Mengadakan sambutan-sambutan peringatan Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah, kerana bahawasanya ia adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi atas kegembiraan dan kecintaan kepada baginda s.a.w. Cinta mahabbah kepada Junjungan Nabi s.a.w. adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan.
08 Disember 2011
01 Disember 2011
04 November 2011
UM BERSELAWAT
UM BERSELAWAT
« on: Today at 10:29:46 AM »
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x296. |
Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza
Majlis Ta’lim Darul Murtadza menjemput semua ke Majlis Maulid Bulanan yang akan diadakan pada 4 November 2011 InsyaAllah. Maklumat lanjut tentang majlis ini adalah seperti berikut:-
Tarikh: 4 November 2011
Tempat: Surau Al Hidayah, Keramat AU3, KL (Bersebelahan Menara Jentayu).
Masa: 9.30pm
“Majlis ini terbuka untuk semua. Jemputlah datang beramai-ramai.”
Kita berjumpa disana
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 615x870. |
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 614x870. |
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 640x480. |
LAIN2 MAJLIS ILMU : http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/
01 November 2011
Jadual Kuliah al-Habib ‘Ali Zaenal ‘Abidin bin Abu Bakar al-Hamid
Jadual Kuliah al-Habib ‘Ali Zaenal ‘Abidin bin Abu Bakar al-Hamid
Be the first to like this post.
Tuanku Muhriz saksi kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia
Tuanku Muhriz saksi kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia
DR. USAMAH Mohamed Hassan Elabed (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin sambil disaksikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah), Tunku Ali Redhauddin (dua dari kiri), Tunku Zain Al-Abidin (kanan) dan Mohamad Hasan di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan, semalam.
KUALA PILAH 31 Okt. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berangkat menyaksikan majlis menandatangani kerjasama penubuhan Kuliyyah Al-Azhar Malaysia di Istana Besar Seri Menanti di sini.
Kerjasama itu adalah antara Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa) yang dinaungi oleh baginda dengan Universiti Al-Azhar, Mesir.
Pada majlis tersebut, Universiti Al-Azhar diwakili oleh Presidennya, Profesor Dr. Usamah Mohamed Hassan Elabed manakala Yayasan Sofa oleh Pengasas-Penasihatnya, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.
Dalam titah baginda, Tuanku Muhriz mahu usahasama dan kerjasama itu diteruskan kerana ia akan membawa manfaat yang besar kepada umat Islam di negeri ini.
Baginda bertitah, manfaat itu diberi melalui tawaran kursus oleh Kuliyyah Al-Azhar, sebuah fakulti khas yang diwujudkan di Universiti As-Sofa yang didirikan di negeri ini.
“Gagasan Universiti Al-Azhar melalui pendidikan perlu diambil semangatnya terutama apa yang diwariskan oleh para ulama dengan memahami dengan tepat ajaran mereka dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian,” titah baginda.
Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Sofa, Dr. Yusri Mohamad berkata, kerjasama itu menyaksikan penubuhan secara bersama sebuah fakulti khas untuk pengajian Islam menurut acuan Universiti Al-Azhar, Mesir di negara ini.
“Ini bermakna kuliyyah berkenaan adalah sebahagian daripada Universiti As-Sofa yang ditubuhkan oleh Yayasan Sofa,” katanya.
Menurutnya, pengajian di bawah Kuliyyah Al-Azhar Malaysia akan dimulakan dengan kursus dalam bidang Usuluddin dan Syariah dan mungkin disusuli dengan Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab.
“Bagi kursus berkaitan profesional pula, ia akan menjurus kepada bidang pengurusan berteraskan Islam,” ujarnya.
Siapa Sebenarnya Wahhabiy ?
Siapa Sebenarnya Wahhabiy ?
Karya terbaru al-Fadhil Ustaz Zamihan hafizahullah. Memberi penerangan mengenai sikap dan kefanatikan puak Wahhabiy dan bahayanya. Elok untuk dibaca agar kita tahu siapa puak-puak ini, apatah lagi sekarang ni ramai asatizah dan protaz yang terpengaruh dengan dakyah ini mula menyusup masuk ke berbagai badan kerajaan, swasta dan parti – parti politik. Buku ini diberi kata alu-aluan oleh dua orang agamawan negara kita, iaitu al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady dan al-Fadhil Dato Hj Mohd Saleh Hj Ahmad. Silalah berhubung dengan Ustaz Zamihan untuk mendapatkan senaskhah buku ini. Moga ada manfaatnya dan mudah-mudahan Allah tetapkan kita semua atas jalan Ahlus Sunnah yang sebenar, bukan jalan para pendakwa yang beri’tiqad kursi itu tempat telapak kaki Allah…… subhanAllah.
22 Oktober 2011
SIRI KE 2: PADA MENERANGKAN PELBAGAI MAZHAB-MAZHAB AL-MUSYABBIHAH
SIRI KE 2: PADA MENERANGKAN PELBAGAI MAZHAB-MAZHAB AL-MUSYABBIHAH
Alhamdulillah, saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambung perbahasan siri ini. Kelihatan dengan jelas kenapa ulama-ulama menghukumkan sesat waimma kufur kepada golongan di bawah disebabkan mereka berpegang dengan tasybih secara NYATA dan melampau. Golongan pentasybih dan mujassimah zaman sekarang kebanyakkan ada unsur-unsur menjadikan Allah ‘beranggota’ menyebabkan mereka terkeluar dari golongan ASWJ, namun kegelinciran mereka tidak sampai ke batasan sebagaimana firqah di bawah. Selamat membaca.
Abu al-”izz
Di waktu Subuh, Paris.
Di waktu Subuh, Paris.
SIRI KE 2: PADA MENERANGKAN PELBAGAI MAZHAB-MAZHAB AL-MUSYABBIHAH
Berkata al-Imam Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadi (wafat 429) Rahimahullah:
Ketahuilah –semoga kamu dibahagiakan Allah- golongan al-musyabbihat (golongan yang men-serupa-kan (menyerupakan) Allah dengan makhluk) terbahagi kepada dua kumpulan:
i. Kumpulan yang men-serupa-kan zat Allah dengan zat selain Allah
ii. Kumpulan yang men-serupa-kan sifat Allah dengan sifat selain Allah
Kumpulan pertama: Kumpulan yang men-serupa-kan zat Allah dengan zat selain Allah
Kelahiran golangan al-tasybih terawal daripada golongan golongan sesat yang melampau ialah:
1. Al-sabaiyyah- mereka menggelarkan Ali sebagai tuhan, dan men-serupa-kannya dengan zat tuhan. Ketika mana Ali membakar suatu kaum, mereka berkata kepadanya: sekarang kami tahu bahawa engkau adalah tuhan,kerana api tidak akan membakar sesuatu kaum kecuali dia adalah tuhan.
2. Al-Bayaniah iaitu pengikut Bayan bin Sam’an yang mendakwa sembahannya ialah insan daripada cahaya dalam bentuk manusia pada anggota-anggotanya. Anggota-anggota ini akan fana (musnah) kecuali wajahnya.
3. Al- Mughiriyyah iaitu pengikut al-Mughirah bin Said al-‘Ijli yang mengatakan sembahannya mempunyai anggota dan anggotanya dalam bentuk huruf-huruf al-hija’ (huruf bahasa Arab).
4. Al-Mansuriyyah ialah pengikut Mansur al-‘Ijli yang menyerupakan dirinya dengan tuhannya, dan dia mendakwa telah naik ke langit, dan mendakwa juga yang tuhannya menggunakan tangannya menjamah kepalanya. Dan tuhan berkata kepadanya: “Wahai anakku, sampaikan daripadaku”.
5. Al-Khitabiyyah yang berkeyakinan ketuhanan para Imam dan dan ketuhanan Abi al-Khttab al-Asadi.
6. Kumpulan yang berpegang dengan ketuhanan Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Jaafar.
7. Al-Hululiyyah yang berpegang hulul (bersatu) Allah pada diri para Imam dan menyembah para Imam atas tujuan atau pegangan tersebut.
8. Al-Huliyyah al-Hilmaniyyah yang disandarkan kepada pengasasnya iaitu Abu Hilman al-Dimasyqi yang mendakwa bahawa tuhan bersatu dengan semua bentuk yang cantik, dan dia sujud kepada semua yang cantik.
9. Al-Muqanna’iyyah al-mubidhah di belakang Sungai Jaihun dan dakwaan mereka bahawa al-Muqanna’ ialah tuhan, dan ia berbentuk pada setiap zaman dengan bentuk tertentu.
10. Al-‘Azafirah yang berkata dengan ketuhanan Ibn Abi al-‘Azafir yang dibunuh di Baghdad.
Kumpulan-kumpulan ini yang kami sebut pada fasal ini, semuanya terkeluar dari Agama Islam walaupun mereka ini dinisbahkan kepada Islam secara zahir.
Akan bersambung…. Insya Allah
Abu al-‘Izz
Menjelang Subuh, Paris.
Menjelang Subuh, Paris.
DISKUSI TAREKAT TASAWUF NEGERI SEMBILAN
DISKUSI TAREKAT TASAWUF NEGERI SEMBILAN
DISKUSI TAREKAT TASAWUF NEGERI SEMBILAN |
PENGENALAN Diskusi ini adalah kesinambungan daripada seminar tarekat yang pernah diadakan pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007. Ianya akan diadakan selama 3 hari dan akan mengupas perbahasan yang berkaitan dengan disiplin tarekat tasawuf bagi memantapkan pengamal-pengamal tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan memasyarakat ilmu tasawuf kepada orang ramai. Tarikh 22-24 November 2011 Tema Memantapkan Pengetahuan, Memurnikan Amalan. Anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri & Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Tempat Klana Resort, Seremban OBJEKTIF · Memantapkan pengamal tarekat berdaftar di Negeri Sembilan dengan ilmu pengetahuan yang selari dengan tuntutan Syarak dan disiplin ilmu Tasawwuf. · Merungkai permasalahan yang menjadi perselisihan di kalangan ulama yang berkaitan dengan tarekat dan tasawwuf. · Mengetengahkan buku yang menjadi rujukan tentang tasawuf agar dapat disuburkan dalam pengajian agama Islam di Negeri Sembilan. · Mendedahkan perkembangan terkini dakwah dalam tarekat tasawwuf. SENARAI TAJUK DAN PANEL. 1. Ucaptama: Golongan Sufi: Kedudukannya dalam Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah. Oleh: Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady 2. Tren Semasa Memeluk Islam Dalam Kalangan Masyarakat Eropah dan Amerika Menerusi Tarekat Tasawuf Panel: Dr. Muhammad Yusuf bin Khalid (USIM) 3. Kedudukan Karamah Dalam Islam Khususnya Dari Perspektif Ilmu Tasawwuf Panel: Dr. Jahid bin Sidek 4. Silsilah. Panel: Dr. Abdul Manam bin Mohamad (UnisZA) 5. Zikir Jahar dan Zikir Khafi: Isu dan Pelaksanaannya Dalam Amalan Tarekat. Panel: Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badarudin (UKM) 6. Syarah Hikam Pengaruhnya Kepada Masyarakat Islam di Malaysia Panel: Dr. Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi (UNISSA, Brunei) 7. Kedudukan dan Peranan Tasawuf Dalam Pembinaan Umat Panel: Y.Bhg. Dr. Zulkifli bin Mohamed Al Bakri PENYERTAAN Diskusi ini mensasarkan 300 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan tarekat yang berdaftar di Negeri Sembilan dan wakil-wakil tarekat tasawuf di luar Negeri Sembilan, pegawai agensi kerajaan, ahli-ahli akedemik Institusi Pengajian Tinggi, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi, orang perseorangan yang berminat. YURAN PENYERTAAN · Wakil Agensi - RM100.00 · Individu - RM50.00 · Pelajar/Mahasiswa - RM30.00 (Jemputan khas Jabatan Mufti tidak dikenakan bayaran) KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI Urusetia Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Tel: 06-7652423 (P) 013-6254043 (HP) (Ust. Syaiful Nizam bin Md Jan) atau 06-7652432 (P) 012-3418373 (HP) (Ust. Nor Hafiz bin Abu Kassim) Fax: 06-7652427 sumber: |
13 Oktober 2011
Mengapa Tidak Terus Minum Daripada Kendinya?
Mengapa Tidak Terus Minum Daripada Kendinya?
Tertarik dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di sebuah pesantren di Indonesia.
Tertarik dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di sebuah pesantren di Indonesia.
Apa yang menarik tentang kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para pendakwah sekarang daripada Kiyai tersebut. Inilah manhaj sebenar Ahlussunnah Wal Jamaah . Tidak melenting malah memberikan peluang kepada mereka untuk berbicara.
Sikap pemuda yang mengaku mengikut ajaran Salaf ini juga patut diteladani dalam satu aspek iaitu mendengar kembali apa yang diterangkan oleh Kiyai tersebut dan mengakui bahawa dirinya ada melakukan kesalahan. Berbeza dengan sikap pemuda-pemuda sekarang yang mengaku bahawa mereka adalah pengikut ajaran Salaf , yang langsung tidak mahu menerima pandangan orang lain malah menuduh bahawa para ulama sekarang banyak membawa Bid’ah dan sebagainya.
Benarlah kata para ulama :
Di sini saya akan mengolah semula cerita tersebut sebagai panduan kepada kita semua. Kisahnya begini :
Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.
Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?
Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.
Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?
Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.
Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”
Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”
Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,
Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?
Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.
Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?
Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .
Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.
Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.
Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.
Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?
Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.
Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.
Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?
Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.
Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?
Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.
Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?
Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.
Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.
Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?
Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”
Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”
Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”
Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.
Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .
Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)