30 Januari 2012

Sambutan Maulidurrasul di Kolej Islam as-Sofa, Ampang

Sambutan Maulidurrasul di Kolej Islam as-Sofa, Ampang

Posted by 

Bicara Hikmah & Senandung Zikir (Sempena Sambutan Maulidur Rasul Sallahu ‘Alayhi Wasallam 1433H)

Bicara Hikmah & Senandung Zikir (Sempena Sambutan Maulidur Rasul Sallahu ‘Alayhi Wasallam 1433H)

MAJLIS MAULID AKBAR 1433H

MAJLIS MAULID AKBAR 1433H

08 Disember 2011

JADUAL PENGAJIAN – DISEMBER 2011

JADUAL PENGAJIAN – DISEMBER 2011

01 Disember 2011

04 November 2011

UM BERSELAWAT

UM BERSELAWAT
« on: Today at 10:29:46 AM »

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x296.

Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza
Majlis Ta’lim Darul Murtadza menjemput semua ke Majlis Maulid Bulanan yang akan diadakan pada 4 November 2011 InsyaAllah. Maklumat lanjut tentang majlis ini adalah seperti berikut:-

Tarikh: 4 November 2011
Tempat: Surau Al Hidayah, Keramat AU3, KL (Bersebelahan Menara Jentayu).
Masa: 9.30pm
“Majlis ini terbuka untuk semua. Jemputlah datang beramai-ramai.”
Kita berjumpa disana
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 615x870.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 614x870.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 640x480.


LAIN2 MAJLIS ILMU : http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/

01 November 2011

Jadual Kuliah al-Habib ‘Ali Zaenal ‘Abidin bin Abu Bakar al-Hamid

Jadual Kuliah al-Habib ‘Ali Zaenal ‘Abidin bin Abu Bakar al-Hamid

Majalah Q & A

Majalah Q & A

Tuanku Muhriz saksi kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia

Tuanku Muhriz saksi kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia

DR. USAMAH Mohamed Hassan Elabed (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin sambil disaksikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah), Tunku Ali Redhauddin (dua dari kiri), Tunku Zain Al-Abidin (kanan) dan Mohamad Hasan di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan, semalam.


KUALA PILAH 31 Okt. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berangkat menyaksikan majlis menandatangani kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia di Istana Besar Seri Menanti di sini.
Kerjasama itu adalah antara Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa) yang dinaungi oleh baginda dengan Universiti Al-Azhar, Mesir.
Pada majlis tersebut, Universiti Al-Azhar diwakili oleh Presidennya, Profesor Dr. Usamah Mohamed Hassan Elabed manakala Yayasan Sofa oleh Pengasas-Penasihatnya, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.
Dalam titah baginda, Tuanku Muhriz mahu usahasama dan kerjasama itu diteruskan kerana ia akan membawa manfaat yang besar kepada umat Islam di negeri ini.
Baginda bertitah, manfaat itu diberi melalui tawaran kursus oleh Kuliyyah Al-Azhar, sebuah fakulti khas yang diwujudkan di Universiti As-Sofa yang didirikan di negeri ini.
“Gagasan Universiti Al-Azhar melalui pendidikan perlu diambil semangatnya terutama apa yang diwariskan oleh para ulama dengan memahami dengan tepat ajaran mereka dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian,” titah baginda.
Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Sofa, Dr. Yusri Mohamad berkata, kerjasama itu menyaksikan penubuhan secara bersama sebuah fakulti khas untuk pengajian Islam menurut acuan Universiti Al-Azhar, Mesir di negara ini.
“Ini bermakna kuliyyah berkenaan adalah sebahagian daripada Universiti As-Sofa yang ditubuhkan oleh Yayasan Sofa,” katanya.
Menurutnya, pengajian di bawah Kuliyyah Al-Azhar Malaysia akan dimulakan dengan kursus dalam bidang Usuluddin dan Syariah dan mungkin disusuli dengan Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab.
“Bagi kursus berkaitan profesional pula, ia akan menjurus kepada bidang pengurusan berteraskan Islam,” ujarnya.

Siapa Sebenarnya Wahhabiy ?

Siapa Sebenarnya Wahhabiy ?


Karya terbaru al-Fadhil Ustaz Zamihan hafizahullah. Memberi penerangan mengenai sikap dan kefanatikan puak Wahhabiy dan bahayanya. Elok untuk dibaca agar kita tahu siapa puak-puak ini, apatah lagi sekarang ni ramai asatizah dan protaz yang terpengaruh dengan dakyah ini mula menyusup masuk ke berbagai badan kerajaan, swasta dan parti – parti politik. Buku ini diberi kata alu-aluan oleh dua orang agamawan negara kita, iaitu al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady dan al-Fadhil Dato Hj Mohd Saleh Hj Ahmad. Silalah berhubung dengan Ustaz Zamihan untuk mendapatkan senaskhah buku ini. Moga ada manfaatnya dan mudah-mudahan Allah tetapkan kita semua atas jalan Ahlus Sunnah yang sebenar, bukan jalan para pendakwa yang beri’tiqad kursi itu tempat telapak kaki Allah…… subhanAllah.

22 Oktober 2011

SIRI KE 2: PADA MENERANGKAN PELBAGAI MAZHAB-MAZHAB AL-MUSYABBIHAH


SIRI KE 2: PADA MENERANGKAN PELBAGAI MAZHAB-MAZHAB AL-MUSYABBIHAH

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambung perbahasan siri ini. Kelihatan dengan jelas kenapa ulama-ulama menghukumkan sesat waimma kufur kepada golongan di bawah disebabkan mereka berpegang dengan tasybih secara NYATA dan melampau. Golongan pentasybih dan mujassimah zaman sekarang kebanyakkan ada unsur-unsur menjadikan Allah ‘beranggota’ menyebabkan mereka terkeluar dari golongan ASWJ, namun kegelinciran mereka tidak sampai ke batasan sebagaimana firqah di bawah. Selamat membaca.
Abu al-”izz
Di waktu Subuh, Paris.
SIRI KE 2: PADA MENERANGKAN PELBAGAI MAZHAB-MAZHAB AL-MUSYABBIHAH
Berkata al-Imam Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadi (wafat 429) Rahimahullah:
Ketahuilah –semoga kamu dibahagiakan Allah- golongan al-musyabbihat (golongan yang men-serupa-kan (menyerupakan) Allah dengan makhluk) terbahagi kepada dua kumpulan:
i. Kumpulan yang men-serupa-kan zat Allah dengan zat selain Allah
ii. Kumpulan yang men-serupa-kan sifat Allah dengan sifat selain Allah
Kumpulan pertama: Kumpulan yang men-serupa-kan zat Allah dengan zat selain Allah
Kelahiran golangan al-tasybih terawal daripada golongan golongan sesat yang melampau ialah:
1. Al-sabaiyyah- mereka menggelarkan Ali sebagai tuhan, dan men-serupa-kannya dengan zat tuhan. Ketika mana Ali membakar suatu kaum, mereka berkata kepadanya: sekarang kami tahu bahawa engkau adalah tuhan,kerana api tidak akan membakar sesuatu kaum kecuali dia adalah tuhan.
2. Al-Bayaniah iaitu pengikut Bayan bin Sam’an yang mendakwa sembahannya ialah insan daripada cahaya dalam bentuk manusia pada anggota-anggotanya. Anggota-anggota ini akan fana (musnah) kecuali wajahnya.
3. Al- Mughiriyyah iaitu pengikut al-Mughirah bin Said al-‘Ijli yang mengatakan sembahannya mempunyai anggota dan anggotanya dalam bentuk huruf-huruf al-hija’ (huruf bahasa Arab).
4. Al-Mansuriyyah ialah pengikut Mansur al-‘Ijli yang menyerupakan dirinya dengan tuhannya, dan dia mendakwa telah naik ke langit, dan mendakwa juga yang tuhannya menggunakan tangannya menjamah kepalanya. Dan tuhan berkata kepadanya: “Wahai anakku, sampaikan daripadaku”.
5. Al-Khitabiyyah yang berkeyakinan ketuhanan para Imam dan dan ketuhanan Abi al-Khttab al-Asadi.
6. Kumpulan yang berpegang dengan ketuhanan Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Jaafar.
7. Al-Hululiyyah yang berpegang hulul (bersatu) Allah pada diri para Imam dan menyembah para Imam atas tujuan atau pegangan tersebut.
8. Al-Huliyyah al-Hilmaniyyah yang disandarkan kepada pengasasnya iaitu Abu Hilman al-Dimasyqi yang mendakwa bahawa tuhan bersatu dengan semua bentuk yang cantik, dan dia sujud kepada semua yang cantik.
9. Al-Muqanna’iyyah al-mubidhah di belakang Sungai Jaihun dan dakwaan mereka bahawa al-Muqanna’ ialah tuhan, dan ia berbentuk pada setiap zaman dengan bentuk tertentu.
10. Al-‘Azafirah yang berkata dengan ketuhanan Ibn Abi al-‘Azafir yang dibunuh di Baghdad.
Kumpulan-kumpulan ini yang kami sebut pada fasal ini, semuanya terkeluar dari Agama Islam walaupun mereka ini dinisbahkan kepada Islam secara zahir.
Akan bersambung…. Insya Allah
Abu al-‘Izz
Menjelang Subuh, Paris.

DISKUSI TAREKAT TASAWUF NEGERI SEMBILAN


DISKUSI TAREKAT TASAWUF NEGERI SEMBILAN

DISKUSI TAREKAT TASAWUF NEGERI SEMBILAN
PENGENALAN
Diskusi ini adalah kesinambungan daripada seminar tarekat yang pernah diadakan pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007. Ianya akan diadakan selama 3 hari dan akan mengupas perbahasan yang berkaitan dengan disiplin tarekat tasawuf bagi memantapkan pengamal-pengamal tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan memasyarakat ilmu tasawuf kepada orang ramai.
Tarikh
22-24 November 2011
Tema
Memantapkan Pengetahuan, Memurnikan Amalan.
Anjuran
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri & Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Tempat
Klana Resort, Seremban
OBJEKTIF
·         Memantapkan pengamal tarekat berdaftar di Negeri Sembilan dengan ilmu pengetahuan yang selari dengan tuntutan Syarak dan disiplin ilmu Tasawwuf.
·         Merungkai permasalahan yang menjadi perselisihan di kalangan ulama yang berkaitan dengan tarekat  dan tasawwuf.
·         Mengetengahkan buku yang menjadi rujukan tentang tasawuf agar dapat disuburkan dalam pengajian agama Islam di Negeri Sembilan.
·         Mendedahkan perkembangan terkini dakwah dalam tarekat tasawwuf.
SENARAI TAJUK DAN PANEL.
1.    Ucaptama: Golongan Sufi: Kedudukannya dalam Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah.
Oleh: Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady
2.    Tren Semasa Memeluk Islam Dalam Kalangan Masyarakat Eropah dan Amerika Menerusi Tarekat Tasawuf
Panel: Dr. Muhammad Yusuf bin Khalid (USIM)
3.    Kedudukan Karamah Dalam Islam Khususnya Dari Perspektif Ilmu Tasawwuf
Panel: Dr. Jahid bin Sidek
4.    Silsilah.
Panel: Dr. Abdul Manam bin Mohamad (UnisZA)
5.    Zikir Jahar dan Zikir Khafi: Isu dan Pelaksanaannya Dalam Amalan Tarekat.
Panel: Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badarudin (UKM)
6.    Syarah Hikam Pengaruhnya Kepada Masyarakat Islam di Malaysia
Panel: Dr. Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi (UNISSA, Brunei)
7.    Kedudukan dan Peranan Tasawuf Dalam Pembinaan Umat
Panel: Y.Bhg. Dr. Zulkifli bin Mohamed Al Bakri
PENYERTAAN
Diskusi ini mensasarkan 300 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan tarekat yang berdaftar di Negeri Sembilan dan wakil-wakil tarekat tasawuf di luar Negeri Sembilan, pegawai agensi kerajaan, ahli-ahli akedemik Institusi Pengajian Tinggi, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi, orang perseorangan yang berminat.
 YURAN PENYERTAAN
·         Wakil Agensi                             -           RM100.00
·         Individu                                      -           RM50.00
·         Pelajar/Mahasiswa                  -           RM30.00
(Jemputan khas Jabatan Mufti tidak dikenakan bayaran)
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI
Urusetia Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Tel: 06-7652423 (P) 013-6254043 (HP) (Ust. Syaiful Nizam bin Md Jan) atau 06-7652432 (P) 012-3418373 (HP) (Ust. Nor Hafiz bin Abu Kassim)
Fax: 06-7652427
sumber: