29 Jun 2011

Jadual Khatam 40 Hadis Bersama Al Muhaddits Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani

Jadual Program Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani

JADUAL MAJLIS TA’LIM AL-MUHADDITS SYEIKH MUHAMAD BIN IBRAHIM KITTANI AL-HUSAINI
29/6 (RABU) – 7.30pm – Masjid al-Falah, USJ
30/6 (KHAMIS) – 7.30pm – Masjid UIA (Matrikulasi), Petaling Jaya
1/7 (JUMAAT) Khutbah Jumaat – Masjid UIA Gombak
9.00pm – Pusat Pengajian Ba’alawi KL (Pembukaan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani)
2/7 (SABTU)
9.00am – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
7.30pm – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
3/7 (AHAD)
9.00am – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
7.30pm – Pengkhataman & Pengijazahan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani, Qasidah & Selawat
Pengajian Bacaan Kitab “40 Hadith Kattani” berlangsung di tempat yang sama di Pusat Pengajian Ba’alawi KL bertempat di No 9,Jalan UP 2A Prima Ukay, Saujana Melawati 53100, Kuala Lumpur

28 Jun 2011

Kuliah Ilmu Israk Mikraj

Kuliah Ilmu Israk Mikraj

Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9

Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9

Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9

MAJLIS BERSAMA AL-’ALLAMAH SYEIKH MUHAMMAD BIN IBRAHIM AL-KITTANI حفظه الله (ULAMA MESIR)
DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA
PADA HARI RABU 27 RAJAB 1432/29 JUN 2011 (MAGHRIB)
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

23 Jun 2011

Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Pusat Pengajian Ba’alawi Bersama Syeikh Ibrahim Kattani dan Syeikh UsamahMajlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Pusat Pengajian Ba’alawi Bersama Syeikh Ibrahim Kattani dan Syeikh Usamah

Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Pusat Pengajian Ba’alawi Bersama Syeikh Ibrahim Kattani dan Syeikh Usamah

Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Pusat Pengajian Ba’alawi Bersama Syeikh Ibrahim Kattani dan Syeikh Usamah

Majlis Pengkhataman Bacaan Kitab Sahih Al-BukhariAturcara Majlis

Majlis Pengkhataman Bacaan Kitab Sahih Al-Bukhari

Aturcara Majlis
1.30 petang
Ketibaan tetamu
2.00 petang
Ucapan aluan Pengerusi
2.05 petang
Tilawah Al-Quran / Bacaan Qasidah
2.15 petang
Ucapan YDP Yayasan Sofa
Y.Bhg. Dr. Yusri Bin Mohamad
2.25 petang
Ucapan Perasmian oleh Pengarah JAWI
Y.Bhg. Datuk Hj. Che Mat Bin Che Ali
2.45 petang
Gimik Pelancaran Kitab Biografi Al-Bukhari
3.00 petang
Pembentangan Kertas Kerja 1
Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan
Penyampaian Ijazah Bacaan Sahih Bukhari
4.00 petang
Minum petang & Solat Asar
5.15 petang
Majlis Khatam Sahih al-Bukhari dan Pengijazahan Sahih al-Bukhari
serta Pembacaan Manaqib Imam al-Bukhari
Oleh: Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin
6.15 petang
Makan malam
7.22 petang
Solat Maghrib
Tilawah Al-Quran & Qasidah
7.45 malam
Ceramah 1: Al-Musnid Dr. Muhammad Taufik Bin Taisir Al-Makhzumi
8.15 malam
Qasidah
8.37 malam
Solat Isyak
9.00 malam
Bacaan Qasidah
9.10 malam
Ceramah 2: Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin
Bacaan Maulid
Doa Penutup
Jamuan dan bersurai

Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur

Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur

15 Jun 2011

JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BAALAWI KL BULAN JUN 2011

JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BAALAWI KL BULAN JUN 2011

KARNIVAL KHAZANAH ALAM MELAYU

ARNIVAL KHAZANAH ALAM MELAYU

10 Jun 2011

Jadual terkini program Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

Jadual terkini program Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
Pada 13 Rajab 1432/15 Jun 2011 (Rabu) di Masjid al-Falah, USJ 9. Bermula Maghrib

07 Jun 2011

Memohon Kepada Selain Allah SWT

Memohon Kepada Selain Allah SWT
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 7 Jun 2011
Tahniah diucapkan kepada sekalian pembaca budiman atas kedatangan bulan Rejab yang mulia. Bulan Rejab adalah salah satu bulan suci dalam Islam dan istimewa antaranya kerana berlakunya peristiwa besar Isra’ dan Mi`raj dalam bulan ini. Kita digalakkan meningkatkan amalan kita sebagai persiapan kedatangan Sya`ban dan Ramadhan yang bakal menyusul. Sesungguhnya kita terhutang budi kepada Allah SWT kerana memperuntukkan keistimewaan hari-hari dan bulan-bulan tertentu yang mampu mengejutkan kita daripada hanya leka dengan rutin harian.
Menyambung bicara kita tentang Syafa`at, sepotong hadis yang berkaitan dengannya ialah: “Apabila kamu meminta pintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta tolong pohonlah kepada Allah.”(sebahagian hadith yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan disohihkannya daripada Ibnu Abbas RA secara marfu’)
Masalahnya, ramai umat manusia yang salah faham tentang hadith ini. Mereka memahami hadith ini dengan maksud, tidak boleh meminta dan juga memohon pertolongan secara mutlak walau dengan apa cara dan jalan sekalipun melainkan hanya kepada Allah. Justeru, mereka menganggap memohon dan meminta pertolongan kepada selain Allah adalah perbuatan syirik yang boleh mengeluarkan seseorang itu daripada agama. Fahaman dan anggapan sedemikian, akan menafikan pengambilan atau penggunaan sebab-musabbab dan meminta pertolongan dengan sebab-sebab tersebut serta bercanggah dengan nas-nas yang banyak mengenai perkara ini.
Hakikatnya, hadith yang mulia ini tidak bermaksud menegah atau melarang daripada memohon atau meminta tolong kepada selain Allah, sebagaimana yang difahami dari zahir lafaz hadith ini. Tetapi maksud hadith ini ialah melarang daripada lalai atau lupa bahawa walau bagaimana dan macamana pun kebaikan yang dilihat dimiliki oleh sebab-sebab itu, ia tetap daripada Allah. Bahkan, hadith ini juga mengandungi suruhan supaya beringat, bahawa apa pun juga nikmat (kebaikan) yang dimiliki atau dikuasai oleh makhluk, ia adalah daripada Allah dan diperolehi dengan pertolongan Allah.
Maknanya di sini, apabila kamu hendak meminta pertolongan kepada seseorang makhluk, dan ia sudah pasti kamu lakukan dalam kehidupan seharian, maka hendaklah menjadikan segala pergantungan dan pegangan kamu hanya kepada Allah. Jangan sekali-kali sebab-sebab itu menghalang kamu daripada melihat kepada Musabbibnya (Allah). Jangan pula kamu termasuk di kalangan orang-orang yang mengetahui apa yang zahir (nampak pada mata kasar sahaja) iaitu hubungan dan pergantungan di antara suatu perkara dengan suatu perkara tetapi kamu lupa terhadap yang menghubungkan di antara perkara-perkara tersebut (Allah).
Inilah makna yang ditunjuki oleh hadith ini. Yang demikian itu, sebagaimana yang disebut di dalam sabda Rasulullah SAW selepas sabda di atas: “Ketahuilah, bahawa sekiranya kesemua umat ini bersatu untuk memberikan kamu suatu manfaat, nescaya mereka tidak dapat memberikan kamu suatu manfaat pun melainkan apa yang telah dicatat oleh Allah untuk kamu. Sekiranya mereka berhimpun untuk memudharatkan kamu, nescaya mereka tidak dapat memudharatkan kamu melainkan apa yang telah dicatat oleh Allah untuk kamu.”
Maka di sini, Rasulullah SAW menthabitkan manfaat dan mudharat bagi mereka sebagaimana yang kita lihat sesuai dengan apa yang telah dicatat oleh Allah bagi seseorang hamba itu sama ada manfaat atau mudharat. Maka dari sabda Nabi SAW ini menjelaskan maksudnya. Bagaimanakah kita boleh mengingkari atau menafikan perbuatan meminta pertolongan dengan selain Allah, sedangkan terdapat suruhan melakukan perbuatan tersebut di dalam pelbagai tempat dari al-Quran dan juga Sunnah.
Allah SWT berfirman: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat.” (al-Baqarah:45) Allah SWT juga berfirman: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.”(al-Anfal:60) Al-Quran juga telah menceritakan tentang seorang hamba yang soleh, Zul Qarnain sebagaimana firmanNya: “Oleh itu, bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai).” (al-Kahfi:95)
Dalam pensyariatan Solat al-Khauf yang thabit melalui al Quran dan Sunnah disyariatkan supaya saling tolong menolong. Demikian juga dalam perintah Allah SWT ke atas orang-orang Mukmin supaya mengambil sikap berhati-hati dengan serangan musuh mereka.
Perintah meminta pertolongan kepada makhluk ini turut dinyatakan dalam galakan Rasulullah SAW agar orang-orang Mukmin saling membantu memenuhi hajat dan keperluan saudaranya, memudahkan kesusahan orang lain dan membantu melepaskan suatu bebanan. Bahkan juga, ia terdapat dalam peringatannya daripada melalaikan amalan tersebut. Hal-hal seperti ini banyak terdapat di dalam Sunnah. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan: “Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya pula.”
Telah meriwayatkan Muslim dan Abu Daud serta lain-lainnya daripada Rasulullah SAW bersabda: “Allah sentiasa membantu hamba selama hamba tersebut membantu saudaranya yang lain.” Rasulullah SAW juga bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai makhluk yang Dia mencipta mereka untuk menunaikan keperluan-keperluan orang lain; ramai manusia yang datang kepadanya membawa hajat-hajat mereka. Mereka adalah orang-orang yang aman dari azab Allah.” Perhatikanlah sabda Rasulullah SAW: “Orang ramai datang membawa hajat-hajat mereka.” Rasulullah SAW tidak menggolongkan orang-orang ini di dalam golongan orang-orang yang melakukan kesyirikan, bahkan juga bukan dari golongan yang melakukan dosa atau maksiat.
Al-Tabrani dan juga Ibnu Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah mempunyai beberapa kaum yang diberikan khusus kepada mereka nikmat-nikmat untuk manfaat hamba-hambaNya. Allah menetapkan mereka dalam nikmat tersebut selama mereka mencurahkan nikmat tersebut (kepada hambaNya). Maka apabila mereka tidak mahu mengeluarkan nikmat tersebut (untuk orang ramai), Allah mencabutnya daripada mereka, lalu mengalihkannya kepada orang lain.”
Al-Hafiz al-Munziri berkata: Jika hadith tersebut dikatakan sanadnya adalah hasan, nescaya ia harus terjadi. Sabda Rasulullah SAW: “Seseorang kamu yang berjalan bersama saudaranya kerana menunaikan hajatnya – sambil mengisyaratkan dengan jarinya – adalah lebih afdhal daripada beriktikaf di dalam masjidku ini selama dua bulan.” (diriwayatkan oleh al-Hakim dan beliau berkata: Hadith ini sohih sanadnya. Demikian juga seperti yang terdapat di dalam al-Targhib (3/372).
Jika benar-benar terlarang secara mutlak memohon bantuan kepada selain Allah SWT, maka nescaya nas-nas di atas tidak akan menyifatkan sesetengah hamba pilihan sebagai mampu menunaikan hajat orang lain. Hakikatnya, mereka yang memohon bantuan sebenarnya memohon kepada Allah SWT manakala yang membantu menunaikan hajat dalam erti kata sebenar adalah semata-mata Allah SWT jua.

Penilaian Imam Asy Syafie Terhadap Sufi

Penilaian Imam Asy Syafie Terhadap Sufi
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Tasawuf
Oleh : Thoriq
Di beberapa tempat, Imam As Syafi’i telah memberi penilaian terhadap para sufi. Yang sering dinukil dari perkataan beliau mengenai sufi bersumber dari Manaqib Al Imam As Syafi’i yang ditulis oleh Imam Al Baihaqi.
Di dalam kitab itu, Imam As Syafi’i menyatakan,
“Kalau seandainya seorang laki-laki mengamalkan tashawuf di awal siang, maka tidak tidak sampai kepadanya dhuhur kecuali ia menjadi hamqa (kekurangan akal).”
(Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)
Beliau juga menyatakan,
”Aku tidak mengetahui seorang sufi yang berakal, kecuali ia seorang Muslim yang khawwas.”
(Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)
Beberapa pihak secara tergesa-gesa menyimpulkan dari perkataan di atas bahwa Imam As Syafi’i mencela seluruh penganut sufi. Padahal tidaklah demikian, Imam As Syafi’i hanya mencela mereka yang menisbatkan kepada tashawuf namun tidak benar-benar menjalankan ajarannya tersebut.
Dalam hal ini, Imam Al Baihaqi menjelaskan,
”Dan sesungguhnya yang dituju dengan perkataan itu adalah siapa yang masuk kepada ajaran sufi namun mencukupkan diri dengan sebutan daripada kandungannya, dan tulisan daripada hakikatnya, dan ia meninggalkan usaha dan membebankan kesusahannya kepada kaum Muslim, ia tidak perduli terhadap mereka serta tidak mengindahkan hak-hak mereka, dan tidak menyibukkan diri dengan ilmu dan ibadah, sebagaimana beliau sifatkan di kesempatan lain.”
(Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/208)
Jelas, dari penjelasan Imam Al Baihaqi di atas, yang dicela Imam As Syafi’i adalah para sufi yang hanya sebatas pengakuan dan tidak mengamalkan ajaran sufi yang sesungguhnya.
Imam As Syafi’i juga menyatakan,
”Seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada dirinya 4 perkara, malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.”
(Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)
Imam Al Baihaqi menjelaskan maksud perkataan Imam As Syafi’i tersebut,
”Sesungguhnya yang beliau ingin cela adalah siapa dari mereka yang memiliki sifat ini. Adapun siapa yang bersih kesufiannya dengan benar-benar tawakkal kepada Allah Azza wa Jalla, dan menggunakan adab syari’ah dalam muamalahnya kepada Allah Azza wa Jalla dalam beribadah serta mummalah mereka dengan manusia dalam pergaulan, maka telah dikisahkan dari beliau (Imam As Syafi’i) bahwa beliau bergaul dengan mereka dan mengambil (ilmu) dari mereka.
(Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)
Kemudian Imam Al Baihaqi menyebutkan satu riwayat, bahwa Imam As Syafi’i pernah mengatakan,
”Aku telah bersahabat dengan para sufi selama sepuluh tahun, aku tidak memperoleh dari mereka kecuali dua huruf ini,”Waktu adalah pedang” dan “Termasuk kemaksuman, engkau tidak mampu” (maknanya, sesungguhnya manusia lebih cenderung berbuat dosa, namun Allah menghalangi, maka manusia tidak mampu melakukannya, hingga terhindar dari maksiat).
Jelas, bahwa Imam Al Baihaqi memahami bahwa Imam As Syafi’i mengambil manfaat dari para sufi tersebut. Dan beliau menilai bahwa Imam As Syafi’i mengeluarkan pernyataan di atas karena prilaku mereka yang mengatasnamakan sufi namun Imam As Syafi’i menyaksikan dari mereka hal yang membuat beliau tidak suka. (lihat, Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)
Bahkan Ibnu Qayyim Al Jauziyah menilai bahwa pernyataan Imam As Syafi’i yang menyebutkan behwa beliau mengambil dari para sufi dua hal atau tiga hal dalam periwayatan yang lain, sebagai bentuk pujian beliau terhadap kaum ini,
”Wahai, bagi dua kalimat yang betapa lebih bermanfaat dan lebih menyeluruh. Kedua hal itu menunjukkan tingginya himmah dan kesadaran siapa yang mengatakannya. Cukup di sini pujian As Syafi’i untuk kelompok tersebut sesuai dengan bobot perkataan mereka.”
(lihat, Madarij As Salikin, 3/129)
Imam As Syafi’i Memuji Ulama Sufi
Bahkan di satu kesempatan, Imam As Syafi’I memuji salah satu ulama ahli qira’ah dari kalanagn sufi. Ismail bin At Thayyan Ar Razi pernah menyatakan,
”Aku tiba di Makkah dan bertemu dengan As Syafi’i. Ia mengatakan,’Apakah engkau tahu Musa Ar Razi? Tidak datang kepada kami dari arah timur yang lebih pandai tentang Al Qur`an darinya.’Maka aku berkata,’Wahai Abu Abdillah sebutkan ciri-cirinya’. Ia berkata,’Berumur 30 hingga 50 tahun datang dari Ar Ray’. Lalu ia menyebut cirri-cirinya, dan saya tahu bahwa yang dimaksud adalah Abu Imran As Shufi. Maka saya mengatakan,’Aku mengetahunya, ia adalah Abu Imran As Shufi. As Syafi’i mengatakan,’Dia adalah dia.’”
(Adab As Syafi’i wa Manaqibuhu, hal. 164)
Walhasil, Imam As Syafi’I disamping mencela sebagian penganut sufi beliau juga memberikan pujian kepada sufi lainnya. Dan Imam Al Baihaqi menilai bahwa celaan itu ditujukan kepada mereka yang menjadi sufi hanya dengan sebutan tidak mengamalkan ajaran sufi yang sesungguhnya dan Imam As Syafi’i juga berinteraksi dan mengambil manfaat dari kelompok ini. Sedangkan Ibnu Qayyim menilai bahwa Imam As Syafi’i juga memberikan pujian kepada para sufi.
Dengan demikian, pernyataan yang menyebutkan bahwa Imam As Syafi’i membenci total para sufi tidak sesuai dengan data sejarah, juga tidak sesaui dengan pemahaman para ulama mu’tabar dalam memahami perkataan Imam As Syafi’i. Wallahu’alam…
Rujukan:
1. Manaqib Al Imam As Syafi’i, karya Al Baihaqi, t. As Sayyid Ahmad Shaqr, cet.Dar At Turats Kairo, th.1390 H.
2. Madarij As Salikin, karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah, cet. Al Mathba’ah As Sunnah Al Muhamadiyah, th. 1375 H.
3. Adab As Syafi’I wa Manaqibuhu, karya Ibnu Abi Hatim Ar Razi, cet. Dar Al Kutub Al Ilmiyah, th. 1424 H.
Sumber :
http://almanar.wordpress.com/2011/06/03/imam-as-syafi%e2%80%99i-dan-para-sufi/

02 Jun 2011

Kunjungan Silaturrahmi dari Masjid Ar-Riyadh , Solo

Kunjungan Silaturrahmi dari Masjid Ar-Riyadh , Solo

Kunjungan Silaturrahmi dari Masjid Ar-Riyadh , Solo
Al-Habib Alwi b. Anis Al-Habsyi serta Keluarga
dan Majlis Maulidurrasul di Yayasan Al-Jenderami
pada Sabtu , 4 Jun 2011 , bermula jam 6.00 ptg.

SEMUA DI JEMPUT HADIR

4 Jun 2011 , Sabtu
6.00 ptg : Perarakan Menyambut Ketibaan Tetamu Habaib
7.15 mlm : Bacaan Ratibul Attas
: Solat Maghrib
8.00 mlm : Ucapan Pengerusi Majlis & Bacaan Qasidah
8.15 mlm :
Bacaan Maulid Simthud Duror
Dipimpin oleh Al-Habib Alwi b. Muhammad Anis Al-Habsyi
8.45 mlm :
Tausiyyah oleh :
Hb Husin Nabil b. Muhammad Najib As-Seggaf
Hb Ali Zainal Abidin Al-Hamid
10.00 mlm : Solat Isya'
10.30 mlm : Makan Malam
:

Rombongan Masjid Ar-Riyadh , Solo yang akan hadir :-
1. Hb Alwi b. Muhammad Anis Al-Habsyi
2. Hb Hasan b. Muhammad Anis Al-Habsyi
3. Hb Abdillah b. Muhammad Anis Al-Habsyi
4. Hb Abu Bakar b. Mohamad Al-Jufri
5. Hb Ridho b. Muhammad Najib As- Seggaf
6. Hb Umar b. Hussin As- Seggaf
7. Hb Alwi b. Ali Al-Habsyi
8. Hb Hasan b. Muhammad Al-Habsyi
9. Hb Riza Segaf As-Seggaf
10. Hb Hussein Doman
11. Hb Muhammad b. Abd. Qadir Al-Habsyi
12. Hb Muhammad Anis b. Syech As- Seggaf

Rombongan dari Jakarta :-
1. Hb. Hussein Maulakheleh
2. Hb Abdurrahman Bassurah
3. Hb Husin Nabil b. Muhammad Najib As-Seggaf

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan memuliakan para tetamu habaib yang hadir.

01 Jun 2011

Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته : Faqihnya Umat Ini Yang Tabahhur Ilmunya
Sempena kunjungan Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته maka inginlah al-Fagir mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas ulama ahlulbait yang terkenal. Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته adalah antara permata habaib zaman ini. Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya.
Nama dan nasab beliau: Beliau adalah al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein bin Muhammad bin Zein bin ‘Abdur Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Ali bin Saalim bin `Abdillah bin Muhammad Sumaith bin ‘Ali bin ‘Abdur Rahman bin Ahmad bin ‘Alwi bin Ahmad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Alwi (‘Ammul Faqih al-Muqaddam) bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir Ilallah bin ‘Isa ar-Rumi. Bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin asy-Syahid Hussin as-Sibth, putera Sayyidina ‘Ali dan Sayyidatina Fathimah az-Zahra’ bin Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Kelahiran dan pendidikan: Beliau dilahirkan pada tahun 1357H (1936M) di Jakarta, Indonesia. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh. Ayahanda beliau, al-Habib Ibrahim bin Zein pernah menjadi imam di Masjid Habib ‘Abdullah bin Muhsin di Bogor ketika di akhir umur beliau. Al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith mendapat didikan awal agamanya oleh ayahandanya sendiri dan juga dengan para ulama dan pemuka habaib di Jawa. Sedari kecil beliau telah dibawa oleh ayahandanya untuk hadir ke halaqah ilmu, rohah dan mawlid yang dianjurkan oleh Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad di Bogor yang merupakan naqib para saadah di Tanah Jawa. Habib ‘Alwi ini adalah seorang ulama dan waliyUllah yang terkemuka pada masanya. Beliau wafat pada tahun 1373H dan dimakamkan di Empang, Bogor di mana hingga saat ini makamnya diziarahi dan terkenal sebagai Keramat Empang Bogor. Beliau inilah di antara guru awal Habib Zein. Selain itu, Habib Zein juga sering dibawa ayahandanya untuk meneguk ilmu dan hikmah di majlis seorang lagi ulama dan waliyUllah iaitu Habib ‘Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi (Habib ‘Ali Kwitang).
Guru-guru Habib Zein
Guru-guru di Tarim: Dalam tahun 1371H (1950M), ketika usianya lebih kurang 14 tahun, Habib Zein telah dibawa oleh ayahandanya ke Tarim al-Ghanna, tempat asal keturunannya. Di sana, Habib Zein tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan. beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya beliau belajar di rubath Tarim
Guru-guru Habib Zein
Di antara guru-guru beliau di Tarim adalah:-
Al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Saalim Bin Hafidz – dengan guru beliau ini, al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith belajar dan menghafal kitab Sofwah az-Zubad karya Imam Ibn Ruslan, kitab al-Irsyad karya Ibn Muqri (sehingga bab Jinayat) dan Nadzam Hadiyyah ash-Shaadiq karya al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir. Selain itu beliau belajar kitab-kitab karangan al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dalam ilmu faraidh dan munakahat, sebahagian dari kitab Minhaj, kitab-kitab tasawwuf dan ilmu falak;
Habib ‘Umar bin ‘Alwi al-Kaaf – beliau belajar ilmu Nahwu, Ma’ani dan Bayan. Dengan guru beliau ini juga beliau mempelajari kitab Mutammimah al-Ajrumiyyah dan Alfiyyah serta syarah-syarahnya. Beliau juga menghafal matan Alfiyyah;
Habib ‘Alwi bin ‘Abdullah Bin Syihaabuddin – beliau mengikuti majlis-majlis pengajian al-Habib ‘Alwi di Rubath Tarim, juga mengikuti rohah yang diadakan di kediamannya dan majelis Syeikh ‘Ali bin Abu Bakar as-Sakran;
Habib Ja’far bin Ahmad al-’Aydrus – beliau sering berulang-alik ke tempatnya dan beliau memperolehi banyak ijazah daripadanya;
Habib Ibrahim bin ‘Umar bin ‘Aqil;
Habib Abu Bakar ‘Atthas bin ‘Abdullah al-Habsyi – beliau membaca kitab al-Arbain al-Ushul karya Imam al-Ghazali;
Habib Salim bin ‘Alwi al-Khird – beliau membaca kitab Mulhaq al-‘Irab karya Abu Muhammad al-Qaasim bin ‘Ali al-Hariri al-Bashri;
Habib ‘Abdur Rahman bin Haamid as-Sariy – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat;
‘Allaamah Syaikh Mahfuz bin Saalim az-Zubaidi – beliau mempelajari ilmu fiqih;
Syaikh Saalim bin Sa`id Bukayyir BaGhitsaan al-Mufti – beliau belajar fiqih;
Syaikh Fadhl bin Muhammad BaFadhl – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat;
Berangkat ke Baidho’: Setelah kira-kira 8 tahun menuntut di Tarim, Habib Zein telah disuruh oleh guru beliau Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz untuk pindah ke Kota Baidha` untuk mengajar dan berdakwah di samping meneruskan pengajian dengan para ulama di sana antaranya kepada mufti Baidha`, Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar. Kedatangannya ke Baidha` disambut dengan penuh kegembiraan oleh Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar. Habib Zein telah ditugaskan oleh Habib Muhammad al-Haddar untuk mengajar dan membantu beliau dalam berdakwah. Kagum dengan beliau, akhirnya Habib Muhammad al-Haddar telah menikahkan beliau dengan puterinya. Habib Zein juga diijazahkan pelbagai riwayat oleh Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar.
Habib Zein terus menetap di Baidha` dan meneruskan pengabdiannya terhadap ilmu dan dakwah di mana beliau menjadi tempat rujuk dan mufti. Ketinggian ilmunya diakui oleh para ulama sehingga Habib Muhammad al-Haddar menyatakan bahawa apabila sesuatu permasalahan itu telah dijawab oleh Habib Zein, maka tidaklah perlu untuk membuat rujukan lain.
Ijazah di bidang keilmuan: Selain itu beliau juga mendapat ijazah daripada kalangan Saadah Ba’alawi dan para ulama’ dunia Islam, seperti: Al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, al-’Allamah al-Muhaddits Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani, al-‘Allamah al-Habib ‘Umar bin Ahmad Bin Sumaith, al-‘Allamah al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, al-‘Allamah al-Habib ‘Abdul Qaadir bin Ahmad as-Saqqaf, al-‘Allamah al-Habib Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri, asy-Syaikh Umar al-Haddad, al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Ahmad asy-Syathiri, al-‘Allamah asy-Syaikh ‘Abdullah bin Sa’id al-Lahji al-Hadhrami dan Sayyid Yusuf ar-Rifai al-Kuwaiti.
Berhijrah ke Madinah: Setelah kira-kira 21 tahun menetap di Baidho` menyumbang ilmu dan berdakwah, maka pada bulan Ramadhan 1406, Habib Zein telah berhijrah ke kota nenda beliau al-Mustafa r, Madinah al-Munawwarah, untuk menjadi pengasuh Rubath Habib ‘Abdur Rahman bin Hasan al-Jufri. Beliau berganding dengan Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syaathiri untuk mengasuh Rubath al-Jufri tersebut. Setelah Habib Salim pulang ke Tarim untuk mengasuh Rubath Tarim, maka tanggungjawab di Rubath al-Jufri dipikul sepenuhnya oleh Habib Zein sehingga kini [menurut khabar yang abu zahrah dengar, rubath tersebut telah diarahkan tutup oleh pemerintah Saudi].
Walaupun beliau sudah mempunyai murid-murid di Madinah, beliau masih mengambil peluang untuk menimba ilmu dari ulama ulama Madinah seperti:-
Syaikh Muhammad Zaidan asy-Syanqiti al-Maliki – beliau mempelajari ilmu ushul, membaca kitab at-Tiryaq an-Nafi’ ‘ala Masail Jam’ul Jawami’ karya al-Imam Abu Bakar bin Syahab dan kitab Maraqi as-Su’ud karya Syarif ‘Abdullah al-‘Alawi asy-Syanqitiy;
al-‘Allamah an-Nihrir Ahmaddu bin Muhammad Hamid al-Hasani asy-Syanqiti – beliau membaca kitab Syarah al-Qathr, sebahagian daripada kitab Ibnu ‘Aqil, Idha’ah al-Dujunnah karya Imam al-Maqqari, as-Sullam al-Munauraq karya al-Akhdhari, Isadguji karya Imam al-Abhari, Itmam ad-Dirayah li Qurra an-Naqayah karya as-Sayuthi, al-Maqsyur wa al-Mamdud dan Lamiyah al-Af’al karya Ibnu Malik, Mughni Labib karya Ibnu Hisyam, Jauhar al-Maknun dan kitab ilmu shorof. Guru beliau ini memuji al-Habib Zein kerana semangat dan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu.
Selain daripada melahirkan ramai murid yang menjadi ulama dan da`ie, beliau juga telah menghasilkan beberapa karya yang berbobot, antaranya:-
al-Manhaj as-Sawi syarhu Ushul Thoriiqah as-Saadah Ali Baa’Alawi – karya beliau yang unggul dalam mensyarahkan ushul thariqah aal Ba’Alawi. Pokok utama kitab ini mensyarahkan kata-kata al-Imam al-Muhaqqiq al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi (wafat 1145H, murid dari al-Imam ‘Abdullah al-Haddad) iaitu: “Thariqah Saadah Aal Ba’alawi adalah ilmu, ‘amal, wara`, khauf (takut kepada Allah) dan ikhlas kepadaNya”.
al-Ajwibah al-Ghaliyyah fi ‘Aqidah al-Firqah an-Naajiyyah – kitab ini di dalam bentuk soal-jawab (buku telah al-Fagir dan teman-teman terjemahkan, insyAllah akan berada di pasaran sedikit masa lagi ini). Kitab ini mengulas tentang aqidah ahlussunah wal jamaah, yang berisi tentang jawaban atas amaliyah golongan ahlussunah wal jamaah yang selama ini dianggap oleh sekelompok kecil umat islam (bahasa mudahnya Wahabi) sebagai amalan yang menyimpang dari ajaran Islam, sedangkan amaliyah tersebut telah dilakukan oleh generasi terdahulu, iaitu generasi sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in dan terus menerus hingga sekarang.
al-Fuyudhat ar-Rabbaniyyah min Anfas as-Sadah al-‘Alawiyyah – kitab ini menghimpunkan tafsir isyari kepada beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadits-hadits Nabawi yang beliau himpunkan daripada kalam Saadah ‘Alawiyyin.
al-Futuhat al-‘Aliyyah fi al-Khutbah al-Minbariyyah (5 jilid) – merupakan himpunan khutbah-khutbah beliau.
Hidayah ath-Thalibin fi Bayan Muhimmat ad-Din – kitab ini merupakan syarah kepada hadits Jibril iaitu mengenai pengertian Islam, Iman dan Ihsan.
Hidayah az-Zairin ila Ad’iyyah az-Ziyarah an-Nabawiyyah wa Masyahid ash-Shalihin – merupakan kumpulan doa para salaf (ulama-ulama Saadah ‘Alawiyyin terdahulu) yang diucapkan ketika menziarahi Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan makam-makam yang terletak di Haramain (Makkah dan Madinah) dan Hadramaut.
an-Nujum az-Zahirah li Saliki Thariqi al-Akhirah – merupakan kumpulan daripada ‘amalan-‘amalan para Saadah Ba’alawi beserta dengan faedahnya.
Kitab Tsabat (Sanad-sanad dan masyaikh beliau) – masih di dalam bentuk manuskrip
dan lain-lain.
Peribadi dan kegiatan harian beliau: Beliau seorang yang sangat ‘alim, faqih dan ‘arifbillah. Menghafal persoalan-persoalan di dalam mazhab Syafie. Oleh kerana itulah ada yang mengelar beliau sebagai syafie shaghir di zaman ini. Ketika di usia mudanya, beliau seorang yang bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu. Guru-guru beliau sering memuji beliau kerana kelebihan beliau berbanding rakan-rakannya, juga kerana adab, suluk dan akhlaq beliau yang baik.
Beliau seorang yang tawadhu. Terkenal khumul yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Lidahnya sentiasa basah dengan dhikruLlah. Tasbih hampir tidak pernah berpisah daripadanya. Sentiasa berserban putih, memakai kain dan rida’ sepertimana kebiasaan para salaf di Hadramaut.
Beliau mempunyai tertib khusus dalam membaca aurad dan adzkar sepanjang siang dan malam disamping menjalankan tugas sebagai pengajar. Sentiasa berqiyamullail dan kemudiannya beliau keluar menunaikan sholat Shubuh di Masjid Nabawi dan duduk beri’tikaf sehingga terbit matahari. Setelah itu pulang ke rubath untuk mengajar. Selepas ‘ashar beliau mengadakan rohah sehingga menjelang maghrib. Setelah maghrib mengajar sehingga ‘Isya. Kemudian beliau bersholat ‘Isya di Masjid Nabawi dan setelahnya menziarahi datuk beliau yang agong iaitu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Beliau menziarahi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم setiap pagi dan petang (malam), sejak beliau bermukim di Madinah. Setelah ‘Isya, beliau mengajar dan mengadakan majlis di pelbagai tempat, mengikut hari-hari yang di jadualkan.
Semoga Allah memelihara dan melanjutkan usia Habib Zein bin Ibrahim Bin Sumaith, agar kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan keberadaan beliau di atas muka bumi ini. اللهم آمين. al-Fagir memohon ampun maaf andaikata terdapat kesalahan/kesilapan di dalam nukilan ini. Sekian.
Nukilan:
Al-Fagir Abu Zahrah
http://www.majlisilmu.blogspot.com/

Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته : Faqihnya Umat Ini Yang Tabahhur Ilmunya Sempena kunjungan Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته maka inginlah al-Fagir mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas ulama ahlulbait yang terkenal. Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته adalah antara permata habaib zaman ini. Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya. Nama dan nasab beliau: Beliau adalah al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein bin Muhammad bin Zein bin ‘Abdur Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Ali bin Saalim bin `Abdillah bin Muhammad Sumaith bin ‘Ali bin ‘Abdur Rahman bin Ahmad bin ‘Alwi bin Ahmad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Alwi (‘Ammul Faqih al-Muqaddam) bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir Ilallah bin ‘Isa ar-Rumi. Bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin asy-Syahid Hussin as-Sibth, putera Sayyidina ‘Ali dan Sayyidatina Fathimah az-Zahra’ bin Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Kelahiran dan pendidikan: Beliau dilahirkan pada tahun 1357H (1936M) di Jakarta, Indonesia. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh. Ayahanda beliau, al-Habib Ibrahim bin Zein pernah menjadi imam di Masjid Habib ‘Abdullah bin Muhsin di Bogor ketika di akhir umur beliau. Al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith mendapat didikan awal agamanya oleh ayahandanya sendiri dan juga dengan para ulama dan pemuka habaib di Jawa. Sedari kecil beliau telah dibawa oleh ayahandanya untuk hadir ke halaqah ilmu, rohah dan mawlid yang dianjurkan oleh Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad di Bogor yang merupakan naqib para saadah di Tanah Jawa. Habib ‘Alwi ini adalah seorang ulama dan waliyUllah yang terkemuka pada masanya. Beliau wafat pada tahun 1373H dan dimakamkan di Empang, Bogor di mana hingga saat ini makamnya diziarahi dan terkenal sebagai Keramat Empang Bogor. Beliau inilah di antara guru awal Habib Zein. Selain itu, Habib Zein juga sering dibawa ayahandanya untuk meneguk ilmu dan hikmah di majlis seorang lagi ulama dan waliyUllah iaitu Habib ‘Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi (Habib ‘Ali Kwitang). Guru-guru Habib Zein Guru-guru di Tarim: Dalam tahun 1371H (1950M), ketika usianya lebih kurang 14 tahun, Habib Zein telah dibawa oleh ayahandanya ke Tarim al-Ghanna, tempat asal keturunannya. Di sana, Habib Zein tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan. beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya beliau belajar di rubath Tarim Guru-guru Habib Zein Di antara guru-guru beliau di Tarim adalah:- Al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Saalim Bin Hafidz – dengan guru beliau ini, al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith belajar dan menghafal kitab Sofwah az-Zubad karya Imam Ibn Ruslan, kitab al-Irsyad karya Ibn Muqri (sehingga bab Jinayat) dan Nadzam Hadiyyah ash-Shaadiq karya al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir. Selain itu beliau belajar kitab-kitab karangan al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dalam ilmu faraidh dan munakahat, sebahagian dari kitab Minhaj, kitab-kitab tasawwuf dan ilmu falak; Habib ‘Umar bin ‘Alwi al-Kaaf – beliau belajar ilmu Nahwu, Ma’ani dan Bayan. Dengan guru beliau ini juga beliau mempelajari kitab Mutammimah al-Ajrumiyyah dan Alfiyyah serta syarah-syarahnya. Beliau juga menghafal matan Alfiyyah; Habib ‘Alwi bin ‘Abdullah Bin Syihaabuddin – beliau mengikuti majlis-majlis pengajian al-Habib ‘Alwi di Rubath Tarim, juga mengikuti rohah yang diadakan di kediamannya dan majelis Syeikh ‘Ali bin Abu Bakar as-Sakran; Habib Ja’far bin Ahmad al-’Aydrus – beliau sering berulang-alik ke tempatnya dan beliau memperolehi banyak ijazah daripadanya; Habib Ibrahim bin ‘Umar bin ‘Aqil; Habib Abu Bakar ‘Atthas bin ‘Abdullah al-Habsyi – beliau membaca kitab al-Arbain al-Ushul karya Imam al-Ghazali; Habib Salim bin ‘Alwi al-Khird – beliau membaca kitab Mulhaq al-‘Irab karya Abu Muhammad al-Qaasim bin ‘Ali al-Hariri al-Bashri; Habib ‘Abdur Rahman bin Haamid as-Sariy – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat; ‘Allaamah Syaikh Mahfuz bin Saalim az-Zubaidi – beliau mempelajari ilmu fiqih; Syaikh Saalim bin Sa`id Bukayyir BaGhitsaan al-Mufti – beliau belajar fiqih; Syaikh Fadhl bin Muhammad BaFadhl – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat; Berangkat ke Baidho’: Setelah kira-kira 8 tahun menuntut di Tarim, Habib Zein telah disuruh oleh guru beliau Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz untuk pindah ke Kota Baidha` untuk mengajar dan berdakwah di samping meneruskan pengajian dengan para ulama di sana antaranya kepada mufti Baidha`, Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar. Kedatangannya ke Baidha` disambut dengan penuh kegembiraan oleh Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar. Habib Zein telah ditugaskan oleh Habib Muhammad al-Haddar untuk mengajar dan membantu beliau dalam berdakwah. Kagum dengan beliau, akhirnya Habib Muhammad al-Haddar telah menikahkan beliau dengan puterinya. Habib Zein juga diijazahkan pelbagai riwayat oleh Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar. Habib Zein terus menetap di Baidha` dan meneruskan pengabdiannya terhadap ilmu dan dakwah di mana beliau menjadi tempat rujuk dan mufti. Ketinggian ilmunya diakui oleh para ulama sehingga Habib Muhammad al-Haddar menyatakan bahawa apabila sesuatu permasalahan itu telah dijawab oleh Habib Zein, maka tidaklah perlu untuk membuat rujukan lain. Ijazah di bidang keilmuan: Selain itu beliau juga mendapat ijazah daripada kalangan Saadah Ba’alawi dan para ulama’ dunia Islam, seperti: Al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, al-’Allamah al-Muhaddits Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani, al-‘Allamah al-Habib ‘Umar bin Ahmad Bin Sumaith, al-‘Allamah al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, al-‘Allamah al-Habib ‘Abdul Qaadir bin Ahmad as-Saqqaf, al-‘Allamah al-Habib Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri, asy-Syaikh Umar al-Haddad, al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Ahmad asy-Syathiri, al-‘Allamah asy-Syaikh ‘Abdullah bin Sa’id al-Lahji al-Hadhrami dan Sayyid Yusuf ar-Rifai al-Kuwaiti. Berhijrah ke Madinah: Setelah kira-kira 21 tahun menetap di Baidho` menyumbang ilmu dan berdakwah, maka pada bulan Ramadhan 1406, Habib Zein telah berhijrah ke kota nenda beliau al-Mustafa r, Madinah al-Munawwarah, untuk menjadi pengasuh Rubath Habib ‘Abdur Rahman bin Hasan al-Jufri. Beliau berganding dengan Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syaathiri untuk mengasuh Rubath al-Jufri tersebut. Setelah Habib Salim pulang ke Tarim untuk mengasuh Rubath Tarim, maka tanggungjawab di Rubath al-Jufri dipikul sepenuhnya oleh Habib Zein sehingga kini [menurut khabar yang abu zahrah dengar, rubath tersebut telah diarahkan tutup oleh pemerintah Saudi]. Walaupun beliau sudah mempunyai murid-murid di Madinah, beliau masih mengambil peluang untuk menimba ilmu dari ulama ulama Madinah seperti:- Syaikh Muhammad Zaidan asy-Syanqiti al-Maliki – beliau mempelajari ilmu ushul, membaca kitab at-Tiryaq an-Nafi’ ‘ala Masail Jam’ul Jawami’ karya al-Imam Abu Bakar bin Syahab dan kitab Maraqi as-Su’ud karya Syarif ‘Abdullah al-‘Alawi asy-Syanqitiy; al-‘Allamah an-Nihrir Ahmaddu bin Muhammad Hamid al-Hasani asy-Syanqiti – beliau membaca kitab Syarah al-Qathr, sebahagian daripada kitab Ibnu ‘Aqil, Idha’ah al-Dujunnah karya Imam al-Maqqari, as-Sullam al-Munauraq karya al-Akhdhari, Isadguji karya Imam al-Abhari, Itmam ad-Dirayah li Qurra an-Naqayah karya as-Sayuthi, al-Maqsyur wa al-Mamdud dan Lamiyah al-Af’al karya Ibnu Malik, Mughni Labib karya Ibnu Hisyam, Jauhar al-Maknun dan kitab ilmu shorof. Guru beliau ini memuji al-Habib Zein kerana semangat dan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu. Selain daripada melahirkan ramai murid yang menjadi ulama dan da`ie, beliau juga telah menghasilkan beberapa karya yang berbobot, antaranya:- al-Manhaj as-Sawi syarhu Ushul Thoriiqah as-Saadah Ali Baa’Alawi – karya beliau yang unggul dalam mensyarahkan ushul thariqah aal Ba’Alawi. Pokok utama kitab ini mensyarahkan kata-kata al-Imam al-Muhaqqiq al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi (wafat 1145H, murid dari al-Imam ‘Abdullah al-Haddad) iaitu: “Thariqah Saadah Aal Ba’alawi adalah ilmu, ‘amal, wara`, khauf (takut kepada Allah) dan ikhlas kepadaNya”. al-Ajwibah al-Ghaliyyah fi ‘Aqidah al-Firqah an-Naajiyyah – kitab ini di dalam bentuk soal-jawab (buku telah al-Fagir dan teman-teman terjemahkan, insyAllah akan berada di pasaran sedikit masa lagi ini). Kitab ini mengulas tentang aqidah ahlussunah wal jamaah, yang berisi tentang jawaban atas amaliyah golongan ahlussunah wal jamaah yang selama ini dianggap oleh sekelompok kecil umat islam (bahasa mudahnya Wahabi) sebagai amalan yang menyimpang dari ajaran Islam, sedangkan amaliyah tersebut telah dilakukan oleh generasi terdahulu, iaitu generasi sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in dan terus menerus hingga sekarang. al-Fuyudhat ar-Rabbaniyyah min Anfas as-Sadah al-‘Alawiyyah – kitab ini menghimpunkan tafsir isyari kepada beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadits-hadits Nabawi yang beliau himpunkan daripada kalam Saadah ‘Alawiyyin. al-Futuhat al-‘Aliyyah fi al-Khutbah al-Minbariyyah (5 jilid) – merupakan himpunan khutbah-khutbah beliau. Hidayah ath-Thalibin fi Bayan Muhimmat ad-Din – kitab ini merupakan syarah kepada hadits Jibril iaitu mengenai pengertian Islam, Iman dan Ihsan. Hidayah az-Zairin ila Ad’iyyah az-Ziyarah an-Nabawiyyah wa Masyahid ash-Shalihin – merupakan kumpulan doa para salaf (ulama-ulama Saadah ‘Alawiyyin terdahulu) yang diucapkan ketika menziarahi Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan makam-makam yang terletak di Haramain (Makkah dan Madinah) dan Hadramaut. an-Nujum az-Zahirah li Saliki Thariqi al-Akhirah – merupakan kumpulan daripada ‘amalan-‘amalan para Saadah Ba’alawi beserta dengan faedahnya. Kitab Tsabat (Sanad-sanad dan masyaikh beliau) – masih di dalam bentuk manuskrip dan lain-lain. Peribadi dan kegiatan harian beliau: Beliau seorang yang sangat ‘alim, faqih dan ‘arifbillah. Menghafal persoalan-persoalan di dalam mazhab Syafie. Oleh kerana itulah ada yang mengelar beliau sebagai syafie shaghir di zaman ini. Ketika di usia mudanya, beliau seorang yang bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu. Guru-guru beliau sering memuji beliau kerana kelebihan beliau berbanding rakan-rakannya, juga kerana adab, suluk dan akhlaq beliau yang baik. Beliau seorang yang tawadhu. Terkenal khumul yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Lidahnya sentiasa basah dengan dhikruLlah. Tasbih hampir tidak pernah berpisah daripadanya. Sentiasa berserban putih, memakai kain dan rida’ sepertimana kebiasaan para salaf di Hadramaut. Beliau mempunyai tertib khusus dalam membaca aurad dan adzkar sepanjang siang dan malam disamping menjalankan tugas sebagai pengajar. Sentiasa berqiyamullail dan kemudiannya beliau keluar menunaikan sholat Shubuh di Masjid Nabawi dan duduk beri’tikaf sehingga terbit matahari. Setelah itu pulang ke rubath untuk mengajar. Selepas ‘ashar beliau mengadakan rohah sehingga menjelang maghrib. Setelah maghrib mengajar sehingga ‘Isya. Kemudian beliau bersholat ‘Isya di Masjid Nabawi dan setelahnya menziarahi datuk beliau yang agong iaitu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Beliau menziarahi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم setiap pagi dan petang (malam), sejak beliau bermukim di Madinah. Setelah ‘Isya, beliau mengajar dan mengadakan majlis di pelbagai tempat, mengikut hari-hari yang di jadualkan. Semoga Allah memelihara dan melanjutkan usia Habib Zein bin Ibrahim Bin Sumaith, agar kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan keberadaan beliau di atas muka bumi ini. اللهم آمين. al-Fagir memohon ampun maaf andaikata terdapat kesalahan/kesilapan di dalam nukilan ini. Sekian. Nukilan: