PENGENALAN DAR QURAN WAL HADITH
Pengenalan
Dar al Quran dan al Hadith merupakan sebuah pusat pendidikan yang menjadikan hafazanAl Quran dan hadith Nabawiyyah sebagai mata pelajaran teras. Para pelajarakan turut diajar dengan ilmu-ilmu Diniyyah dan Bahasa Arab berdasarkan sukatan beberapa maahad yang yang terdapat di negara Timur Tengah seperti Makkah, Yaman, Syria dan Mesir yang telah sekian lama mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajian mereka. Tanpa meminggirkan mata pelajaran akademik, sekolah ini juga menyediakan peperiksaanSPM dan STAM sebagai persediaan bagi para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Falsafah
- “Sesiapa yang Allah kehendaki dengannya kebaikan, maka dia akan difaqihkan
dalam agamanya”
Objektif
· Membentuk kecemerlangan minda melalui al Quran
· Membentuk generasi huffaz yang rasikh (mantap) dalam pelbagai disiplin ilmu
melalui sistem pendidikan tradisi ulama’ silam.
· Melahirkan kader-kader yang peka dengan isu-isu semasa dan mampu mempertahankan
Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah yang tulen.
· Melahirkan para pendakwah yang mampu manggarap adab dan mesej dakwah
Rasulullah memalui pendekatan dakwah secara berhikmah dan memberi peringatan yang
baik dalam apa jua situasi.
Syarat Kemasukan
1. Lelaki
2. Berumur 13 tahun
3. Mendapat 4A atau 5A dalam peperiksaan UPSR
4. Boleh membaca al Quran dan menulis jawi dan berminat dalam menghafaz Hadith
http://ysofaklforms.blogspot.com/2010/11/borang-darul-al-quran-wal-hadith-pg-1.html
http://ysofaklforms.blogspot.com/2010/11/brochure-darul-quran-wal-hadith.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan