23 Oktober 2012

Surah adh-Dhuha Ayat 7 - Kanzul Iman


Surah adh-Dhuha Ayat 7 - Kanzul Iman

Jabal Nur adalah sebuah bukit yang terletak kira-kira 3 batu daripada Kota Mekah. Di puncak bukit tersebut ada sebuah gua yang telah dipilih Allah sebagai tempat yang menyaksikan turunnya wahyu yang pertama kepada kekasihNya, Junjungan Nabi SAW. Untuk sampai ke gua yang berkat bernama Hira` itu, Junjungan Nabi SAW terpaksa mendaki lereng bukit yang curam itu setinggi kira-kira 890 kaki. Kenapakah Junjungan mulia saban tahun sebelum menerima wahyu mendaki gua Hira` ? Adakah baginda menaikinya hanya untuk santai-santai, relaks - relaks atau hanya untuk beriadah semata-mata ? Tidak sekali-kali tidak, sungguh menurut pernyataan para ulama, baginda ke sana untuk bertahannuts atau berkhalwah atau menyendiri untuk beribadah kepada Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT. Demi kasih, kecintaan, mahabbah dan kerinduan baginda kepada Allah SWT yang amat mendalam, maka baginda SAW sanggup mendaki bukit tersebut untuk menyendiri dengan Tuhannya dalam gua kecil bernama Hira. Ibnu Hisyam dalam karya beliau yang masyhur "as-Sirah an-Nabawiyyah", juzuk 1, halaman 272 menyatakan bahawa menurut orang `Arab, yang dikehendaki dengan kalimah "tahannuts" dan "tahannuf" adalah "al-Hanifiyyah" yakni melakukan ibadah menurut agama al-Hanifiyyah, iaitu agama yang lurus / benar (yakni agama Islam) menurut syariat Nabi Ibrahim `alaihis salam. Oleh itu, Junjungan Nabi SAW sebelum menerima syariat baginda sendiri, syariat yang agung yang menasakhkan segala syariat rasul terdahulu, telah mengenal Allah dan beriman denganNya serta menjalankan ibadah kepadaNya menurut syariat nenda baginda Nabi Ibrahim `alaihis salam. Makanya, wahyu pertama yang diturunkan Allah SWT kepada baginda adalah ketika baginda tenggelam dalam kecintaan dan ibadah yang tulus kepada Allah SWT, amat buruklah sesiapa yang menafsirkan yang wahyu tersebut turun dalam keadaan baginda sesat tidak beriman kepada Allah yang Maha Pencipta. ... Allahu ... Allah.

Tidak dimungkiri bahawa sememangnya ada ulama dan ahli tafsir yang menafsirkan kalimah "dhallan" dalam ayat 7 surah adh-Dhuha tersebut sebagai "kecintaan atau mahabbah untuk makrifat kepada Allah SWT". Antara yang berpendapat sedemikian adalah Ibnu Atha` rahimahullah, ini adalah kerana kalimah "dhallan" itu memiliki beberapa makna yang berbeza. Antara sandaran yang menunjukkan bahawa kalimah "dhallan" membawa makna "al-mahabbah" yakni kasih sayang atau cinta mahabbah adalah ayat 95 surah Yusuf di mana kalimah "dhalalika" diertikan sebagai "kecintaanmu", sebab jika ianya diertikan dengan "kesesatanmu (dalam agama)", ia akan membawa erti bahawa Nabi Ya'qub `alaihis salam adalah seorang yang sesat dan pengertian ini adalah meleset dan jauh daripada kebenaran.


Oleh itu, tidak hairan, jika ada ulama yang menafsirkan ayat ke-7 surah adh-Dhuha tersebut atas pengertian kasih, sayang, cinta, mahabbah yang mendalam kepada Allah. Prof. Shah Faridul Haque rahimahullah (gambar di sebelah) dalam "The Holy Qur'an: An English Translation From Kanzul Iman" yang merupakan terjemahan tafsir "Kanzul Iman" oleh  Imam Ahmad Raza Khan Barelwi rahimahullah, menafsir ayat tersebut sebagai bermaksud: "And He found you drown in His love, therefore gave way unto Him." Dalam tafsirnya yang lain, Prof. Shah Faridul Haque memberikan tafsiran yang hampir sama iaitu: "And found you deeply engrossed in His love, so directed you". Dr. Muhammad Tahirul Qadiri pula dalam karya tafsir beliau dalam berbahasa Inggeris berjodol "Irfanul Quran" mentafsir ayat tersebut sebagai: "And He found you engrossed and lost in His love and then made you achieve the coveted objective."

Inilah antara tafsiran yang diberikan oleh para ulama terhadap ayat tersebut. Jelas tafsiran sebegini amat munasabah dan bersesuaian dengan maqam dan kedudukan Junjungan Nabi SAW yang merupakan kekasih Allah dan rasulNya yang teragung sejak azali lagi. Tidakkah telah datang kepada kita hadits Junjungan Nabi SAW yang menyatakan bahawa beliau telah menjadi nabi sedangkan ketika itu Nabi Adam `alaihis salam masih berupa air dan tanah sahaja (yakni masih belum diciptakan). Maka bagaimana boleh terlintas dalam akal dan benak hati sanubari kita yang manusia luar biasa yang kenabiannya sejak azali lagi boleh dianggap sebagai tidak beriman kepada Allah SWT? Jika masih ada yang berpendapat sedemikian, maka pasti telah berlaku kesilapan dalam penafsiran dan pemahamannya. Ingatlah bahawa para nabi itu maksum sejak kecil lagi, yakni terpelihara daripada melakukan dosa kesalahan, maka adakah dosa yang lebih besar daripada kekufuran kepada Allah ? Sungguh yang maksum itu para nabi `alaihimus sholatu was salam dan al-Quran, sedangkan manusia lain hatta ulama dan mufassir serta karya dan tafsiran mereka tidaklah maksum daripada kesalahan dan kesilapan. Maka hendaklah kita junjung kemaksuman para nabi tersebut, lebih-lebih lagi penghulu para rasul, Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW.

18 Oktober 2012

Amalan-amalan Pada Bulan Zulhijjah


Amalan-amalan Pada Bulan Zulhijjah

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre

Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah Al-Fajr, ayat 1-2 yang lebih kurang ertinya:

“Demi waktu Fajar, dan malam yang sepuluh”

Para Ulamak berselisih pada tafsiran ayat di atas. Al-Imam Assuyuthi di dalam Tafsirnya mengatakan Al-Fajr di daam ayat tersebut membawa erti setiap pagi secara mutlak. Sesetengah ulamak pula mengatakan, pagi hari pertama Zulhijjah, ada yang mengatakan pagi 9 Zulhijjah (Hari Arafah) dan ada yang mengatakan ia memberi isyarat kepada pagi 10 Zulhijjah.

Malam yang sepuluh atau Walayalin Asyr di dalam ayat yang kedua pula mempunyai tiga tafsiran. Sesetengah Ulamak mengatakannya sepuluh malam terakhir Ramadhan. Tafsiran kedua, ia adalah sepuluh malam pertama bulan Muharram. Tasfiran yang ketiga dan masyhur seperti dipersetujui oleh Imam Suyuthi, yang dimaksudkan di sini adalah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah. Pendapat ini juga disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Nasiriddin Addimasyqi As-Syafie.

Sebahagian ulamak salafussoleh menyebutkan, terdapat 3 himpunan sepuluh hari yang dimuliakan oleh Allah iaitu, 10 hari terakhir bulan Ramadhan, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari pertama bulan Muharram. Sebahagian ulamak mengatakan, antara ketiga-tiga himpunan tersebut, 10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah yang paling mulia, kerana padanya terdapat Hari Tarwiah (8 Zulhijjah), Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Nahr (10 Zulhijjah), selain ia merupakan penutup kepada Asyhurum Ma’lumat (bulan-bulan yang dimaklumkan untuk melakukan ibadah Haji).

Selain itu, fadilat bulan Zulhijjah ini sebagai salah satu bulan Haram yang mulia tidak perlu disebutkan lagi di sini dan umum patut sudah mengetahuinya.

Oleh itu, wahai saudaraku sekalian, rebutlah peluang untuk mengecas semula bateri keimanan kita yang kian pudar, dan menggarap sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah kepada hamba-Nya dengan memuliakan hari-hari ini. Marilah kita memperbanyakkan lagi amal ibadat kita secara umum dan mempertingkatkan lagi kualiti ibadah yang sedia ada.

Ulamak Salafussoleh juga menganjurkan kita memperbanyakkan bacaan-bacaan di bawah sepanjang 10 hari pertama bulan Zulhijjah. (Maaf, ada masalah pada Arabic Font, jadi perlu ditransliterasikan ke rumi)

La Ilaha Illallah ‘adadad duhur
La Ilaha Illallah ‘adada amwajil buhur
La Ilaha Illallah ‘adadan nabati wassyajar
La Ilaha Illallah ‘adadal qutri walmator
La Ilaha Illallah ‘adada lamhil ‘uyun
La Ilaha Illallah khairum mimma yajma’un
La Ilaha Illallah min yaumina hadza ila yaumi nufikha fis sur

Ana sebutkan tujuh zikir sahaja daripada banyak lagi zikir yang dianjurkan, kerana tujuh zikir di atas adalah yang paling masyhur dan disepakati oleh para salafussoleh. Untuk mendapatkan lagi zikir yang lain rujuklah kepada tok-tok guru yang mulia.

Usah dilayan pula mereka yang ditimpa “Mental Block” sehingga mengatakan amalan ini bid’ah yang haram dan sebagainya. Biarkan sahaja mereka dengan khayalan mereka. KIta teruskan beribadat mengikut sunnah dan memperbanyakkan zikir, moga ditenangkan hati-hati kita oleh Allah dengan mengingati-Nya. Semoga kita diberi kemudahan oleh Allah untuk merebut peluang yang diberikan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Amiin.

Daurah Talaqqi


Daurah Talaqqi Periwayatan Hadis

10 Oktober 2012

Pesan Quthub Tanah Jawa


Pesan Quthub Tanah Jawa

" Tidak ada yang menyebabkan manusia rugi kecuali keengganan mereka mengkaji buku - buku sejarah kehidupan kaum shalihin dan berkiblat pada buku - buku moden dengan pola fikir yang serba meringankan. Wahai saudara-saudaraku, ikutilah jalan salafush shalihin, sebab mereka adalah orang - orang yang ikhlas beramal. Ketahuilah, salaf kita tidak menyukai ilmu kecuali yang dapat membuahkan amal shalih. Aku teringat pada suatu untaian mutiara nasihat Habib Ahmad bin Hasan al-`Aththas yang mengatakan: " Ilmu adalah alat, meskipun ilmu itu baik, ia hanyalah alat, bukan tujuan (matlamat). Makanya, ilmu harus diiringi adab, akhlak dan niat yang shalih. Ilmu sedemikianlah yang dapat menghantarkan seseorang kepada maqam-maqam yang tinggi. "

♥ ♥ Malam Cinta Rasulullah ~ Bersama Habib Syech Assegaf ♥ ♥


06 Oktober 2012

Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf


Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf


Nama Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara meluas di kalangan masyarakat. Namun di kalangan jamaah majlis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenali. Terutama kerana ketokohan beliau dikurnikan oleh ALLAH dengan memiliki suara yang sangat merdu.


Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majlis shalawat mahupun masyarakat awam.


Dengan suara yang merdu ini, Habib Syech berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar. Ribuan bahkan jutaan belia turut bergabung dalam acara-acara selawat yang dianjurkan.


Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.


Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berkongsi dan memberi, meskipun beliau sendiri kadangkala dalam kekurangan. Bahkan ketika awal pembabitan dakwahnya ke pelosok-pelosok Indonesia, beliau membawa nasi bungkus, untuk dibahagikan kepada para jamaah.


Dengan Kereta Angin


Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah berjawa sebagai seorang usahawan tapi kemudian muflis. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.


Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justeru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.


Terkadang Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf secara istiqamah memberikan ta’lim di sebuah daerag bernama Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di Jawa Tengah.


Buat seluruh rakyat Malaysia, INSYA’ALLAH, khabarnya beliau akan hadir ke Malaysia pada tarikh 20-22 Oktober 2012. Mohon kuti perkembangan dari [The Official " Inteam Band " Fan Page] ya. Jom berkasih sayang saling doa mendoakan ya.. ^_^


Sumber: Majalah Kisah Islam Al-Kisah No.18/25 Ogos - 7 September 2008

Hukum Beramal dan Membaca Zikir Dan Selawat Yang Tidak Ma'tsur


Hukum Beramal dan Membaca Zikir Dan Selawat Yang Tidak Ma'tsur




Zikir dan Selawat Tidak Ma'tsur

Oleh : Ustaz Ayman Akiti

Fahamilah, bahawa sesungguhnya zikir yang tidak warid atau juga dikenal dengan zikir tidak ma'tsur bukan berarti sesat atau tidak boleh diamalkan. Selagi ia memiliki makna yang baik, seperti memuji Allah dan Rasul-Nya, dan makna-makna yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ia diperkenan dalam Islam secara sepakat ulama. Ini tersebut di dalam kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah: " الذكر بغير المأثور : في الأذكار المطلقة : يجوز في الأذكار المطلقة الإتيان بما هو صحيح في نفسه مما يتضمن الثناء على الله تعالى ولا يستلزم نقصا بوجه من الوجوه , وإن لم تكن تلك الصيغة مأثورة عن النبي صلى الله عليه وسلم . وهذا في الذكر المطلق موضع اتفاق ".

Juga dinukil dari Imam Nawawi RH: " أوراد المشايخ وأحزابهم لا بأس بالاشتغال بها" (Adapun wirid-wirid para guru dan hizib-hizib mereka adalah tidak apa-apa untuk beramal dengannya).

Walau bagaimanapun, ketika ditanya manakah yang lebih afdhal? Maka memang jawapannya adalah zikir yang warid @ ma'tsur. Seperti kata-kata Imam Nawawi RH: " الخير والفضل إنما هو في اتباع المأثور في الكتاب والسنة وفيهما ما يكفي في سائر الأوقات , وجرى على ذلك أصحابنا". Akan tetapi, kata-kata Imam Nawawi ini bukan berarti kita harus menyuruh orang untuk menjauhi zikir-zikir yang tidak warid. Ini disebabkan, terbukti Imam Nawawi sendiri menyusun hizib khusus bagi dirinya dan wirid beliau ini telah diijazahkan turun-temurun sampai kepada kita sekarang dengan sanad yang muttasil dan sahih (Rujuk Syawariq al-Anwar, karangan Syaikh Muhammad Bin Alawi al-Maliki dan kitab Tsabat Syaikh Yasin al-Fadani al-Makki).

Isu yang lain pula, apakah membaca selawat dan pujian kepada Nabi Muhammad SAW yang juga tidak warid itu berarti sesat? Dan lebih-lebih lagi ketika kejahilan yang menghalang untuk mengetahui maknanya lalu sebelum kaji selidik langsung ber-su'u zann akan kebatilan amalan ini? Semoga Allah menunjukkan orang-orang yang tertutup hatinya kepada jalan yang penuh Nur Muhammad SAW.

Ingatlah, berselawat kepada Nabi kita adalah disyariatkan dalam Islam, sama ada berbentuk kalam nasar maupun kalam syair. Rasulullah SAW bersabda: " فوالذي نفسي بيده لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده " (Riwayat Bukhari).

Buktinya lagi, tersabit dalam hadis yang dikumpulkan oleh Imam al-Turmizi di dalam al-Syamail al-Muhammadiyyah:
" حدثنا إسحق بن منصور أخبرنا عبد الرزاق أخبرنا جعفر بن سليمان حدثنا ثابت عن أنس أن النبي صلى الله عليه وسلم دخل مكة في عمرة القضاء وعبد الله بن رواحة بين يديه يمشي وهو يقول: خلوا بني الكفار عن سبيله * اليوم نضربكم على تنزيله * ضربا يزيل الهام عن مقيله * ويذهل الخليل عن خليله. فقال له عمر يا ابن رواحة بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم وفي حرم الله تقول الشعر فقال له النبي صلى الله عليه وسلم خل عنه يا عمر فلهي أسرع فيهم من نضح النبل ".
(Ta'liq Imam Turmizi bagi hadis ini adalah Hasan Sahih). Hadis ini memuat kisah bagaimana sahabat memuji Nabi dengan Syair di mana Nabi tidak melarangnya. Belum lagi banyak hadis sahih atau hasan lainnya yang terdapat di dalam al-Syamail Imam Turmizi.

Menurut Imam Bajuri dalam Syarah al-Syamail P. 402: "Diambil kesimpulan dari hadis ini bahwa dibenarkannya malah disunahkan mendendangkan syair dan mendengarnya jika dalam syair tersebut ada pujian Islam dan mengajak kepada pertemuan yang baik dan penyerahan diri kepada Allah SWT".

Juga riwayat dari Sayyidah Aisyah bahwa Rasulullah SAW membuat minbar di masjid untuk Hassan bin Tsabit untuk memuji Rasulullah SAW. (Riwayat Turmizi dalam al-Syamail).

Maka dari sini, perlu saya nukilkan pendapat Mufti Mesir Ali Jum'ah Hafizahullah bahwa qasidah-qasidah yang mengandung syair-syair madih atau pujian kepada Nabi Muhammad SAW adalah tidak lain merupakan suatu karangan ulama yang bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah, kitab-kitab Sirah yang muktamad seperti Sirah Ibn Hisham, Sirah Ibn Hibban, al-Wafa' oleh Abdurrahman al-Jauzi, al-Syifa' Qadhi Iyadl, dan lainnya. (al-Ajwibah al-Sadidah, p. 123).

Lalu dari manakah kita nak mudah-mudah menyesat orang yang melakukan wirid-wirid seperti selawat Ibn Masyisy al-Maghribi, Hizib Imam Nawawi, Burdah, Diba'I, Ratib Hadad, Dalail al-Khairat dan lain-lain?  Kalau memang tidak suka, janganlah kita mudah-mudah mengutuk amalan seperti ini seperti menuduh ia tidak warid atau ia tidak ada sumber dari al-Quran dan Sunnah. Ini disebabkan mungkin ia bersumber dari dalil yang umum yang kita tidak mengetahuinya. Atau paling tidak, ia berada dalam dimensi khilaf ulama yang sewajibnya kita bertoleransi dengan berpegang pada kaedah "لا ينكر المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه". Juga diingatkan oleh Imam al-Haramayn: "إذا لم يستيقن حظر في شيء من الشارع فلا يثبت فيه تحريم" (Apabila tidak dapat dipastikan dengan yakin larangan terhadap sesuatu perkara melalui ketentuan pembuat syarak, maka tidak boleh disabitkan pengharamannya).

Oleh itu, berbicara biarlah berilmu, bukan buruk sangka. Kalau tidak tahu sebaiknya diam. Berpeganglah pada sabda Nabi Muhammad SAW: " من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه ". (Sebaik-baik Islamnya seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak penting baginya)
Sumber : http://akitiano.blogspot.com/2012/10/zikir-dan-selawat-tidak-matsur.html

Kelebihan Qulhuwallah


Kelebihan Qulhuwallah
Oktober 4, 2012 — sulaiman
Satu ketika Rasulullah SAW melihat jenazah seorang sahabat. Sebelum bergegas melakukan sembahyang jenazah, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat: “Apakah dia mempunyai tanggungan hutang?”.

“Ya, sebanyak empat dirham,” jawab sahabat.

“ Saya tidak akan sembahyang seseorang yang mati membawa hutang empat dirham,” perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat.

Selang tidak berapa lama, Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah SAW. “Muhammad, Allah SWT menyampaikan salam kepadamu dan berfirman, ’Aku telah mengutus Mikail dalam rupa bentuk manusia dan membayarkan hutangnya’. Jadi, sembahyangkanlah jenazah itu, orang ini telah diampuni. Dan, sesiapa yang menyembahyangkannya, maka dia akan diampuni”.

Nabi akhirnya bertanya kepada Malaikat Jibril: ”Bagaimanakah dia mendapatkan penghormatan ini?”.

Kerana keistikamahannya (berkekalan) membaca surat al-Ikhlas seratus kali setiap hari.

01 Oktober 2012

Meluruskan Pandangan Sempit Kelompok Eksklusif


+

Cahaya Nabawiy September 30, 2012 No Comments »

“Jika mengkafirkan seorang muslim saja berakibat pada dosa yang besar, bagaimana dengan pengkafiran yang dituduhkan pada seketompok muslimin yang terbanyak, dan menuduh mereka berbuat syirik”

Sering kali kita temukan dalam selebaran, majalah, internet dsb. yang berisi penghujatan dan. pengkafiran terhadap orang-orang yang bertawasul kepada Nabi SAW. Caci maki dan tuduhan syirik ini tidak hanya ditujukan kepada sebagian dari kaum muslimin, Prof. Dr. Sayid Muhammad bin Alwi Al-Maliky bahkan tidak luput dari caci maki dan tuduhan syirik oleh segelintir kaum ini. Lewat sebuah buku yang berjudul Hadzihi Mafahimuna guru besar ulama senusantara ini oleh Ibnu Mani’ dituduh sebagai penyebar bid’ah dan orang musyrik. Secara kasar, ia mengeritik Abuya Maliky yang bermazhab Maliki ini – seperti gaya kaum Khawarij yang begitu mudah mengkafirkan lawan yang tak sefaham.

Upacara tahlil, pembacaan Maulid Nabi dan praktek rohaniah lain yang mencair dengan nuansa budaya – seperti Maulid Nabi yang hakikatnya madah (memuji) Rasul yang merupakan ekspresi kecintaan (mahabbah) kepada Nabi direspons Wahabi sebagai syirk dan bid’ah. Oleh mereka amalan yang bersumber ‘urf ini, dicari argumentasinya melalui dalil-dali! syara’, bukan adat positif yang justru dibenarkan oleh Islam. Mereka menuduh karena di zaman Nabi tidak ada seperti itu, maka haram orang sekarang mengadakan segala hal yang di zaman Nabi tidak ada. Perbedaan furu’ lainnya antar mazhab dianggap pertentangan yang tak bisa dikompromi dan paling-paling digauli secara kaku hingga menimbulkan permusuhan. (Baharun, 2006)

Salah satu hal yang sering dimunculkan di permukaan adalah penyebutan bi jaah rasul (dengan kedudukan rasul), bi haqqi rasul (dengan kebenaran rasul), manakala umat Islam berdoa memohon sesuatu kepada Allah. Menurut orang-orang Wahabi itu, hal ini adalah perbuatan bid’ah dan musyrik tidak ada dasarnya baik nabi terdahulu maupun para sahabat melakukan hal itu, sehingga orang yang melakukannya dapat membawa kepada kekafiran.

Pandangan sempit semacam itu sebenarnya sudah di bahas oleh ulama-lama kita baik mutaqaddimin maupun mutaakhirin. Salah satunya adalah sebuah hadits sahih yang terdapat dalam kitab Al Ajwibatu Al Ghaliyah karangan Habib Zain bin Smith (Madinah). Bahwasannya diriwayatkan oleh Al Hakim, Tahbarani dan Al Baihaqi dari Umar bin Khattab ra. secara marfu’:
 “Ketika Adam menyadari akan kesalahannya, ia berkata: “Wahai Tuhan aku memohon kepadaMu dengan Hak (kedudukan) Muhammad ampunilah dosaku.” Allah berfirman: “Bagaimana engkau mengenal Muhammad padahal aku belum menciptakannya? “. Jawab Adam: “Wahai Tuhan, ‘ketika Engkau menciptakan aku dengan tanganMu dan Engkau meniupkan ruhMu kepadaku, maka aku mengangkat kepalaku dan aku lihat di kaki ‘Arsy tertulis “Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah”. Maka aku tahu bahwa Engkau tidak meletakkan nama orang lain di sisi namaMu yang paling Engkau cintai.” Allah berftrman: “Apa yang kau katakan benar wahai Adam, sesungguhnya Muhammad adalah makhluk yang paling Aku cintai, ketika engkau memohon kepadaKu dengan kak Muhammad, maka Aku segera memberimu ampun, dan andaikata bukan karena Muhammad, Aku tidak menciptakan engkau.”

Bagi orang yang munsyif dan berakal, kiranya hadits ini sudah cukup sebagai landasan boleh bertawasul bi-haqqi Muhammad Bahkan masih banyak pembahasan secara panjang lebar dari para ulama, diantaranya terdapat dalam kitab Mafahim Yajib an Tushaha karangan Prof. Dr. Muhammad bin Alwi Al-Maliky, dan Al Ajwibatu Al Ghaliyah karangan Habib Zain bin Smith.Tentunya kajian yang dilakukan harus menggunakan hati yang bersih dengan niatan mencari kebenaran Ilahi. Dengan banyak membaca buku dan kitab-kitab karangan ulama shalih dan ikhlas, akan memberikan pengaruh jiwa kepada kita untuk tidak mudah mengkafirkan atau menuduh orang lain melakukan perbuatan bid’ah dan syirik.

Karena seorang yang menganggap dirinya muslim, sangat tidak diperbolehkan mengkafirkan orang lain yang telah mengucapkan kalimat tauhid. Telah disebutkan dalam sebuah hadits sahih bahwa Rasul SAW ber-sabda:
“Jika seseorang mengkafirkan saudaranya, maka tuduhan itu akan menimpa salah satu dari keduanya, jika tuduhan itu memang benar, maka tuduhan itu akan mengenai orang yang dituduh, kalau tidak maka tuduhan itu akan kembali kepada yang menuduh”. (HR. Muslim)

Imam Abu Bakar Al Baqillani telah berkata:
“Sesungguhnya memasukkan seribu orang kafir ke dalam Islam di-karenakan satu tanda misteri kelslam-an, lebih ringan dari pada mengkafirkan seorang muslim dengan seribu tanda misteri kekafiran “.
Jika mengkafirkan seorang muslim saja berakibat pada dosa yang besar, bagaimana dengan pengkafiran yang dituduhkan pada sekelompok muslimin yang terbanyak, dan menuduh mereka berbuat syirik hanya dikarenakan mereka melakukan tawasul dan mohon barokah dengan atsar orang-orang sha-leh? Padahal iman mereka kepada Allah amat kokoh, dan mereka terdiri dari ulama’ulama yang memiliki sanad keilmuan sampai pada tabi’in, sahabat dan Rasulullah? Kiranya untuk menjawab pandangan orang-orang semacam ini, kita kemukakan sabda yang menyatakan::

“Sesungguhnya setan telah putus asa untuk disembah oleh’ orang-orang yang shalat di Jazirah arab, akan tetapi ia tidak putus asa untuk mengadu domba di antara sesama mereka”. (HR. Muslim dan Tirmidzi)
Sudah jelas sekali, ini adalah upaya propaganda setan untuk memecah belah sesama umat Islam. Sekarang tinggal umat Islam itu sendiri, maukah duduk bersama bermusyawarah untuk tafahum saling memahami antar perbedaan furu’, ataukah tetap pada sikap ashobiyahnya masing-masing hingga datang kehancuran umat Islam?
Majalah Cahaya Nabawiy No.49Tahun V shafar 1428/Maret 2007

Tegakkan Shalat dan Berjamaah!



Cahaya Nabawiy June 22, 2012 No Comments »

Kalam Habib Hasan bin Sholeh al-Bahar al-Jufri

Sudah jamak dimengerti, shalat adalah pilar agama. Ia menyangga bangunan Islam kita. Kuat tidaknya iman sangat bertumpu padanya. Karena itu ia mesti dikokohkan. Jangan sampai rapuh atau keropos. Sebab agama kita menjadi taruhannya.

Sejatinya, tanpa shalat, seorang muslim seolah tak beridentitas. Akidahnya soak. Tak ada simpul pererat antara dirinya dengan Sang Tunggal. Ia diambang jurang kesyirikan. Sedikit saja taifun menerpa, ia dipastikan terjungkal ke dasar kegelapan yang tiada ujung pangkal.

Itulah cikal keprihatinan seorang Habib Hasan bin Sholeh bin Idrus al-Bahr al-Jufri, sosok besar abad ke-13 Hijriyah di lembah Hadramaut. Kala itu, dilihatnya sebagian muslimin mulai teledor dalam menjaga fardu lima waktu. Dalam seutas risalah wasiatnya kepada seorang pecinta ia menulis mukaddimah, “Kutorehkan wasiat ini ketika kulihat diriku dan orang-orang sekitarku terkesan mulai keberatan memelihara shalat lima waktu dan berjamaah, serta kian jarangnya orang-orang yang berlomba dalam berbuat baik dan ibadah.”

Sudah barang tentu, frasa “diriku” dan “orang-orang sekitarku” di atas bukanlah sebuah vonis. Itu hanyalah refleksi kerendahan hati. Habib Hasan al-Bahr adalah ulama besar yang telah mencapai taraf Qutub. Mana mungkin beliau meneledorkan shalat. Begitu pula orang-orang sekitar beliau yang nota bene murid-murid beliau semacam Habib Idrus bin Umar al-Habsyi. Penanda “keberatan memelihara shalat lima waktu dan berjamaah” tepatnya ditujukan kepada kita semua, manusia-manusia akhir zaman yang telah dikurung gemerlap dunia. Habib Hasan kemudian meneruskan tausiyahnya,

“Ketahuilah, sesungguhnya, musibah yang terdahsyat, kekejian yang tesesat, dan aib yang terhina, adalah mengabaikan shalat, melalaikan fardu Jumat dan jamaah. Bagaimana tidak, shalat adalah fasilitas yang dimediasi Allah SWT untuk mengangkat harkat manusia, meleburkan dosa-dosa mereka, dan mengunggulkan manusia atas makhluk-makhluk lain di muka bumi dan langit -Tapi, ia telah disia-siakan sendiri oleh manusia.”

“Tatkala seseorang mudah meninggalkan shalat, atau harta dunia memalingkan dirinya dari shalat, itu artinya ia telah digariskan menjadi manusia yang celaka. Takdir menetapkan dirinya bakal mengecap azab yang pedih tak terkira, kehidupannya akan terus merugi, malapetaka senantiasa merundungnya, dan pada akhirnya nanti penyesalan panjang bakal melingkupi hari-harinya.”

Nauzu billahi min zalik. Semoga kita tak tergolong manusia-manusia yang dinarasikan Habib Sholeh itu. Makhluk lemah semacam kita mana mungkin kuat menanggung siksa-siksa-Nya. Saat jari tertusuk jarum, kita meringis kesakitan. Bagaimana bila sebongkah gada yang besarnya memenuhi langit dan bumi meremukkan belulang kita?

“Tiada disangsikan, orang yang meninggalkan shalat sangat dibenci Allah. Dikhawatirkan ia mati tanpa memanggul iman. Neraka Jahim bersiap menyambutnya. Ia tecatat sebagai manusia yang dijauhkan dari rahmat-Nya. Bumi dan langit pun enggan menerima kehadirannya.”

“Manakala seseorang yang melalaikan shalat hendak mengunyah sesuap makanan, tanpa disadari, makanan di tangannya itu menyerukan jeritan-jeritan. “Semoga Kamu dijauhkan dari rahmat Allah, wahai musuh Allah. Kamu memakan rizki Allah, tapi Kamu enggan melaksanakan fardu-fardu-Nya.” Itu makanannya. Lalu tatkala ia beranjak keluar rumah, rumahnya itu mencibir lantang, “Rahmat Allah takkan menyertaimu. Kamu takkan menjejakkan kebaikan apa-apa. Pergilah! Mudah-mudahan kamu kembali dalam keadaan tidak selamat.”

Sebuah ulasan sarat hikmah dari Habib Hasan. Di dalamnya termuat ilmu-ilmu yang tak bisa dipahami sembarang orang: Makanan menjerit-jerit, rumah menghardik-hardik. Itu semua adalah ilmu rahasia yang hanya bisa dimiliki para auliya, kekasih Allah SWT.

Khusuk

Salah satu esensi shalat adalah khusuk. Penilaian diterima tidaknya suatu shalat diukur dengan kadar kekhusukan seseorang. Sayang, hal ini kurang diperhatikan. Dalam lanjutan wasiatnya, Habib Hasan bin Sholeh al-Bahr menjelaskan pentingnya khusuk dalam shalat.

“Jagalah shalat lima waktu dalam jama’ah. Jika di dekat rumahmu terdapat sebuah masjid, tunaikanlah di situ. Kemudian ingat, ketika kamu telah bertakbir memasuki shalat, kosongkanlah hatimu dari kerumitan-kerumitan dunia. Hadirkanlah hatimu. Bayangkan dirimu berdiri di hadapan Sang Wujud yang di genggaman-Nya kunci-kunci rizki. Pusatkanlah konsentrasimu kepada Allah SWT, sepenuhnya. Nikmatilah dialog ruhmu dengan Penciptamu. Jika tiba-tiba saja hatimu terbawa lupa, segeralah sadar. Berandailah, seumpama dirimu berbicara dengan seseorang, lalu kamu berpaling begitu saja tanpa permisi. Bukankah ia akan murka? Bagaimana bila kamu ajak bicara adalah Penguasa seluruh semesta. Betapa kurang ajarnya bila kamu tidak mengindahkannya. Shalat, sekali lagi, adalah wahana dialog antara makhluk dengan Allah subhanahu wata’ala.”

Kemudian Habib Sholeh menekankan pentingnya memperhatikan shalat orang-orang di sekitar kita.

“Lazimilah shalat. Raihlah fadilah awal waktu. Perintahkan anak-anak serta sanak keluargamu untuk menjaga shalat, begitu pula mereka yang berada dalam naunganmu, semisal pekerja dan pembantumu. Dengan shalat kamu akan beroleh ridha Allah SWT. Barang siapa memperoleh ridha Allah, berarti ia berhasil menggapai segala kebajikan.”

Mari kita laksanakan shalat. Tak banyak-banyak. Cukup lima waktu dalam sehari. Usia kita telah banyak tersia-siakan. Alangkah bijak bila kita sisihkan sebagian untuk investasi akhirat. Di sana kita butuh bekal banyak. Dengan persiapan morat-morat ini, peluang sukses kita sedikit. Tinggal satu yang kita harap: ampunan-Nya. Dan ampunan itu hanya kita dapatkan lewat shalat.

Ikut Mana-mana 4 Mazhab Insyaallah Selamat



Pendapat para imam mujtahid 4 mazhab dijamin satu pahala walaupun salah ijtihad mereka.
“Apabila seorang hakim akan memutuskan perkara, lalu ia melakukan ijtihad, kemudian ijtihadnya benar, maka ia memperoleh dua pahala (pahala ijtihad dan pahala kebenarannya). Jika hakim akan memutuskan perkara, dan ia berijtihad, kemudian hasil ijtihadnya salah, maka ia mendapat satu pahala (pahala ijtihadnya).” (Riwayat Bukhari Muslim).
Mereka juga merupakan golongan yang memahami hadith-hadith Baginda dan telah mengeluarkan berjuta permasaalahan feqah melalui mazhab masing-masing.
Dalam khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. Baginda menyebut “Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir)
Mereka yang mendengar secara terus itu adalah para sahabat Baginda. Hadith-hadith Baginda akhirnya sampai kepada para imam Mujtahid yang mengeluarkan hukum feqah melalui 4 mazhab yang besar. Wajib mengikuti mana-mana diatara 4 mazhab yang besar ini agar tidak berada dalam kesesatan.
Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah ia ke dalam api (neraka).” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Dari segi fekah, jemaah itu adalah jemaah 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki.

Perbahasan Takwa



Allah s.w.t. menurunkan Al-Qur’an ke atas Saidina Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam untuk menjadi petunjuk dan panduan kepada seluruh umat manusia yang ingin mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Dalam Al-Qur’an, banyak ayat-ayat yang membahaskan tentang kunci kebahagiaan abadi. Antaranya adalah, ayat-ayat yang membahaskan tentang sifat takwa, iaitu salah satu kunci ketenangan jiwa yang seterusnya membawa kepada kebahagiaan abadi di dunia dan di akhirat.

Takwa dari Sudut Bahasa

Takwa berasal daripada kalimah Arab. Kata dasar bagi takwa dalam bahasa Arab ialah waqwa. Namun, huruf waw di permulaan perkataan waqwa tersebut ditukar kepada huruf ta' menjadi takwa. Takwa dari sudut bahasa Arab: pemeliharaan, perlindungan, penjagaan dan sebagainya. Perlindungan pula bererti: menjaga sesuatu daripada kerosakan ataupun memelihara daripada apa-apa yang menakutkan.

Allah s.w.t. berfirman berkenaan dengan maksud perkataan takwa dari sudut bahasa ini dengan firmanNya yang bermaksud: “Maka Allah memelihara mereka (orang yang beriman) daripada kesusahan hari itu (Akhirat), dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati”. (Surah Al-Insan: 11)  Dalam ayat ini menunjukkan bahawasanya, perkataan takwa ini pada asalnya bermaksud, memelihara sesuatu.

Takwa dari Sudut Syarak

Takwa dari sudut syarak pula bermaksud: pemeliharaan diri daripada perkara-perkara yang merosakkan Akhirat seseorang. [Ruh Al-Ma'ani karangan Imam Al-Alusi 1/108] Maksudnya, takwa bererti, seseorang memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada siksaan di akhirat kelak, seperti tidak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan tidak meninggalkan kewajipan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. ke atasnya.

Oleh yang demikian, Allah s.w.t. berfirman berkenaan dengan pemeliharaan diri ini:  “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka (Surah At-Tahrim: 6)

Saidina Ali r.a. berkata:  “(Taqwa ialah) takut kepada Allah yang Maha Agung, beramal dengan Al-Qur’an yang diturunkan, berasa cukup dengan sedikit yang dimiliki dan bersedia untuk kematian”.

Dr. Ahmad As-Sayyid Ali berkata: "Memelihara diri itu dengan melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Adapun memelihara ahli keluarga (daripada neraka) itu, dengan menyuruh mereka melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t…" [At-Taqwa fi Dhou'i Al-Qur'an wa As-Sunnah: 10]


Peringkat-peringkat Taqwa

Peringkat Pertama: Menjauhi Syirik

Syirik bererti: menyekutukan Allah s.w.t. dalam penyembahan dan pengabdian. Iaitu, seseorang itu menyembah tuhan selain Allah s.w.t..

Syirik itu terbahagi kepada dua:

Pertama: Syirik Besar: Iaitu, menyembah tuhan selain daripada Allah s.w.t.. Syirik ini membawa seseorang kepada kekufuran atau, keluar daripada Islam.

Kedua: Syirik Kecil (Tersembunyi): Iaitu, seseorang beribadah kepada Allah s.w.t. dengan sifat ujub, riya' dan takabbur. Syirik kecil ini tidak membawa seseorang kepada keluar daripada Islam, tetapi ianya termasuk dalam dosa-dosa yang paling berat di sisi Allah s.w.t., yang perlu dijauhi.

Peringkat Kedua: Menjauhi Dosa-dosa Besar

Dosa itu sendiri bererti, suatu perkara yang dikeji oleh syarak, yang mana, sesiapa yang melakukannya, maka dijanjikan dengan balasan ke atasnya. Dosa-dosa besar ada dua jenis iaitu, dosa-dosa besar yang zahir dan dosa-dosa besar yang batin.

Adapun dosa-dosa besar yang zahir adalah seperti: membunuh, minum arak, berzina, berjudi, menderhakai ibu bapa, melarikan diri daripada peperangan dan sebagainya. Adapun dosa-dosa besar yang batin adalah dosa-dosa yang tersembunyi dalam hati seperti sifat ujub (bangga diri), hasad dengki, tamak, bakhil dan sebagainya.

Dosa-dosa besar ini, samada zahir mahupun batin, perlu dijauhi sedaya-upaya, kerana sesiapa yang melakukan dosa-dosa besar ini, maka Allah s.w.t. menjanjikan siksaan yang berat ke atasnya. Cara untuk membersihkan diri daripada dosa-dosa besar adalah dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. terhadap dosa-dosa tersebut dan tidak mengulanginya sedaya-upaya.

Peringkat Ketiga: Menjauhi Dosa-dosa Kecil

Dosa-dosa kecil pula adalah, perbuatan-pebuatan yang dikeji juga oleh syarak, tetapi tidak seberat kejian terhadap dosa-dosa besar, dan dijanjikan ancaman siksaan ke atas orang-orang yang melakukannya, tetapi tidak seberat ancaman dosa-dosa besar.

Seorang penyair berkata tentang taqwa:

Tinggalkanlah dosa samada yang kecil,
mahupun yang besar, maka itulah taqwa.
Jadikanlah seumapa kamu berjalan  di atas tanah,
 yang berduri dan awasilah bahaya yang didapati.
Janganlah memandang kecil dosa yang kecil,
kerana bukit yang besar itu berasal dari batu-batu kecil.

Al-Qur’an banyak membincangkan tentang kepentingan takwa ini kerana ianya adalah sebahagian kemuncak kehambaan seseorang kepada Allah s.w.t.. Takwa adalah pintu masuk kepada rasa diawasi oleh Allah s.w.t. (muroqobah) seterusnya mengecapi nikmat penyaksian Allah s.w.t. dengan mata hati (Musyahadah).

Pedoman Al-Qur’an terhadap takwa, cara-cara membawa kepada takwa dan natijah takwa telah penulis bahaskan secara terperinci dalam buku penulis berjudul “Al-Qur’an Berbicara Tentang Takwa” yang diterbitkan oleh Pelima Media Sdn Bhd. Sesiapa yang ingin mendapat perbahasan yang terperinci mengenai pedoman Al-Qur’an tentang sifat takwa ini boleh mendapatkan buku ini di pasaran.

Kesimpulannya, manusia hanya mengetahui erti bahagia jika dia mengetahui ianya hanya terletak pada hubungan dengan Allah s.w.t.. Dengan demikian, baharulah manusia mampu mencarinya dalam lapangan ibadah dan ketaatan kepada Allah s.w.t. dengan penuh kehambaan kepada-Nya.