madinat Zabid”.

“Fadhail Ahl al-Yaman”.

Renungilah bahawa kitab mawlid ini bukan karya Tok Dalang wayang kulit atau susunan Pelipurlara zaman dahulu kala atau Tukang Karut dikir barat. Ianya karya seorang ulama terbilang dan menjadi sandaran ilmu dan imannya. Kitab mawlid ini dikarang dengan senikata yang indah dan menawan setiap telinga yang mendengarnya. Kitab yang hampir berusia 500 tahun ini diakui keindahan dan keberkatannya. Keberkatannya tersohor dan menjadi bacaan serta wiridan banyak umat. Majlis pembacaannya diadakan sepanjang tahun, setiap masa di berbagai pelosok dunia Islam. Kiyai Agung berpesan agar setiap muridnya mengadakan majlis pembacaan mawlid ini pada setiap malam Isnin, dan amalan ini diteruskan oleh murid-muridnya sehingga ke masa ini. Dengan hadir di majlis mawlid, diharap tumbuh subur kecintaan kepada Junjungan Nabi s.a.w. Diharap Junjungan s.a.w. yang dipertontonkan oleh Allah s.w.t. segala amalan umatnya sudi memberikan syafaatnya kepada pembaca dan pendengar serta hadirin kerana tidaklah mereka berkumpul melainkan kerana ingatkan baginda dan dalam rangka membesarkan baginda.



Allahumma sholli wa sallim wa baarik ‘alaihi wa ‘ala aalih.

Majlis Maulid

Majlis Maulid




Gemah – Semarang. Ahad 19 Oktober 2008 habis maghrib habib Alwi bin Abdullah Alhasni memulai majlis mingguan pembacaan rotib Alhaddad dan maulid Simthud Durror di mushola Attaqwa.



Dengan diiringi angin kencang yang akhir-akhir ini melanda Semarang dan sekitarnya ditambah hujan deras, kami 9 orang yang hadir malam ini mencoba tidak terpengaruh dengan hujan angin di luar. Yang hadir terlihat menikmati alunan syair-syair rotib dan maulid yang dibacakan oleh habib Alwi. Meski tidak banyakyang hadir tapi kami berniat untuk istiqomah.



Di akhir majlis, habib Alwi menyampaikan tentang pentingnya berguru pada orang yang tepat agar kita selamat dunia akhirat. Guru adalah orang mengajarkan ilmu pada kita meski hanya satu huruf. Untuk ilmu agama harus diajarkan oleh orang yang bersambung ilmunya pada Rosulullah Saw.



Dalam pengertian yang lebih luas, menurut habib Alwi, semua yang ada di alam ini bisa menjadi guru kita. Maksudnya adalah dari semua kejadian, orang bahkan dari binatang di sekitar kita pun bisa diambil hikmah untuk memperbaiki diri kita dan untuk menambah kebaikan kita.



Berguru itu butuh adap agar ilmu kita barokah. Barokah itu kalau kita mensyukuri atas semua yang kita miliki dan atas semua apa yang terjadi pada kita. Kita belum punya rumah ya alhamdulillah masih bisa kontrak kamar atau rumah, kita masih jauh lebih enak dibandingkan mereka yang tidak punya penghasilan untuk menyewa kamar seperti kita.



Kita dimaki-maki orang ya alhamdulillah kita masih bisa mendengar yang berarti kita masih punya telinga. Seandainya kita tidak punya telinga maka nikmat mendengar kita pun hilang. Bisa melihat nikmat, bisa bicara nikmat, bisa berjalan juga nikmat, punya apapun nikmat. Kalau begitu semuanya nikmat dan nikmat.



Syukur atas nikmat-nikmat dari Allah Swt adalah wajib bagi yang mengetahui.



Dan, habib Alwi melanjutkan, adap terhadap guru sekarang ini kurang diperhatikan mereka yang menuntut ilmu. Murid sekarang banyak protes sekiranya perintah gurunya tidak sesuai dengan keinginannya.



Guru yang benar-benar guru tentu paham apa yang terbaik bagi muridnya, jadi meskipun menurut murid perintah guru tidak baik tapi sebenarnya itu yang terbaik buat muridnya. Guru paham kalau murid melakukan hal yang dilarangnya maka dia akan dapat kesusahan dan bahkan keburukan saja, tidak akan menyampaikannya pada tujuan.



Guru memberikan yang kita butuhkan, bukan yang kita inginkan. Adalah tambahan nikmat kalau yang kita butuhkan menurut guru tersebut juga merupakan hal yang kita inginkan.

Mawlid adh-Dhiyaa-ul Laami`

Mawlid adh-Dhiyaa-ul Laami`


Mawlid adh-Dhiyaa-ul Laami`



Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim BinHafidz Bin Syaikh Abu Bakar bin Salim, ulama kontemporari yang sudah tidak asing lagi di rantau kita. Karya mawlid beliau mula mendapat tempat dalam masyarakat berkat kegigihan anak – anak murid beliau menyebarkannya di sini. Tambahan pula, karya beliau yang diberi nama “adh-Dhiyaa-ul Laami’” disusun dengan gaya nazam yang indah. Walaupun ringkas tetapi kandungan sarat dan padat dengan sirah serta pujian kepada Junjungan Nabi SAW. Karya ini menambahkan lagi kemeriahan kutubkhanah karya-karya mawlid yang disusun oleh para pencinta Junjungan Nabi SAW. Mawlid ini amat mudah dan ringkas untuk diamalkan, tak sampai pun 1 jam jika dibaca. Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan amalan bagi menyuburkan lagi kecintaan serta kerinduan kita kepada Junjungan Nabi SAW dan moga ianya juga menghilangkan karat di hati-hati kita. Ingatlah akan pesanan yang mulia Habib ‘Umar dalam mawlidnya tersebut:-







Demi Allah, berulang-ulanglah menyebut sifat Nabi Muhammad;

Agar hilang daripada segala hati akan kekaratannya

Penulisan Kitab Maulid Nabi saw

Penulisan Kitab Maulid Nabi saw




Dalam kitab Kasyf al-Dzunnun dikemukakan bahwa orang pertama yang menulis kitab perilaku kehidupan Nabi Muhammad saw dan uraian tentang kelahirannya ialah Muhammad bin Ishaq, wafat tahun 151 hijriyah. Dengan indah dan cemerlang ia menguraikan riwayat maulid Nabi saw serta menjelaskan berbagai manfaat yang dapat dipetik oleh kaum muslimin dari peringatan-peringatan maulid dalam bentuk walimah, sedekah dan bentuk kebajikan lain. Penulisan riwayat kehidupan Nabi saw kemudian diteruskan lagi pada zaman berikutnya oleh Ibnu Hisyam, wafat tahun 213 hijriyah.



Tidak diragukan lagi, dengan diterima dan dibenarkan penulisan kitab sejarah perilaku kehidupan Nabi saw oleh para ulama dan para pemuka masyarakat Islam itu, kaum muslimin tidak kehilangan informasi sejarah mengenai kehidupan dan perjuangan Nabi saw sejak beliau lahir hingga wafat. Tujuan memelihara kelestarian data sejarah itu disambut baik oleh para ulama, dan ini berarti bahwa para ulama membenarkan diadakannya peringatan maulid Nabi saw, sekurang-kurangnya setahun sekali pada bulan Rabiul Awal.



Imam Nawawi bahkan mensunnahkan peringatan maulid Nabi saw. Pendapat itu diperkuat oleh Imam al-Asqalany. Dengan dalil-dalil yang meyakinkan, Imam al-Asqalany memastikan bahwa menyambut hari maulid Nabi saw dan mengagungkan kemuliaan beliau mendatangkan ganjaran dan pahala bagi kaum muslimin yang menyelenggarakannya.



Imam Taqiyuddin al-Subki, telah menulis sebuah kitab khusus mengenai kemuliaan dan keagungan Nabi saw, bahkan ia menetapkan bahwa siapa yang datang menghadiri pertemuan untuk mendengarkan pembacaan riwayat maulid dan kemuliaan serta keagungan Nabi saw, akan memperoleh berkah dan ganjaran pahala.



Imam Ibnu Hajar al-Haitsami, menulis kitab khusus mengenai kemuliaan dan keagungan Nabi Muhammad saw. Ia memandang hari maulid Nabi saw sebagai hari raya besar yang penuh berkah dan kebajikan. Demikian juga Imam al-Thufi al-Hanbali yang terkenal dengan nama Ibnu al-Buqy, ia menulis sajak dan syair-syair bertema memuji kemuliaan dan keagungan Nabi Muhammad saw yang tidak dimiliki oleh manusia lain manapun juga. Tiap hari maulid para pemuka kaum muslimin berkumpul di rumahnya, kemudian minta kepada salah seorang di antara mereka supaya mendendangkan syair-syair al-Buqy.



Imam al-Jauzy al-Hanbali, mengatakan manfaat istimewa yang terkandung di dalam peringatan maulid Nabi saw ialah adanya rasa ketentraman dan keselamatan, di samping kegembiraan yang mengantarkan umat Islam kepada tujuan luhur. Dijelaskan pula bahwa orang-orang pada zaman Abbasiyah dahulu merayakan hari maulid Nabi saw dengan berbuat kebajikan menurut kemampuan masing-masing, seperti mengeluarkan sedekah dan lain sebagainya.



Imam al-Mujtahid Ibnu Taimiyah mengatakan, ‘Kemuliaan hari maulid Nabi saw dan diperingatinya secara berkala sebagaimana yang dilakukan oleh kaum muslimin, mendatangkan pahala besar, mengingat maksud dan tujuan yang sangat baik, yaitu menghormati dan memuliakan kebesaran Rasulullah saw.’



Menurut Ibnu Batutah dalam catatan pengembaraannya menceritakan kesaksiannya sendiri tentang kegiatan dan bentuk-bentuk perayaan maulid Nabi saw yang dilakukan oleh Sultan Tunisia Abu al-Hasan pada tahun 750 hijriyah. Ibnu Batutah berkata, bahwa sultan tersebut pada hari maulid Nabi saw menyelenggarakan pertemuan umum dengan rakyatnya dan disediakan hidangan secukupnya<!--[if !supportFootnotes]-->[1]<!--[endif]-->. Beribu-ribu dinar dikeluarkan oleh sultan untuk menyediakan berbagai jenis makanan bagi penduduk. Ia mendirikan kemah raksasa sebagai tempat pertemuan umum itu. Dalam pertemuan itu dibacakan syair-syair yang berisi pujian kepada Nabi saw dan diuraikan pula riwayat kehidupan beliau saw.



Selain ulama zaman dahulu, pada zaman-zaman berikutnya hingga zaman belakangan ini, masih tetap banyak ulama yang menulis kitab-kitab maulid Nabi saw, di antaranya Sayid Muhammad Shalih al-Sahrawardi, yang menulis kitab maulid berjudul Tuhfah al-Abrar Fi Tarikh Masyru’iyat al-Hafl Bi Yaumi Maulid Nabi al-Mukhtar. Dalam kitab maulid ini penulis mengemukakan dalil-dalil meyakinkan tentang sahnya peringatan maulid Nabi saw sebagai ibadah yang sangat ditekankan (sunnah muakkadah) supaya kaum muslimin melaksanakannya dengan baik.



Di Indonesia, beredar pula kitab-kitab maulid yang sering dibaca oleh kaum muslimin seperti kitab maulid al-Barjanzi, maulid al-Diba’i, maulid al-Azab dan maulid Burdah. Di samping itu terdapat juga kitab-kitab maulid yang ditulis oleh ulama-ulama dari kalangan Alawiyin, seperti kitab maulid al-Habsyi, al-Masyhur, al-Atthas, al-Aidid dan lainnya. Di antara kiitab-kitab yang ditulis berkenaan dengan maulid Nabi saw :



1. Al-Imam al-Muhaddis al-Hafiz Abdul Rahman bin Ali yang terkenal dengan Abu al-Faraj Ibnu al-Jauzi (wafat tahun 597H), dan maulidnya yang masyhur dinamakan al-Arus.



2. Al-Imam al-Muhaddis al-Musnid al-Hafiz Abu al-Khattab Umar bin Ali bin Muhammad yang terkenal dengan Ibn Dahya al-Kalbi (wafat tahun 633H). Beliau mengarang maulid yang dinamakan al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir al-Nadzir.



3. Al-Imam Syeikh al-Qurra’ Wa Imam al-Qiraat al-Hafiz al-Muhaddis al-Musnid al-Jami’ Abu al-Khair Syamsuddin Muhammad bin Abdullah al-Juzuri al-Syafi’e (wafat tahun 660H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip berjudul Urfu al-Ta’rif bi al-Maulid al-Syarif.



4. Al-Imam al-Mufti al-Muarrikh al-Muhaddis al-Hafiz ‘Imaduddin Ismail bin Umar bin Katsir, penyusun tafsir dan kitab sejarah yang terkenal (wafat tahun 774H). Ibn Katsir menyusun kitab maulid Nabi saw yang telah ditahqiq oleh Dr. Solahuddin al-Munjid. Kemudian kitab maulid ini disyarahkan oleh al-’Allamah al-Faqih al-Sayyid Muhammad bin Salim Bin Hafidz, mufti Tarim, dan diberi komentar pula oleh al-Muhaddis al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, yang telah diterbitkan di Siria pada tahun 1387 hijriyah.



5. Al-Imam al-Kabir al-Syahir, Hafiz al-Islam Wa ‘Umdatuh al-Anam, Wa Marja’i al-Muhaddisin al-A’lam, al-Hafiz Abdul Rahim ibn Husain bin Abdul Rahman al-Misri, yang terkenal dengan al-Hafiz al-Iraqi (725 – 808 H). Kitab maulidnya dinamakan al-Maurid al-Hana.



6. Al-Imam al-Muhaddis al-Hafiz Muhammad bin Abi Bakr bin Abdillah al-Qisi al–Dimasyqi al-Syafie, yang terkenal dengan al-Hafiz Ibn Nasiruddin al-Dimasyqi (777-842 H). Beliau adalah ulama yang sejalan dengan Ibnu Taimiyah. Beliau telah menulis beberapa kitab maulid, antaranya:



- Jami’ al-Atsar Fi Maulid al-Nabi al-Mukhtar (3 Jilid)

- Al-Lafdzu al-Ra’iq Fi Maulid Khair al-Khalaiq.

- Maurid al-Sabiy Fi Maulid al-Hadi.



7. Al-Imam al-Muarrikh al-Kabir Wa al-Hafiz al-Syahir Muhammad bin Abdul Rahman al-Qahiri yang terkenal dengan al-Hafiz al-Sakhawi (831-902H) yang mengarang kitab al-Diya’ al-Lami’. Beliau telah menyusun kitab maulid nabi dan dinamakan al-Fakhr al-’Alawi Fi al-Maulid al-Nabawi.



8. Al-Allamah al-Faqih al-Sayyid Ali Zainal Abidin al-Samhudi al-Hasani, pakar sejarah dari Madinah al-Munawarrah (wafat tahun 911H). Kitab maulidnya dinamakan Al-Mawarid al-Haniyah Fi Maulid Khair al-Bariyyah.



9. Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad al-Syaibani al-Yamani al-Zabidi al-Syafie, yang terkenal dengan Ibn Dibai’e. beliau dilahirkan pada bulan Muharram 866H, dan meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 Rejab 944H. Beliau menyusun kitab maulid yang amat masyhur dan dibaca di seluruh dunia (maulid Dibai’e). Maulid ini juga telah ditahqiq dan diberi komentar serta ditakhrijkan hadisnya oleh al-Muhaddis as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.



10. Al-’Allamah al-Faqih al-Hujjah Syihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitsami (wafat tahun 974H). Beliau merupakan mufti Mazhab Syafie di Makkah al-Mukarramah. Beliau telah mengarang kitab maulid yang dinamakan Itmam al-Ni’mah ‘Ala al-’Alam Bi Maulid Saiyidi Waladi Adam. Selain itu beliau juga menulis satu lagi maulid yang ringkas, yang telah diterbitkan di Mesir dengan nama al-Ni’mat al-Kubra ‘Ala al’Alam Fi Maulid Saiyidi Waladi Adam.

Al-Syeikh Ibrahim al-Bajuri pula telah mensyarahkannya dalam bentuk hasyiah yang dinamakan Tuhfah al-Basyar ‘Ala Maulid Ibn Hajar“



11. Al-’Allamah al-Faqih al-Syaikh Muhammad bin Ahmad al-Sarbini al-Khatib (wafat tahun 977H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip sebanyak 50 halaman, dengan tulisan yang kecil tetapi boleh dibaca.



12. Al-’Allamah al-Muhaddis al-Musnid al-Faqih al-Syaikh Nuruddin Ali bin Sultan Al-Harawi, yang terkenal dengan al-Mula Ali al-Qari (wafat tahun 1014H) yang mensyarahkan kitab al-Misykat. Beliau telah mengarang maulid dengan judul al-Maulid al-Rawi Fi al-Maulidi al-Nabawi. Kitab ini juga telah ditahqiq dan diberi komentar oleh al-Muhaddis al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.



13. Al-’Allamah al-Muhaddis al-Musnid al-Sayyid Ja’far bin Hasan bin Abdil Karim al-Barzanji, Mufti Mazhab al-Syafi’e di Madinah al-Munawarah. Beliau merupakan penyusun maulid yang termasyhur yang digelar Maulid al-Barzanji. Sebahagian ulama menyatakan nama asli kitab tersebut ialah Iqd al-Jauhar Fi Maulid al-Nabiy al-Azhar.



14. Al-’Allamah Abu al-Barakat Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-’Adawi yang terkenal dengan al-Dardiri (wafat tahun 1201H). Maulidnya yang ringkas telah dicetak di Mesir dan terdapat hasyiah yang luas dari Syeikh al-Islam di Mesir, al-Allamah al-Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad Al-Bajuri (wafat tahun 1277H)



15. Al-Imam al-’Arif Billah al-Muhaddis al-Musnid al-Sayyid al-Syarif Muhammad bin Ja’far al-Kattani al-Hasani (wafat tahun 1345H). Maulidnya berjudul al-Yumnu Wa al-Is’ad Bi Maulid Khar al-’Ibad dalam 60 halaman, telah diterbitkan di Maghribi pada tahun 1345H.



16. Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Syeikh Yusuf al-Nabhani (wafat tahun 1350H). Maulidnya dalam bentuk susunan bait dinamakan Jawahir al-Nazm al-Badi’ Fi Maulid al-Syafi’, diterbitkan di Beirut.

Syaikh Abdul Hamid Kudus

Syaikh Abdul Hamid Kudus




Ulama besar yang menjadi imam mazhab Syafi`i di Maqam Ibrahim ini asal-usulnya dari Kudus, Jawa Tengah, kelahiran Mekah. Syeikh Abdul Hamid Kudus lahir di Mekah, dalam “Mukhtashar Nasyrun Naur waz Zahar” dinyatakan lahir 1277 H/1860 M, dan dalam “Siyar wa Tarajim” dinyatakan lahir 1280 H/1863 M. Beliau juga wafat di Mekah tahun 1334 H/1915 M. Nama lengkap ialah Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Qudus / Kudus bin Abdul Qadir al-Khathib bin Abdullah bin Mujir Qudus / Kudus.

Syeikh Abdul Hamid Kudus mendapat pendidikan asas pertama sekali dari lingkungan keluarganya yang ramai menjadi ulama. Sejak kecil menghafaz al-Quran dan terlatih dengan banyak matan pelbagai bidang ilmu. Matan-matan yang dihafalnya sejak kecil ialah Matn al-Ajrumiyah, Matn al-Alfiyah, Matn ar-Rahbiyah, semuanya dalam bidang ilmu nahu. Matn as-Sanusiyah tentang ilmu akidah. Matn as-Sullam dan Matn az-Zubad, kedua-duanya meliputi akidah, fikah dan tasawuf. Para ulama besar yang terkenal dan menjadi guru beliau ialah Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Sayid “Utsman Syatha dan saudaranya Sayid Abu Bakri Syatha. Dalam bidang khusus mengenai ushul fiqh, hadis, tafsir dan tasawuf Syeikh Abdul Hamid Kudus memperdalamkannya kepada Sayid Husein al-Habsyi. Syeikh Abdul Hamid Kudus pula adalah orang kepercayaan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, mufti Makkah, dalam bidang keilmuan setelah Syeikh Ahmad al-Fathani. Hubungan antara Syeikh Abdul Hamid Kudus dengan Syeikh Ahmad al-Fathani sangat rapat. Syeikh Abdul Hamid Kudus selain dilantik sebagai salah seorang pentashih kitab beliau seringkali diutus oleh Syeikh Ahmad al-Fathani ke Mesir dalam urusan cetak mencetak kitab, terutama hubungan dengan Syeikh Mushthafa al-Halaby, pemilik syarikat cetak kitab yang terbesar di Mesir pada zaman itu.

Daripada ulama-ulama tersebut, Syeikh Abdul Hamid Kudus memperoleh ijazah khusus dan umum, dan mereka pula memberikan keizinan kepada beliau mengajar di Masjidil Haram dan di rumahnya. Manakala Syeikh Ahmad al-Fathani merintis jalan mulai belajar di Masjid Jamik Al-Azhar (tahun 1290 H/1872 M) Syeikh Abdul Hamid Kudus mengikuti langkah Rais thala’ah (Ketua tela’ah atau tutor)nya itu belajar di tempat yang sama (1300 H/1882 M). Syeikh Abdul Hamid Kudus merupakan generasi kedua mahasiswa dunia Melayu yang belajar di al-Azhar sesudah Syeikh Ahmad al-Fathani, sejak itu beliau sentiasa pulang pergi antara Mekah dan Mesir dalam urusan tertentu yang ada kaitannya dengan kerja-kerja Syeikh Ahmad al-Fathani. Sebenarnya Syeikh Abdul Hamid Kudus telah mengarang pelbagai judul dalam banyak disiplin ilmu, semuanya dalam bahasa Arab. Walau bagaimana pun pada judul artikel ini saya sebut bahawa beliau adalah “pakar ilmu arudh dan qawafi”. Kedua-duanya termasuk dalam bidang ilmu kesusasteraan Arab. Dengan ilmu ini dapat diketahui bagaimana timbangan-timbangan syair dan nazam dalam bahasa Arab. Setakat ini informasi yang ada hanya dua orang ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menulis dalam kedua-dua ilmu tersebut. Seorang lagi ialah Syeikh Ahmad al-Fathani `Rais Thala’ah’ bagi Syeikh Abdul Hamid Kudus.

Antara karangan Syeikh Abdul Hamid Kudus adalah sebagai berikut:

“Irsyadul Muhtadi ila Syarh Kifayatil Mubtadi”, diselesaikan sesudah Zuhur, hari Khamis, 3 Muharam 1306 H. Kandungannya membicarakan akidah dan ia merupakan syarah daripada karya ayahnya, Syeikh Muhammad Ali Kudus. Dicetak oleh Mathba’ah al-Maimuniyah, Mesir, Ramadan 1309 H. Di bahagian tepinya dicetak matan karya ayahnya, Syeikh Muhammad Ali Kudus tersebut. Ditashih oleh Muhammad az-Zahari al-Ghamrawi.

“Al-Anwarus Saniyah `alad Duraril Bahiyah”, diselesaikan pertengahan Rabiulakhir 1311 H. Kandungannya membicarakan akidah, fikah dan tasawuf. Merupakan syarah daripada karya gurunya Sayid Abi Bakar Syatha. Cetakan pertama, Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah Mekah, 1313 H.

“Fat-hul Jalilil Kafi bi Mutammimati Matnil Kafi fi `Ilmayil `Arudh wal Qawafi”, diselesaikan pada hari Isnin, 19 Rabiulawal 1313 H. Kandungannya membicarakan ilmu arudh dan qawafi atau kesusasteraan Arab. Dicetak oleh Mathba’ah al-Husainiyah al-Mashriyah, milik Muhammad Abdul Lathif Khathib, 1325 H. Kata pujian oleh Sayid Ahmad Bik al-Huseini, Muhammad Musa al-Bujiraimi as-Syafi’ie di al-Azhar, Muhammad al-Halaby as-Syafi’ie di al-Azhar dan Ahmad ad-Dalbasyani al-Hanafi di al-Azhar. Ditashih oleh Muhammad az-Zahari al-Ghamrawi.

“Al-Futuhatul Qudsiyah fi Syarhit Tawassulatis Sammaniyah”, diselesaikan pada Zuhur, akhir Muharam 1322 H. Kandungan pada muqaddimahnya pengarang menyebut bahawa beliau adalah penganut Mazhab Syafie dalam fikah, Mazhab Abu Hasan al-Asy’ari dalam akidah, dan penganut Thariqat Khalwatiyah. Sebab-sebab beliau menulis kitab ini adalah atas permintaan Qadhi Muslimin Negeri Surakarta ibu kota Jawa, beliau ialah Al-’Allamah al-Hamam asy Syeikh Raden Tabshirul Anam, supaya menulis syarah matan Al-Qashidatur Rajziyah yang bernama Jaliyatul Kurbi wa Manilatu `Arabi. Pada awal perbicaraan pengarang menyebut tentang sanad-sanad thariqat, di antaranya beliau juga mempunyai hubungan dengan Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Falimbani. Dicetak oleh Mathba’ah al-Hamidiyah al-Mashriyah, 1323 H. Taqriz dinyatakan ramai ulama tetapi yang dapat disebut pada akhir karangan hanya dua orang ulama saja ialah Syeikh Jami’ Al-Azhar, bernama Syeikh Abdur Rahman asy-Syarbaini asy-Syafi’ie dan Syeikh Muhammad Thumum al-Maliki Al-Azhari.

“Lathaiful Isyarat ila Syarhi Tashilit Thuruqat li Nazhamil Waraqat fil Ushulil Fiqhiyah”, diselesaikan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal 1326 H. Kandungannya membicarakan ilmu ushul fiqh. Terdapat berbagai-bagai edisi cetakan, di antaranya Mathba’ah Dar at-Thiba’ah al-Mashriyah, 54-60 Baserah Street Singapura (tanpa tahun).

“Kanzun Najahi was Surur fil Ad’iyatil lati ila Tasyarruhis Shudur”, diselesaikan pada hari Jumaat, bulan Safar 1328 H. Kandungannya membicarakan berbagai-bagai amalan wirid, doa, zikir dan lain-lain. Cetakan pertama oleh Mathba’ah At-Taraqqil Majidiyah al-’Utsmaniyah, Mekah, 1330 H. Kata pujian oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Muhammad Ba Bashail, Mekah, Sayid Husein bin Muhammad bin Husein al-Habsyi, Sayid Umar bin Muhammad Syatha, Sayid Muhammad ibnu Sayid Muhammad ibnu al-Faqih Sayid Idris al-Qadiri al-Maghribi al-Hasani, Syeikh Muhammad bin Syamsuddin, Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, dan Syeikh Umar Hamdan.

“Risalah fi al-Basmalah min Nahiyah al-Balaghah”.

“Manzhumah fi al-Adab wa al-Akhlaq li al-Islamiyah”.

“Thali’us Sa’di ar-Rafi’ fi Syarh Ilm al-Badi’”.

“Fiqh Rubu’ `Ibadat”.

“Nubzah fi at-Tashawwuf”.

“Ad-Durrah ats-Tsaminah fi al-Mawadhi’ allati tusannu fiha ash-Shalah `ala Shahib as-Sakinah.”

“Tasythir al-Mudharriyah fi ash-Shalah `ala Khairil Bariyah”.

“Majmu’ Bulugh al-Maram fi Maulid an-Nabiyi Shallalahu `alaihi wa Sallam”

“Raja’ Nail al-As’ad wa al-Qabul fi Madah Saiyidatina az-Zahra’ al-Batul”.

“Bulughus Sa’di wa al-Amniyah fi Madah Umm al-Mu’minin al-Mabra-ah ash-Shiddiqiyah”.

“al-Jawahir al-Wadhiyah fi al-Adab wa al-Akhlaq al-Mardhiyah”.

“az-Zakhair al-Qudsiyah fi Ziyarah Khairil Bariyah”.

“At-Tuhfah al-Mardhiyah fi Tafsir al-Quran al-’Azhim bi al-’Ajamiyah”

“Dhiyausy Syamsi ah-Dhahiyah”.

“Maulidun Nabiyi Shallalahu `alaihi wa Sallam”.

“Kanzul `Atha fi Tarjamah al-’Allamah as-Saiyid Bakri Syatha”.



Jangan mudah memandang ulama dahulu sebelah mata. Niat mereka ikhlas, biar tak dikenal di dunia, taqwa kepada Allah yang diutamakan. Mudah-mudahan patah tumbuh hilang berganti. Al-Fatihah.

Merayakan Mawlid – Mufti Mesir

Merayakan Mawlid – Mufti Mesir






Sesungguhnya menyambut dan merayakan Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. dengan niat untuk ingat kepada baginda dan membesarkan baginda adalah satu amalan yang besar dan dipandang utama oleh para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Para ulama kita menyatakan bahawa amalan ini adalah satu qurbah kepada Allah s.w.t dan kekasihNya s.a.w. Memandangkan kebanyakan umat Islam di dunia ini adalah pengikut Ahlus Sunnah wal Jama`ah, maka kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. terus dimuliakan dan diingati, alhamdulillah. Dakyah puak-puak Wahhabi dengan jagoan mereka antaranya Bin Baz terus tenggelam ditelan kebenaran. Fatwa-fatwa yang menyesatkan perayaan dan sambutan Mawlidur Rasul hanya tinggal fatwa-fatwa yang tak bernilai, fatwa yang hanya menghabiskan kertas dan dakwat sahaja. Fatwa yang dikeluarkan oleh mufti yang dah tak ada benda lain lagi yang nak difatwakannya. Biaq pilah kat depa.

Syaikh ‘Ali Jum`ah, mufti Mesir, adalah antara ulama kontemporer yang memandang baiknya amalan memperingati Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. Dalam karya beliau “al-Bayan” pada halaman 164 beliau menyatakan, antara lain:-





Mengadakan sambutan-sambutan peringatan Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah, kerana bahawasanya ia adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi atas kegembiraan dan kecintaan kepada baginda s.a.w. Cinta mahabbah kepada Junjungan Nabi s.a.w. adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan. Dan telah shohih sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang menyatakan :- “Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidaklah beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku paling dikasihinya berbanding ayah dan anaknya”. Dan bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:- “Tidak beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku yang paling dikasihinya berbanding anaknya, ayahnya dan manusia sekaliannya.”



Allahu … Allah, wahai ikhwah, hendaklah kita membesarkan majlis-majlis memperingati Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. dengan menjaga segala adab dan etika demi memuliakan makhluk Allah yang paling agung, Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Perhatikanlah wahai ikhwah akan kata-kata Syaikh `Ali yang menyatakan bahawa majlis-majlis peringatan mawlid Junjungan Nabi s.a.w. adalah min afdhalil a’maal wa a’dhzamil qurubaat. Maka biaq pilah kat mereka-mereka yang mencemoh peringatan Mawlid Junjungan s.a.w. Apa yang terlebih pelik adalah ada manusia yang sanggup berbelanja untuk meraikan hari kelahiran dirinya atau isterinya atau anaknya, tetapi dalam masa yang sama memandang serong terhadap orang yang merayakan hari kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. Apa punya orang ni aaa!!!!! Nabi punya dia kata bid`ahsesat, sendiri punya nape sibuk nak rayakan?? Siap buat kat hotel plak, ada ati nak bid`ahkan orang. Allahu … Allah, dunia dah nak kiamat kot.



Sumber : Bahrus Shoffa