Mengadakan sambutan-sambutan peringatan Mawlid Junjungan Nabi s.a.w. adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah, kerana bahawasanya ia adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi atas kegembiraan dan kecintaan kepada baginda s.a.w. Cinta mahabbah kepada Junjungan Nabi s.a.w. adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan.
30 November 2010
29 November 2010
Manakib 50 Wali Agung
Manakib 50 Wali Agung
Sejarah / Biografi
Buku ini terdiri dari 2 bagian. Bagian pertama menjelaskan tentang keutamaan surat fatihah, tajwidnya, terjemahnya, tawassul dengan surat al-fatihah dan doa Dzikrul Ghofilin. Kemudian dilanjutkan dengan barokah dan cinta terhadap wali dan sholihin.
Bagian keduanya membahas tentang manakib atau biografi 50 wali-wali agung. Mulai dari para sahabat nabi SAW, para wali pada masa tabiin, tabiit tabi'in dan seterusnya.
Siapakah mereka? bagaimana peran mereka? Apa peninggalan berharga mereka? Apa yang bisa kita petik dari perjalanan hidup mereka? Sangat menarik untuk kita disimak.
26 November 2010
Berkat Majlis Mawlid
Berkat Majlis Mawlid
Berkat Majlis Mawlid
Majlis mawlid adalah majlis di mana kaum muslimin berhimpun memperingati Junjungan Nabi SAW, menceritakan sirah baginda yang agung, memuji-muji Allah kerana telah mengutuskan baginda sebagai rahmat bagi sekalian alam, berzikir, membaca ayat – ayat al-Quran, bersholawat dan membaca qasidah puji-pujian bagi Allah dan kekasihNya, Junjungan Nabi SAW. Sungguh ini adalah antara cara untuk kita meninggikan sebutan Junjungan Nabi SAW. Jika dahulu, apabila kaum musyrikin mencaci Junjungan Nabi dengan mendendangkan syair-syair yang mencemuh baginda, maka cemuhan kaum jahiliyyah tersebut telah dijawab pula oleh para sahabat melalui syair-syair mereka yang membela, memuji dan mengagungkan Junjungan Nabi SAW. Maka sejarah yang berulang sekarang, di mana puak kafir mencaci-maki, mencemuh, merendah-rendahkan Junjungan Nabi SAW dengan berbagai cara, maka wajar jika sekiranya kita mengadakan majlis-majlis di mana Junjungan Nabi SAW diagungkan, dibesarkan, ditakzimkan, dipuji dan dipuja kerana perutusan baginda, kerana akhlak baginda, kerana baginda adalah rahmat bagi sekalian alam. Maka amat tidak wajar bagi seseorang yang mengaku dirinya muslim pengikut Junjungan Nabi SAW untuk merasa benci kepada saudara-saudara seagama yang mengadakan perhimpunan memuji dan mengagungkan Junjungan Nabi SAW…. amat tak patuuuttttt. Sewajarnya majlis-majlis mawlid ini dilestarikan, sebagai tindakbalas terhadap perlakuan puak-puak yang mencemuh dan mencaci Junjungan Nabi SAW. Makin hebat musuh Allah mencemuh Junjungan Nabi SAW, sepatutnya makin hebat lagi kita mengagungkan baginda.
Maka tersebutlah satu kisah dalam “Targhiibul Musytaaqiin” karangan Imam an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani rahimahUllah, diceritakan oleh Syaikh Abdullah bin ‘Isa al-Anshari tentang jirannya seorang wanita yang sholehah. Jirannya itu mempunyai seorang anak lelaki yang juga sholeh. Wanita yang sholehah ini tidak mempunyai harta selain satu dinar hasil kerja tenunnya. Tatkala wanita tersebut meninggal dunia, wang satu dinar tersebut diwarisi oleh anaknya. Anaknya yang sholeh tersebut berkata kepada dirinya bahawa wang satu dinar hasil kerja ibunya itu hanya akan dibelanjakan untuk tujuan akhirat.
Pada suatu hari, pemuda anak perempuan sholehah tersebut keluar dari kediamannya kerana suatu keperluan, dia melalui satu perhimpunan orang sedang membaca al-Quran dan mengadakan Mawlidin Nabi SAW pada bulan Rabi`ul Awwal. Lalu dia pun duduk bersama mereka dan mengikuti majlis mawlid tersebut. Pada malamnya, pemuda tersebut telah bermimpi seolah-olah kiamat telah berlaku dan seorang penyeru menyeru: “Di manakah si fulan anak si fulan”, disebutnya nama-nama orang yang dalam satu perhimpunan lalu digiringlah mereka ke syurga, dan adalah pemuda tersebut termasuk dalam kalangan mereka. Tatkala memasuki syurga, si penyeru tadi berkata: “Bahawasanya Allah telah memberi bagi setiap kamu sebuah mahligai dalam syurga.” Maka masuklah si pemuda tadi ke dalam mahligainya, tidak pernah dia melihat mahligai yang seumpamanya dari segi keelokan dan keindahannya, ianya dipenuhi bidadari dan pada segala pintunya dijaga oleh khadam. Pemuda tersebut melihat bahawa ada mahligai-mahligai lain yang lebih elok daripada mahligainya, lalu dia pun berkehendak untuk memasukinya. Tatkala berdetik hatinya untuk memasuki mahligai tersebut, berkatalah khadam kepadanya: “Ini bukanlah untukmu, bahawasanya ini diperuntukkan bagi orang yang membuat mawlid Rasulullah SAW.”
Keesokan harinya, pemuda tersebut awal-awal pagi lagi terus menggunakan satu dinar warisan daripada ibunya tersebut untuk mengadakan Mawlid Nabi SAW kerana sukacitanya dengan mimpinya itu. Dia menghimpunkan para faqir untuk berzikir kepada Allah, membaca al-Quran dan membaca Mawlid Nabi SAW. Dia juga menceritakan tentang mimpinya itu kepada mereka, lalu semua mereka merasa gembira mendengar ceritanya itu. Pemuda tersebut telah bernazar untuk tidak akan meninggalkan mengadakan mawlid selama hayatnya.
Kemudiannya, si pemuda tadi telah bermimpi lagi dan dalam mimpinya itu dia telah bertemu dengan ibunya. Ibunya berada dalam keadaan yang amat baik, berhias dengan segala perhiasan syurga dan berwangian dengan bauan syurga. Pemuda tersebut mencium tangan ibunya dan ibunya mengucup kepalanya lalu berkata: “Moga Allah membalasmu dengan kebaikan, wahai anakku, malaikat telah datang kepadaku membawa segala perhiasan ini.” Si pemuda bertanya kepada ibunya: “Dari manakah ibu memperolehi kemuliaan ini?” Si ibu menjawab: “Kerana engkau telah mempergunakan satu dinar yang engkau warisi daripadaku untuk mengadakan mawlid Penghulu orang-orang terdahulu dan orang-orang yang kemudian, dan inilah balasan bagi orang yang mengagungkan Nabinya dan mengadakan mawlid baginda.”
Di sini kita sekadar berkongsi kisah mimpi seorang yang sholeh yang diberitakan oleh seorang yang sholeh dan dinukilkan pula oleh seorang yang sholeh. Moga ada keberkatannya pada kesholehan mereka, sehingga kita pun digolongkan dalam kalangan mereka. Mudah-mudahan sahaja mimpi yang dimimpikan itu adalah suatu mubasysyiraat sebagaimana yang disabdakan oleh Junjungan Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:-
“Tiadalah tinggal daripada kenabian / nubuwwah melainkan khabar-khabar gembira.” Para sahabat bertanya: “Apakah itu al-mubasysyiraat?” Junjungan SAW bersabda: “Mimpi yang baik.”
http://bahrusshofa.blogspot.com

Dikirim dalam Mawlid | Label: Akidah, Hizib Wali qutub, induk, Jejak Ulama, Kisah Sufi, Majlis Ilmu, Majlis Zikir, manaqib, mawlid nabi, Mekah & Madinah, Mutiara Imam Al Haddad, SUNAN, takwa, Tarim Hadramaut, Tasawuf, Ulama nusantara, wali qutub, ziarah
25 November 2010
PENGAJIAN KITAB SIYARUS SAALIKIN
PENGAJIAN KITAB SIYARUS SAALIKIN
Bersama :
SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-MALIKI AN-NADWI
.
pada :
5 DIS 2010 (AHAD)
masa :
JAM 9.00 PAGI – 12.30 TGHR
.
tempat :
Dewan Solat Masjid Al Falah, USJ9 Subang Jaya

Dikirim dalam Majlis Ilmu | Label: Kisah Sufi, Kitab Habaib, Majalah Islam, Majlis Ilmu, manaqib, MASJID AL-FALAH, Pengajian Bersanad, ratib al haddad, syeikh fahmi, tarim, Ulama habaib
24 November 2010
Majlis KUALA LUMPUR BERSELAWAT
Majlis KUALA LUMPUR BERSELAWAT
10hb Disember · 5.00 ptg – 11.00 ptg
——————————————————————————–
Lokasi Dataran TV AlHijrah,
Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur (berhadapan Masjid Negara)
——————————————————————————–
Direka Oleh: Al Mawlid
——————————————————————————–
lebih info Majlis ini akan diadakan pada dua (2) hari; 10 dan 11 Disember 2010.
Majlis akan bermula pada jam 5ptg hingga 11mlm (majlis dihentikan sementara menjelang waktu mahgrib, dan akan disambung pada pukul 9).
Layar Mahabbah (AlMawlid, Marjan, Mirwana, Noh Hujan, Altimet, dan ramai lagi)
Semua muslimin & muslimat dijemput hadir & sebarkan jemputan ini ke seramai yang mungkin
23 November 2010
Penghormatan terhadap ulama
Penghormatan terhadap ulama
Penghormatan terhadap ulama
Ditulis oleh Admin di/pada 9 November 2010
Termasuk penghormatan terhadap para ulama, jika kita ingin mendapatkan kemanfaatan ilmu darinya, maka seyogyanya kita harus tahu bagaimana biografi mereka walaupun secara ringkas. Hal ini sangat penting karena dari biografi tersebut, setidaknya dapat menimbulkan rasa cinta dan hormat kepada mereka serta dapat memicu motivasi kita untuk meneladani mereka.
Selain itu dengan mengetahui biografi mereka, kita akan selamat dari pengaruh-pengaruh ulama yang tidak konsekuen dan menyimpang dari ajaran yang benar. Bahkan kalaupun memungkinkan, alangkah baiknya kita berusaha mengetahui guru-guru dari ulama tersebut, sehingga yang diperoleh darinya sesuai dengan ajaran Rasulullah secara mutawatir (berkesinambungan generasi demi generasi).
[Diambil dari Al-'Athiyyah Al-Haniyyah wa Al-Wasiyyah Al-Mardhiyyah, karangan Al-Habib Ali bin Hasan Al-'Atthas, hal. 21]

Dikirim dalam Jejak Ulama | Label: Ahli Sufi, Ahlulbait, habib munzir, hidayah, Kitab Habib, Majlis Ilmu, Majlis Zikir, manaqib, Tasawuf, wali qutub
Orang Soleh Ubat Hati dan Bagai Bintang
Orang Soleh Ubat Hati dan Bagai Bintang
Orang Soleh Ubat Hati dan Bagai Bintang
“Berziarahlah kamu kepada orang-orang soleh! Kerana orang-orang soleh adalah ubat hati.”
(Habib Abdullah Bin Muhsin Al-Attas)
“Seindah-indahnya tempat di dunia adalah tempat orang-orang yang soleh, kerana mereka bagai bintang-bintang yang bersinar pada tempatnya di petala langit.”
(Habib Alwi Bin Muhammad Al-Haddad)

Dikirim dalam Ahlulbait | Label: Ahli Sufi, Ahlulbait, habib munzir, hidayah, Kitab Habib, Majlis Ilmu, Majlis Zikir, manaqib, Tasawuf, wali qutub
22 November 2010
Kiriman & Laman Popular
Kiriman & Laman Popular
These posts on your site got the most traffic.Hari Ini
Hukum Takbir Raya Berjemaah
Hukum Takbir Raya Berjemaah
Hukum Takbir Raya Berjemaah
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz…soalan saya ringkas. Apa hukum kita bertakbir raya secara berjemaah beramai-ramai? Wahabi kata itu bid’ah sesat masuk neraka dan akan kekal dalam neraka jika halalkannya. Apa hukum sebenarnya? – Asrizal
_________________________________
Jawapan:
Wa’alaikumsalam. Syukran dengan soalan. Pertamanya jangan percaya apapun yang datang dari Wahabi kerana mereka adalah golongan yang telah diisyaratkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad bahawa di Najd terbitnya tanduk syaitan dan Wahabi bermula ajaran mereka disana. Wahabi juga gemar mengebom mati umat Islam dan membunuh ulama Islam.
Manakala hukum bertakbir raya pabila waktu menjelang masanya pada raya puasa dan raya haji adalah disyariatkan, digalakkan dan juga disunatkan. Antara dalilnya adalah ;
- Imam Bukhary meriwayatkan dalam sahihnya pada Kitab Jum’ah bahawa Saidina Umar bertakbir dikubahnya ketika di Mina kemudian umat islam ahli Masjid turut bertakbir begitu juga mereka yang di pasar sehingga kawasan Mina dipenuhi laungan bersama dengan bunyi takbir.
- Imam Bukhary juga meriwayatkan dalam sahihnya pada Kitab Al-’Idain bahawa Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah mereka berdua keluar ke pasar pada hari ke sepuluh zulhijjah (raya korban)lantas mereka berdua bertakbir dan kemudian masyarakat bertakbir bersama takbir keduannya (iaitu takbir berjemaah).
- Dalam kitab dan bab yang sama juga Imam Bukhary meriwayatkan lagi bahawa Maimunah bertakbir pada hari raya korban dan wanita-wanita bertakbir bersama belakang Aban bin Uthman dan Umar bin Abdul Aziz pada malam-malam tashriq bersama para jemaah lelaki dan masjid.
- Ummu ‘Athiyyah (sahabiah Nabi)berkata: Kami diperintah untuk keluar pada hari raya sehingga anak dara juga keluar dan juga wanita haid kemudian berada di belakang orang ramai dan wanita bertakbir beramai-ramai bersama takbir mereka (lelaki2). Dalam riwayat Muslim (hadith nom 890) menyebut mereka bertakbir beramai-ramai bersama-sama para jemaah lelaki.
Kesemua di atas merupakan dalil bahawa harus dan digalakkan bertakbir secara berjemaah bahkan disunatkan seperti mana ia zahir dari dalil2 tersebut.
Kemudian pandangan dalam mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafie&Hambali) membuktikan bahawa hukum bertakbir raya beramai-ramai berjemaah merupakan sesuatu yang diharuskan bahkan digalakkan.
1- Mazhab Hanafi: “Bertakbir pada hari Tasyriq merupakan satu kewajipan keatas lelaki dan wanita sekali dan jika melebihi sekali ia lebih afdhal dan takbir raya itu dilakukan secara BERJEMAAH atau berseorangan” Rujuk Hasyiah Ibnu ‘Abidin ‘Ala Ad-Durri Mukhtar 2 m/s 177-179.
2- Mazhab Maliki: Bertakbir raya disisi kami (mazhab malikiyyah) adalah dilakukan oleh semua orang secara berseorangan atau BERJEMAAH. Rujuk Majmu’ Syuruh Muwattho’ j 11 m/s 405.
3- Mazhab Hambali: Bertakbir secara jahr (nyaring) merupakan sunnah. Rujuk Matolib Ulil Nuha 1/802.
4- Mazhab kita Mazhab Syafie’ : Syeikh Islam Zakaria Al-Ansari, Imam Nawawi bahkan Imam Mujtahid Mutlaq Imam Asy-Syafie sendiri menyatakan bahawa bertakbir raya beramai-ramai secara berjemaah di masjid atau selainnya merupakan sesuatu yang digalakkan, di haruskan disunatkan juga pada selepas setiap kali solat 5 waktu pada hari2 raya tersebut. Rujuk Al-Um jilid 1 ms 264,275, 276, Asna Al-Matalib j 1ms 284 & Syarh An-Nawawi ‘ Ala Muslim j 6 ms 179.
Maka selepas ini Wahabi perlu menahan lidah mereka dengan mengigitnya agar tidak cepat menghukum umat Islam sebagai pelaku bid’ah sedangkan Wahabi lah ahli bid’ah yang suka mengkafirkan umat Islam dan mmbawa akidah tashbih kononnya Allah itu lemah serupa dengan makhluk. Awas! jgn ikut Wahabi!.
wassalam
http://ustaz-rasyiq.blogspot.com/2010/11/hukum-takbir-raya-berjemaah.html

Dikirim dalam Haji & Umrah
Label:
Hari Raya,
Imam Bukhary,
Khilaf,
Riwayat Muslim,
salafi,
Takbir Raya,
Wahabi
SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROF. DR. MOHAMMAD SAID RAMADHAN AL BOUTI

Dikirim dalam Majlis Ilmu | Label: Ahli Sufi, Ahlulbait, Alawiyyin, Ba'Alawi, Gambar Majlis, ikhwan, Jejak Ulama, kiblat, Majlis Ilmu, manaqib, masjid, Mutiara Kalam, ratib al haddad, surau, Tasawuf, Ulama habaib, wali qutub
18 November 2010
15 November 2010
Kiriman & Laman Popular
Kiriman & Laman Popular
These posts on your site got the most traffic.Hari Ini
Langgan:
Catatan (Atom)