Mutiara Nabawi
Semalam kami sekeluarga ke Taman TAR untuk menghadiri majlis ilmu. Saya sempat menukilkan secara bebas beberapa kupasan Tuan Guru yang mulia Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki atas kitab 40 Mutiara Nabawi Fadhilat al-Quran al-Karim yang dikhatamkan semalam. Antaranya ialah seperti berikut,
1. Perlantikan sebagai ketua tidak semestinya berdasarkan kepada umur tetapi berdasarkan kepada kematangan dan makrifah. Sebab itulah kita dapat lihat bagaimana Rasulullah saw telah melantik Usamah untuk mengetuai angkatan tentera walaupun ada para sahabat yang lebih tua didalam angkatan tersebut. Abdullah bin Abbas pernah menjadi exco kerajaan Khalifah Umar dalam usia yang muda. Begitu juga dengan Imam asy-Syafi'i yang menjadi mufti dalam usia yang sangat muda. Sejarah perjuangan Nabi saw juga menyaksikan betapa Nabi saw dikelilingi oleh para pemuda. Sebab itulah Rasulullah saw pernah berkata bahawa yang bersama dengannya adalah pemuda (pemuda merujuk kepada para sahabat yang ramai di antara mereka berusia lebih muda dari baginda saw) sebaliknya yang suka membangkang baginda saw adalah orang tua (merujuk kepada golongan tua seperti Abu Lahab yang sentiasa menghalang usaha dakwah baginda saw)
2. Sesiapa yang berpuasa di jalan Allah maka Allah Ta'ala akan menjauhkan dirinya dari api neraka selama 70 tahun. Maksud berpuasa di jalan Allah ialah berpuasa dan menghadirkan diri ke rumah Allah dengan azam untuk menuntut ilmu. Sebab itulah kata syeikh, alim-ulama di Makkah akan sentiasa melipat-gandakan majlis ilmu di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Ketahuilah bahawa menuntut ilmu itu lebih afdal dari solat sunat.
Sumber : Ikan tongkol Blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan