23 Januari 2013

Pandangan Mufti Mesir Mengenai Sambutan Maulid Nabi


Pandangan Mufti Mesir Mengenai Sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم


Fadhilatus Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah, Mufti Mesir, di dalam kitab beliau al-Bayan lima Yasyghal al-Azhaan, pada halaman 164 (soalan 42) menyatakan:
“ ….. Mengadakan sambutan-sambutan peringatan Maulid Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah, kerana bahawasanya ia adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi atas kegembiraan dan kecintaan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Cinta mahabbah kepada Junjungan Nabiصلى الله عليه وآله وسلم adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan. Dan telah shohih sabdaan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang menyatakan: “Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidaklah beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku paling dikasihinya berbanding ayah dan anaknya” Dan bahawasanya Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:- “Tidak beriman seseorang daripada kamu (yakni tidak sempurna iman) sehinggalah jadi aku yang paling dikasihinya berbanding anaknya, ayahnya dan manusia sekaliannya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan