29 April 2011

Al-Azhar Adalah Asy`ari

Al-Azhar Adalah Asy`ari


Siapa yang tidak kenal dengan Universiti al-Azhar asy-Syarif. Pusat pengajian ulung yang telah melahirkan ramai ulama yang berjasa di seluruh pelusuk dunia Islam. Alhamdulillah, dalam menghadapi serangan kaum salafi gadungan yang menuduh aqidah al-Asy`ari dan al-Maaturidi sebagai sesat dan keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama`ah, maka para ulama al-Azhar turut dengan lantang mempertahankan pegangan majoriti umat Islam tersebut. Bahkan Syaikhul Azhar, Prof. Dr. Ahmad ath-Thayyib hafizahUllah menegaskan bahawa al-Azhar berpegang dengan `aqidah al-Asy`ari dan al-Maaturidi, fiqh para Imam yang empat dan tasawwuf Imam Junaid. Bahkan, al-Azhar asy-Syarif akan tetap kekal atas `aqidah al-Asy`ari dan pemikiran sufi yang shahih. Inilah antara pernyataan beliau di hadapan ratusan pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di al-Azhar sebagaimana dilaporkan dalam akhbar "al-Hayat". Beliau juga menyifatkan puak-puak yang mengaku "salafi" yang ada pada masa kita ini, yang suka menyesatkan secara sembrono umat Islam yang tidak sefaham dengan mereka sebagai "Khawarij al-`Ashri" - puak Khawarij zaman moden.

Maka kepada puak-puak "Khawarij al-`Ashr", bersederhanalah, perkara furu` yang menjadi khilaf fiqh janganlah dijadikan sebagai perkara `aqidah pula sehingga tergamak menyamakan umat yang bersyahadah dengan kaum musyrikin. Janganlah mudah-mudah menyesatkan pegangan majoriti umat Islam. Sungguh puak-puak ekstrem ini telah menanam dakyah mereka dalam negara kita sehingga ada yang telah secara terang - terangan memproklamir bahawa al-`Asyairah sebagai sesat dan bukan Ahlus Sunnah wal Jama`ah.... Allahu ... Allah... tanggung depan Allah nanti. Ada jugak balaci mereka yang tergamak menyesatkan Imam-Imam Muslimin sebesar Imam Ibnu Hajar al-`Asqalaani rahimahUllah kerana beliau berpegang dengan `aqidah al-Asy`ari. Mereka mencanangkan ke sana ke mari akan fatwa-fatwa songsang sesetengah puak badwi "Khawarij al-Ashr" yang menjajah bumi Hejaz tempat al-Haramain. Mereka kini juga tidak segan silu membawa tokoh-tokoh mereka ke tempat kita dengan menempelkan gelar-gelar tertentu untuk mengelirukan orang awam. Maka berhati-hatilah wahai ikhwah sekalian dan tetap teguhlah kita atas pegangan `aqidah yang sebenar. Janganlah didengar dakyah-dakyah puak "Khawarij al-Ashr" yang bertopengkan pegangan Salaf. Sesungguhnya kitalah pengikut salaf yang sebenar, tiadalah khalaf itu melainkan kesinambungan bagi salaf.

Oleh itu, diharap para ulama kita, teristimewanya para Azhariyyun, agar semakin gigih memperjuang dan mempertahankan ajaran Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar yang berteraskan `aqidah al-`Asyairah yang mubarakah yang menjadi anutan majoriti umat Islam di seluruh dunia sepanjang masa. Janganlah dibiarkan puak-puak "Khawarij al-`Ashr" mencemuh dan menuduh `aqidah kita ini sebagai bid`ah dan sesat.

*******************************
Keratan Akhbar al-Hayat


26 April 2011

Semarak Mahabbah Rasulullah S.A.W (Kota Bharu)


Semarak Mahabbah Rasulullah S.A.W (Kota Bharu)

19 April 2011

Wahabi Mesir memukul dan menghalangi Doktor Hasan as-Syafi`i dari Mimbar KhutbahWahabi Mesir memukul dan menghalangi Doktor Hasan as-Syafi`i dari Mimbar Khutbah

Wahabi Mesir memukul dan menghalangi Doktor Hasan as-Syafi`i dari Mimbar Khutbah

Wahabi Mesir memukul dan menghalangi Doktor Hasan as-Syafi`i dari Mimbar Khutbah
Kejahatan Wahabi semangkin bertambah-tambah, setelah sebahagian wahabi yang mengaku bahwa mereka itu salafi menghukum seorang yang beragama kristen dengan cara memotong kupingnya dengan alasan hukum hudud dan perbuatan mereka yang menghancurkan kuburan-kuburan para wali Allah, sekarang pula mereka menampakkan gigi mereka dengan melarang Doktor Hasan Syafi`i berkhutbah di Masjid an-Nur dan mengancam membunuh Doktor Hasan Syafi`i.
Kronologi kejadian
Pada hari jum`at tanggal 15 april 2011 Syeikh Prof .DR Hasan Syafi`i di tugaskan oleh Menteri Wakaf Mesir untuk mengisi khutbah di Masjid Nur Abbasiyyah, masjid Abbasiyyah ini adalah milik Kementrian Wakaf Mesir. sesampainya di Masjid Syeikh Hasan merasa terkejut karena Mimbar Masjid di kepung ketatat oleh pemuda-pemuda berjenggot lebat, gaya dan bentuk mereka sudah enggak asing lagi bagi orang bahwa mereka pengikut wahabi yang mengaku salafi, mereka tangkap Syeikh Hasan, dan ada yang diantaranya ingin memukul beliau, ada diantara mereka yang menarik jenggot Syeikh Hasan Syafi`i, ada yang menghancam ingin membunuhnya, bagaimana mereka bisa berlaku sedemikian rupa terhadap orang tua yang sudah mencecah umurnya 81 tahun, hinaan dan makian di tujukan kepada Syeikh Hasan as-Syafi`i, para pekerja dan penjaga Masjid tidak mampu melawan perbuatan wahabi, sebab mereka terlalu banyak, tujuan mereka ada ingin menguasi Mimbar dan menaikkan Syeikh Wahabi ke atas mimbar untuk berkhutbah, bahkan ada perempuan yang di pukul karena ingin membantu dan membela Syeikh Hasan Syafi`i dari kepungan pemuda-pemuda wahabi.
Beginilah kejahatan dan kekotoran prilaku orang-orang wahabi yang mengaku salafy padahal ulama-ulama salaf sangat jauh dari perbuatan mereka. mana pennghormatan terhadap ulama?, mana penghormatan terhadap orang tua, dan mana penghormatan terhadap ulama – ulama Azhar Syarif, wahabi mesir telah membuat kekacauan ummat, menghancurkan kuburan-kuburan wali, memotong telinga orang kristen, memfitnah golongan ikhwan muslim, dan menghina ulama-ulama Azhar Syarif.
Biografi Syeikh Hasan Syafi`i
Nama lengkap beliau adalah Syeikh Hasan bin Mahmud bin Abdul Latif as-Syafi`i al-Azhari.
Beliau di lahirkan pada tahun 1930 Masehi di kabupaten Biba Propinsi Bani Suef, dari kecilnya beliau dididik dengan ketaatan kepada agama, mempelajari dasar-dasar agama di kampungnya sendiri. bahkan telah menghapal al-Qur`an al-Karim walaupun usianya masih kecil, setelah menyelesaikan sekolah menengah atas di Madrasah al-Azhar beliau terus melanjutkan studynya di al-Azhar as-Syarif dan Fakultas Darul Ulum, pada tahun 1963 beliau berhasil meraih gelar Lisence dari Fakultas Usuluddin Al-Azhar dan Fakultas Darul Ulum Universitas Cairo, ini membuktikan kepintaran beliau dan kerajinannya.
Jabatannya :
1 – Guru besar bidang Filsafah Islamiyyah di Darul Ulum Universitas Cairo.
2 – Wakil Dekan Fakultas Darul Ulum Universitas Cairo.
3 – Anggota Lembaga bahasa Arab.
4 – Mantan REktor Universitas Islamiyyah Pakistan.
5 – Dan lain-lain.
Karangan beliau :
1 – al-Madkhal Ila Darasati Ilmi al-Kalam.
2 – al-Imam al-Amadi Wa Ara`uhu al-Kalamiyyah.
3 – Fushul Fi Tasawuf Islamiyyah.
4 – Ilmu Kalam Baina Madhihi wa Hadhirihi.
5 – Dan lain-lain.
Beliau meriwayatkan hadis dari :
1 – Syeikh Muhmmad Hafiz Tijani.
2 – Syeikh Ali as-Sindilewi.
3 – Syeikh Abdullah bin Abdul Haq Nafi` Kakakhil.
4 – Syeikh Muhammad Sa`id bin Najib al-Badanjaki an-Nadawi.
5 – Syeikh Abdul Ghaffar Hasan al-Bakistani.
6 – Syeikh Ali Jum`ah al-Azhari.
7 – Syeikh Ahmad Ma`bid Abdul Karim al-Azhari.
Rujukkan : Asanidu al-Mesriyyin : 413

Hati-Hati Penyakit Hati

Hati-Hati Penyakit Hati
Sunday, 17 April 2011 04:37 admin
Tausyiah Oleh: Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamed
Tempat : Madras An-Nur (Pantai Dalam)
Tarikh : 3 April 2011 (Ahad)
Assalam wassollatu salam ala Saidina Rasulillah Muhammad ibni Abdillah waala alihi wa sohbihi wassalam,
Alhamdulillah ,
Kita telah diperdengarkan tadi tentang pentingnya daripada kita untuk menjaga hati dengan berzikir kepada Allah swt, berselawat kepada baginda Rasulullah saw dan juga untuk mencari ilmu, semuanya bertujuan agar supaya hati kita ini adalah bersih daripada noda-noda yang mengotori kepada hati manusia.
Disebutkan dalam sebuah hadis, daripada Saidina Ali bin Abi Tholib dia berkata
“Allah itu di atas muka bumi ini mempunyai wajah, mempunyai bekas, tempat yang boleh menempatkan Allah swt”,
ini adalah penyataan simbolik, bermakna yang boleh dekat kepada Allah swt adalah satu tempat sahaja atas muka bumi ini. Yang dimaksudkan adalah hati manusia yang boleh menempatkan Allah swt tepat kepada tempatnya,
Yang terbaik daripada hati manusia itu adalah kata Saidina Ali,
Yang paling Kuat,
Yang Paling bersih,dan
Yang Paling Lembut.
Apakah erti hati paling kuat, yakni kuat berpegang kepada ugama, apa yang diajar oleh ugama, hati tak teragak-agak untuk dia melakukan apa yang telah diperintahkan di dalam ugama.
Hati Yang Paling Baik, sifat yang kedua adalah paling suci dan bersih. Apakah yang dimaksudkan hati yang suci dan bersih iaitu tersuci daripada segala syak, bersih daripada segala keraguan, penuh dengan keyakinan, Lebih suci di dalam keyakinannya. Keyakinan yang tak dinodai oleh ragu-ragu yakni Keyakinan yang tak diiringkan oleh sifat syak dan lain dan sebagainya.
Yakin dengan apa yang diberitakan oleh Allah di dalam al-Quran walaupun kita tidak melihatnya, Yakin dengan ganjaran yang Allah janjikan walaupun kita tidak mendapat realitinya sekarang ini. Yakin dengan khabar-khabar yang ghaib yang diberitahukan oleh Allah dan baginda Rasulullah, pasti akan berlaku tiada apapun yang akan mengubah keyakinannya sebab hati ini adalah hati yang dipenuhi dengan keyakinan iaitu di dalam hadis
“Keyakinan yang mantap itu adalah hakikat keimanan seseorang kepada Allah “.
Nak tahu sejauh mana iman kita itu kuat?
Terkumpul dengan keyakinan kita kepada Allah melalui khabar-khabarNya yang ada di dalam al-Quran ataupun daripada Muhammad saw.
Bab yang ketiga sifat hati yang terbaik yang boleh menempatkan Allah pada tempatnya adalah yakni adalah yang paling lembut , Yang paling lembut adalah bagusnya. Yang paling lembut pada kaum al-mukminin, tidak boleh menghina kepada sama orang-orang yang beriman, tidak memandang rendah kepada orang -orang yang beriman, tidak memandang dengan satu mata kepada orang-orang yang beriman, memandang dengan penuh belas kasihan dalam kaeadaan apa pun juga.
Kalau dia berada dalam keadaan bermaksiat kita berbelas kasihan kepada dia kerana dia berada di tempat yang boleh menjadikan murka Allah, kita mendoakan kepada Allah swt agar supaya diangkat daripada dia, lalainya dosanya daripada maksiat yang dia lakukan dalam hal ini dikatakan
“Siapa diantara kamu yang tengok benda yang mungkar di hadapan kamu, khususnya bilamana yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman, angkatlah kemungkaran itu dengan tangan kamu yakni dengan kuasa bila mana ada kuasa dan kemampuan untuk menghilangkan benda yang mungkar tadi,
Bila mana tidak mampu, maka dengan lisan tetap bertujuan yang terbaik untuk orang yang beriman tadi agar supaya tak terkena murka, kita ketika menghalang seseorang daripada berbuat mungkar yang sedang dilakukan tujuannya adalah menyelamatkan orang itu dari murka Allah, bermakna kita kasih kepada orang tersebut.
Tak boleh nak hilangkan murka Allah terhadap saudaramu yang beriman dengan lisan ataupun dengan tangan maka dengan hati tetap masih mempunyai belas kasihan kepada orang yang beriman bilamana melakukan benda yang mungkar.
Tidak pernah mengatakan kepada orang yang beriman bila mana melakukan maksiat dengan mengatakan
“Semoga Allah menurunkan bala’ kepada kamu”.
Tidak pernah akan terlintas didalam hatinya bila mana melihat orang-orang yang melakukan maksiat kepada Allah ketika itu dia akan mengatakan
“Mudah-mudahan Allah gelapkan hati kamu”.
Ini bukan sifat daripada hati yang disukai oleh Allah swt .Kita perlu mempunyai belas kasihan kepada orang yang beriman yang mana pun juga, termasuk orang-orang yang bermaksiat dengan berusaha untuk menghilangkan maksiat daripada orang tersebut.
“Tolong saudara kamu itu daripada orang –orang yang beriman, Dia zholim atau pun dia di Zholimi.
Kata para sahabat.
Ya! Rasulullah, Nak tolong yang di zholimi itu wajar tetapi macammana nak tolong orang yang zholim?
Orang yang zholim ditolong, orang yang dizholim dibantu, Baik zholim kepada orang lain ataupun zholim kepada diri sendiri , Yang zholim kepada matanya dengan melihat benda yang mungkar, Yang zholim kepada telinganya dengan mendengar benda yang maksiat, yang zholim dengan lisannya dengan mengumpat ataupun mengejek, menghina kepada orang lain. yang zholim dengan tangannya, menggunakan benda yang mungkar, yang zholim dengan kemaluannya untuk benda yang diharamkan oleh Allah dan yang zholim dengan kakinya untuk digunakan untuk melanggar perintah Allah .Semua ini bahagian daripada benda Zholim ,
Zholim tidak difahami hanya kepada Mengambil hak orang lain, merampas orang lain bukan itu sahaja zholim. zholim itu termasuk orang yang zholim kepada dirinya sendiri, mesti ditolong, yang zholim dengan matanya melihat yang haram..beritahu, haram tengok kepada benda yang haram, zholim dengan telinganya beritahu dibantu ditolong agar supaya tidak terlalu zholim walaupun kepada dirinya sendiri . Ini orang yang beriman yang mempunyai belas kasihan kepada orang-orang yang beriman yang lainnya
Majlis-majlis seperti ini dengan mengenang kembali sejarah Nabi Muhammad saw adalah untuk kita lebih membersihkan hati jiwa kita sebagaimana dikatakan oleh Ustaz Azian yang mengupas tentang kata dalam maulid adalah
“Demi Allah, ulang-ulanglah kembali kenangan dan sifat-sifat Nabi Muhammad saw, agar menjadi penawar dan pengikis (kotoran-kotoran hati) الران
Untuk membersihkan الران di dalam hati kita, membersihkan noda-noda di dalam hati kita yang membekas kepada hati kita, Hikmah kenapa kita menjaga hati melalui majlis-majlis seperti ini untuk agar supaya hati tidak menjadi keras.
“Orang yang pelik, jauh daripada Allah swt mempunyai hati yang keras, hati yang penuh dengan الران”
Allah berfirman di dalam surah at-Muttaffifin menceritakan Orang yang menolak kepada kebenaran, sebab apa mereka menolak kebenaran? Sebab apa mereka tidak mahu menerima nasihat,
Problemnya, di hati orang tersebut, Hati mereka ituالران , keras, kotor.
Sebab apa hati mereka boleh kotor?
Yang mana kotornya hati menolak yang haq yang disampaikan kepada mereka.
Apa yang menyebabkan kotoran hati tersebut?
Macammana hati kita, kita nak tahu itu hati kotor atau tidak? Adakah kita boleh tengok dengan scan di dalam menggunakan scanner nak tengok hati, hati kita bersih atau kotor .
“Yang disebut Perbuat mereka yang membuat hati mereka kotor ,maksiat mereka yang membuat hati mereka kotor”
Sabda Baginda Rasululllah saw dalam hadis,
“Seorang yang membuat dosa satu kali dosa, akan diberi titik noda satu hitam, 2 dosa, 2 hitam, 3 dosa, 3 titik noda hitam, kalau banyak dosa dia buat hati, sampai hati itu adalah hitam. hitam bukanlah di dalam warnanya seperti mana dikatakan boleh dilihat dengan scan, tempatnya hitam, tidak diperdengarkan kepada mereka al-Quran melainkan mereka akan berpaling ataupun tak nak dengar, diceritakan tentang masalah mati dikata
“Jangan sekarang lah tunggu nanti dah tua baru cerita tentang mati”,
dikatakan tentang ilmu
“Tunggula tunggu masa yang sesuai kerana kita nak enjoy masa muda sekarang ini “
Dah tua baru nak hadir majlis ilmu, sentiasa tanda-tanda الران, keras kepada hati bilamana diajak kepada kebaikan terus tak datang,
Sebaliknya kalaulah seseorang sentiasa melakukan perbuatan taat kepada Allah, akan diberikan titik warna putih, kalau banyak sehingga hati itu menjadi putih bersih. Siapa hati yang putih dan bersih adalah hati yang ditutup dengan cahaya dari Allah.
Permisal tentang hati manusia ini adalah macam pelita, pelita itu berada ditutup dengan kaca, kacanya bukan sebarang kaca, kaca yang bersih , jernih dan punya pantulan cahaya sehingga api yang berada dalam pelita itu yang dikelilingi dengan kaca yang bercahaya semakin kuat cahaya itulah contoh hati-hati orang yang beriman kepada Allah swt hatinya penuh dengan cahaya dari Allah, diantara doa baginda Rasulullah Saw.
“Ya ! Allah berikan kepada hati aku cahaya, mata aku cahaya, telinga aku cahaya, kubur aku cahaya, kulit aku cahaya, darah aku cahaya. Jadikan depan aku cahaya, belakang aku cahaya, kanan dan kiri aku cahaya, Jadikan aku cahaya” kata baginda Rasulullah saw.
Pentingnya untuk kita menjaga hati adalah ucapannya agar supaya hati kita tidak keras dan menjadi الران khususnya di zaman yang kita sekarang berada, di zaman yang telah diberitakan oleh Nabi saw
Tempat akhir zaman, tempat yang akan berlaku kepada umat Nabi Muhammad adalah penyakit-penyakit hati.
Kata baginda Rasulullah
“Akan menimpa kepada kamu nanti diakhir zaman. Penyakit kepada umat Nabi Muhammad saw yang akan berlaku diakhir zaman. Apakah penyakit itu ya! Rasulullah. Yang diberi nama oleh Rasulullah yakni yang mencukur , kata baginda Rasulullah bukan aku maksudkan yang mencukur rambut tetapi mencukur kepada ugama, mengorek atau menghilangkan nilai-nilai agama, kata baginda Rasulullah saw
Apakah itu? Benci dan juga saling musuh-memusuhi antara satu sama yang lain,
Nasihat, Wasiat terakhir Rasulullah ketika Haji Wada’.
“Jangan kamu kembali setelah aku wafat nanti seperti orang-orang kafir”,
Apa yang dilakukan orang-orang kafir, yang bunuh membunuh di antara satu sama yang lain. Berlaku tak berlaku zaman kita sekarang. Hari-hari kita tengok berlaku tengah-tengah umat islam pembunuhan tanpa sebab
Kata baginda Rasulullah disebutkan akan berlaku diakhir zaman nanti
“Adalah ilmu akan diangkat. macammana ilmu diangkat dengan ramainya orang-orang alim meninggal dunia,dan ramainya orang-orang tidak mahu menghadiri majlis ilmu dengan demikian itu ilmu akan diangkat, apabila ilmu sudah diangkat dengan meninggalnya orang-orang yang alim dan berpalingnya orang-orang untuk mencari ilmu agama adalah akan menyebabkan ilmu itu sedikit demi sedikit akan hilang sehingga tak tersisa di atas muka bumi kecuali orang-orang yang bermaknanya bodoh, jahil. Kalau ditanya jawab apa ikut dia punya yang dia tahu. Sesat menyesatkan kepada orang lain.
Sebab apa? Tak digunakan adanya orang-orang ulama, orang-orang alim, as-satizah yang perlu diambil ilmunya, tidak diambil hingga ilmu itu sendirinya akan terangkat sehingga dihukum oleh Allah dengan adanya orang-orang jahil, memberikan apa sahaja fatwa untuk sesat dan menyesatkan kepada orang lain.
Yang kedua akan berlaku akan berlakunya fitnah kata baginda Rasulullah.
Yang ketiga adalah dirapatkan tangan baginda Rasulullah macam ini maknanya akan berlaku pembunuhan diakhir zaman satu dengan lain, yang tak ditahu sebabnya ,yang membunuh kenapa membunuh tak tahu, hanya diberitahu
“Gunakan itu bom kemudian tarik biar meledak, ini adalah merupakan shahid, diberitahu seperti itu terus dia pergi, dia bom sahaja, dia menganggap dirinya sudah berada dalam suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
dan Kata Baginda Rasulullah diakhir zaman,
“Pembunuhan yang akan berlaku, orang yang membunuh tak tahu kenapa membunuh, yang dibunuh tak tahu kenapa dibunuh”.
Berlaku tak berlaku dizaman kita?, ini adalah merupakan satu isyarat, macam peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah saw.
Apakah sikap kita sebagai orang yang mendengarkan berita-berita seperti ini
Yang pertama adalah supaya tidak terkecimpung dengan fitnah-fitnah yang berlaku dan cuci tangan daripada fitnah-fitnah tersebut sehingga tidak tergolong daripada orang-orang lebih menyemarakkan akan fitnah itu sendiri tanpa menyedari .
Tunaikan apa yang Allah minta daripada anda semua dalam kedudukan yang anda sudah sedia ada, yang sebagai pelajar tunaikan tugas sebagai pelajar, sebagai pegawai gunakan hak sebagai pegawai sebagaimana Allah mengamanahkan kepada dia sebagai apa sahaja jawatan yg ada tunaikan sesuai dangan apa yang Allah kehendaki, tanpa bercampur tangan dengan hal-hal yang kita tiada kena mengena dengan diri sendiri kalau tidak dia akan terbawa kepada arus dan dia tidak akan menyedarkan kalau dia sudah menyumbang lebih menyemarakkan lagi kepada fitnah yang sedang berlaku
Mudah-mudahan Allah swt menjaga kepada hati-hati kita ini agar supaya dijadikan oleh Allah swt hati-hati yang kuat dan berpegang dengan agama, hati hati yang bersih dalam keyakinannya dan hati-hati yang penuh dengan kelembutan kepada orang-orang yang beriman.
Mudah-mudahan Allah swt menjaga hati kita daripada segala dosa, digantikan oleh Allah swt daripada dosa-dosa itu dengan kebaikan, diampunkan dosa kita.
Ya Arhamarrohimin
http://www.majlisattazkiah.org

MAJLIS ILMU BERSAMA SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AL-MALIKI

MAJLIS ILMU BERSAMA SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-BANJARI AL-MALIKI

Masa
19hb April · 7.00 ptg – 9.30 ptg
Lokasi
SURAU ALHUDA TAMAN INTAN BAIDURI
Created By
Surau AlHuda Intan Baiduri
More Info
Pengerusi dan AJK Surau Al Huda Taman Intan Baiduri menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berkelapangan ke Majlis Ilmu bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Maliki.
Tarikh: 19 Apr 2011 (Selasa)
Masa: 7.00 pm – 9.30 pm
di Surau Al Huda Taman Intan Baiduri, Jalan Intan Baiduri 5D, Taman Intan Baiduri, 52100 Kuala Lumpur.

15 April 2011

Majalah Al Kisah Terkini

Majalah Al Kisah Terkini


KULIAH AGAMA MINGGUAN

HARI INI : Pengajian Darul Murtadza pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid di Surau Al Hidayah, AU3, Keramat, mulai jam 9.30pm
 
Kuliah Tuan Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki di Masjid Darul Ehsan, Tmn TAR, Ampang selepas solat Maghrib (Jumaat, 15 April 2011) - Tafsir
 
KULIAH BULANAN BERSAMA USTAZ NORAZAN ABD RAHMAN AL-BAGHDADI
pada 29hb April pukul 7.30 ptg
Lokasi: SURAU AL HUDA TAMAN INTAN BAIDURI


http://pondokhabib.wordpress.com

14 April 2011

Khotbah Habib Umar bin Hafidz

Khotbah Habib Umar bin Hafidz
Segala madah bagi Allah SWT, penghimpun manusia di hari kiamat yang telah dipastikan. Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah SWT, satu-satunya, yang tiada sekutu bagi-Nya. Dialah yang bakal meletakkan seluruh manusia di hadapan-Nya, guna diberi pahala atau siksa. Ketika itu, beruntunglah manusia-manusia beriman yang pandai memanfaatkan waktu hidupnya dengan menghadiri majelis kebajikan, ketaatan dan zikir, dan menyesallah mereka yang telah menghabiskan umurnya untuk berbuat maksiat. Aku bersaksi bahwa sang panutan, Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang diutus oleh-Nya untuk menabur hidayah di muka bumi. Ya Allah limpahkanlah salawat dan salam kepada Baginda Muhammad SAW, beserta keluarga, sahabat dan orang-orang yang patuh kepada beliau hingga hari akhir nanti.
Wahai hamba Allah
Dalam majelis ini, aku berwasiat kepada kalian samua, sekaligus kepada diri sendiri agar senantiasa bertakwa kepada Allah SWT. Ketahuilah, barangsiapa bertakwa kepada Allah SWT, ia akan hidup penuh kekuatan dan berjalan di bumi-Nya dengan rasa aman dan tentram
Wahai hamba Allah
Ada dua perkara yang menyebabkan umat Rasulullah SAW ini kerap kali dilanda musibah dan bencana, dan sayang sekali, mereka tidak menyadari, atau bahkan tidak mempedulikanya sama sekali, sekalipun beliau SAW dan para ulama telah sering mengingatkan.
Dua perkara itu adalah, pertama, tiadanya penghargaan akan waktu, kesempatan dan umur yang telah dianugerahkan Allah Subhanahu Wata’ala. Sekarang ini, umumnya umat telah menyia-nyiakan waktu dan membuangnya untuk hal-hal yang kosong. Sebagian lagi menghabiskan waktu dalam perbuatan makruh, dan, bahkan kemaksiatan. Perbuatan ini setianya memancing amarah Allah SWT. Namun mereka abai serta tak mengindahkan. Maka tidaklah mengherankan apabila bencana demi bencana mulai merebak di negeri muslimin.
Kedua, pergaulan dan persaudaraan yang tidak lagi dilandasi itikad baik. Ketika umur dan waktu terbengkalai, ketika perkawanan tidak lagi dilandasi niat baik, maka kerusakan merajalela, fitnah dan cobaan bakal mendera umat, tak peduli di desa maupun di kota. Baginda Nabi SAW, dalam sabda-sabdanya, telah banyak mengingatkan umat agar memanfaatkan waktu dengan maksimal dan mendasari pergaulannya dengan niat soleh. Semua itu demi kebaikan umat sendiri. Akan tetapi sayang, orang-orang sudah tutup telinga dan mata. Mereka tak lagi berminat mendengarkan seruan beliau SAW.
Sadarlah wahai muslimin. Waktu adalah esensi kehidupanmu. Umur adalah peluang yang diberikan kepadamu. Berharga atau tidaknya hidupmu bergantung pada bagaimana kau memanfaatkan usiamu itu.
Rasulullah SAW bersabda, Di hari pembalasan nanti, dua telapak kaki seorang hamba akan tertahan dijembatan sirat. Takkan beranjak sampai ia ditanya mengenai empat hal. untuk apakah seluruh umur hidupnya? Dikemanakan usia mudanya? Dari mana ia mendapatkan harta dan digunakan untuk apakah harta itu? Sudahkah ilmunya diamalkan?
Wahai hamba Allah
Kita wajib kembali ke jalur yang telah digariskan Rasulullah SAW. Beliau adalah insan yang selalu berkata jujur. Beliau adalah sang petunjuk, penyeru kebenaran, suluh umat, dan pemberi kabar-kabar dari Ilahi. Beliau sangat cinta kepada umatnya. Kasih beliau kepada kita lebih besar dari kasih orang tua kita sendiri kepada kita. Allah SWT berfirman,
“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri”
Kembali ke dua hal di atas. Beliau SAW pernah mengabarkan, “Di dalam surga, para penghuninya masih merasakan suatu kerugian besar, yakni mengenai waktu yang telah berlalu—di kehidupan dunia—yang tidak mereka gunakan untuk berzikir kepada Allah SWT.”
Beliau juga mewanti-wanti, “Ketika suatu kaum duduk bersama-sama, akan tetapi tidak mengingat Allah SWT sama sekali, maka mereka bakal merasakan penyesalan di hari kiamat nanti.”
Pergunakanlah waktu dengan aktifitas yang baik. Ikatlah persaudaraan dengan asas yang bagus serta tujuan yang penuh manfaat. “Ketika seseorang menjalin kawan, meskipun sejenak di siang hari, kelak ia akan ditanya mengenai perkawanan itu: telahkan ia melaksanakan hak-hak Allah SWT atau mengalpakannya?” begitulah yang dinarasikan Rasulullah SAW.
Wahai hamba Allah
Kita sudah sering membuang-buang waktu. Di antara kita bahkan ada yang lebih banyak mengisi waktu untuk maksiat. Marilah kita renung-kan bersama. Ke manakah malam-malam kita? Untuk apakah umur-umur kita? Apa yang kita kerjakan antara Maghrib dan Isyak? Bagaimana kabar majelis muslimin, pasar-pasar dan warung-warung? Tempat-tempat itu telah menjadi ajang melupakan Allah SWT dan Rasul-Nya.
Ingatlah, bagaimana Baginda Rasul senantiasa zikir kepada Allah di setiap waktunya. Dulu, kaum muslimin tak pernah lalai untuk berzikir, di mana saja, siang dan malam. Akan tetapi kini, umat Islam, baik yang muda maupun yang tua, sudah menganggap remeh zikir. Mereka malas mengingat Allah dan lebih suka membicarakan yang lain. Ketika di dalam masjid sekalipun, mereka menganggap membaca Al-Quran tidak lebih asyik daripada bicara omong kosong. Hingga kita kerap menyaksikan mereka bicara tak tentu arah di dalam rumah Allah. Bahkan tak segan mereka meletakkan Al-Quran yang tengah dibaca hanya demi bisa mengobrol bersama rekan-rekan mereka. Sungguh, Betapa genting keadaan muslimin.
Tak hanya itu, umat Islam sekarang cenderung menjauhi majelis taklim. Ketika majelis pengajian diadakan di suatu desa, pesertanya selalu tak banyak. Orang-orang enggan datang dan lebih memilih kumpulan-kumpulan yang kurang baik. Mereka adalah manusia yang rugi. Mereka bakal menyesal. Keberadaan mereka sudah dinubuatkan Rasulullah SAW, “Manusia yang paling besar penyesalannya di akhirat kelak adalah mereka yang punya kesempatan untuk mengaji akan tetapi mereka sia-siakan kesempatan itu.”
Masa keemasan telah berlalu, yakni masa sahabat, tabiin, dan tabiin-tabiin. Masa ketika zikir, baca Al-Quran dan hadis menjadi kebiasaan, baik ketika makan, minum, tidur, dan segala rutinitas.
Wahai hamba Allah
Ketahuilah, suatu majelis yang dilandasi niatan baik dan tujuan yang mulia, yakni ridha Allah dan Rasulullah, akan membuahkan kebajikan-kebajikan. Di antaranya menangguhkan musibah, meredam permusuhan, dan mencegah perbuatan munkar, Semua itu lantaran sikap saling membantu di antara anggota. Dan mereka semua pasti memperoleh pahala-pahala dan anugerah yang tak kecil nilainya dari Allah SWT. Sebab itulah Allah SWT dan Rasul-Nya memberikan perhatian yang agung kepada majelis zikir dan majelis tak-lim.
Ya Allah, bimbinglah kami kepada kebaikan. Tambahkanlah rahmat-Mu untuk kami. Siramkan anugerah-anugerah-Mu kepada kami. Elokkanlah dhahir dan bathin kami, serta niat dan tujuan kami. Sirnakan kesulitan dari kaum muslimin. Dengan kasih-Mu, wahai Yang Maha Kasih Sayang.

12 April 2011

Gambar-gambar Majlis Maulidur Rasul & Haul Syeikh Abdul Qadir Al Jailani 2011

Gambar-gambar Majlis Maulidur Rasul & Haul Syeikh Abdul Qadir Al Jailani 2011



07 April 2011

Bahaya Pemikiran Ekstremis Agama

Bahaya Pemikiran Ekstremis Agama

Bahaya Pemikiran Ekstremis Agama
Editor: al-Faqir Ila ALLAH Ta’ala – Date: 6.4.11
Dengan tumbangnya rejim Mubarak di Mesir, maka semua gerakan Islam, ahli agama dan orang agama di Mesir sudah tidak perlu bimbang lagi dengan sebarang kemungkinan tindakan penganiayaan ke atas mereka. Ini merupakan suatu perkembangan yang baik, namun apa yang tidak menyeronokkan ialah kebangkitan setengah golongan agama yang agak ekstrem. Dikhuatiri mereka akan menyuburkan perpecahan dalam kalangan masyarakat dengan beberapa tindakan mereka.
Antara yang terbaru ialah memusnahkan beberapa makam para wali dan ulama – yang memang banyak bertebaran di seluruh negara Mesir – kerana didakwa sebagai tempat-tempat BIDAAH dan SYIRIK. Malah mereka turut mengancam untuk meruntuhkan makam kepala Sayidina al-Husain RA. Padahal ramai alim-ulama Mesir dan al-Azhar semenjak dahulu tidak pun menghukumkannya demikian.
Isu inilah yang disentuh oleh al-‘Allamah Syeikh ‘Ali Jum’ah dalam khutbah yang lepas. Antaranya ada sebuah hadis yang disampaikan oleh beliau yang baru telinga saya dengar dan membuatkan saya merenung panjang, iaitu:
عن حُذَيْفَة بْن الْيَمَانِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّمَا أَتَخَوَّفُ عَلَيْكُمْ رَجُلا قَرَأَ الْقُرْآنَ حَتَّى إِذَا رُئِيَ عَلَيْهِ بَهْجَتُهُ ، وَكَانَ رِدْءًا لِلإِسْلامِ اعْتَزَلَ إِلَى مَا شَاءَ اللَّهُ، وَخَرَجَ عَلَى جَارِهِ بِسَيْفِهِ، وَرَمَاهُ بِالشِّرْكِ.
أخرجه البزار (رقم 2793) وقال: إِسْنَادُهُ حَسَنٌ، وقال الهيثمى أيضاً (1/188): إسناده حسن. وابن حبان في صحيحه (رقم 81)، وأبو يعلى، والضياء المقدسي. الردء: العون والناصر. وفي شرح مشكل الآثار للطحاوي (865): …قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّهُمَا أَوْلَى بِالشِّرْكِ الْمَرْمِيُّ أَوِ الرَّامِي؟ قَالَ: لَا بَلِ الرَّامِي. وأخرجه الطبراني عن معاذ (20/88 ، رقم 169) بنحوه بلفظ: أخوف ما أخاف على أمتى ثلاث رجل… وذكر هذا أولهم.
Terjemahan: Dari Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku takut ke atas kamu sekalian seorang lelaki yang membaca al-Quran sehingga apabila telah terlihat pada dirinya seri al-Quran itu, dan ia sebagai pembantu bagi agama Islam, dia pun mengasingkan diri sehingga masa yang dikehendaki Allah, lalu dia keluar kepada jirannya dengan pedang, serta melontarnya dengan tuduhan syirik”. (Riwayat al-Bazzar, Ibn Hibban, Abu Ya’la, dan al-Dhiya’. Kata al-Haythami: Isnadnya hasan)
Dalam riwayat al-Tahawi dan al-Tabarani: Aku bertanya: Ya Rasulullah, yang manakah lebih layak dengan tuduhan syirik itu, yang dilontar atau yang melontar? Jawab baginda: “Tidak, bahkan yang melontar”.
Sifat-sifat yang digambarkan oleh Nabi SAW dalam hadis ini iaitu seorang yang mahir dengan al-Quran sehingga terlihat kesan al-Quran itu pada dirinya serta mempunyai semangat yang tinggi untuk mempertahankan Islam, menunjukkan mereka ini adalah orang-orang yang semangat beramal dan berpegang dengan agama.
Namun sayangnya mereka ini punya kelemahan dari sudut kefahaman ilmu dan juga sifat warak (barangkali boleh disebut sebagai; kurang fiqh dan tasawuf). Lantaran itu, mereka mudah menuduh orang lain sebagai sesat dan melontarnya dengan tuduhan syirik. Sedangkan tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali. Sebab itu Rasulullah SAW menyatakan bahawa tuduhan syirik itu kembali kepada dirinya. Ini menunjukkan satu kejahilan terhadap dirinya kerana ia menyangka bahawa perkara yang dipercayainya itu sebagai suatu isu besar dan masalah pokok dalam agama, sedangkan pada hakikat sebenarnya ia hanyalah isu cabang.
Pasti kita tertanya-tanya masalah apa yang begitu serius sehingga orang tersebut berani menuduh saudaranya dengan tuduhan syirik, padahal ianya tidak sampai ke tahap itu. Orang yang dituduh tersebut pasti tidak menganggap ianya sebagai syirik dan maka itu ia mengamalkannya. Pada hemat saya, tidak ada masalah khilaf yang dapat menimbulkan gejala dahsyat seperti ini kecuali masalah TAWASSUL dan ISTIGHATHAH yang telah melalui tempoh perselisihan yang amat panjang dan hampir tidak berkesudahan. Bahkan telah mengorbankan nyawa yang tidak sedikit.
Masya’ Allah, ini merupakan satu mukjizat Nabi SAW dalam hadis di atas. Apa yang diberitakan oleh baginda SAW ini begitu persis dengan apa yang berlaku pada umatnya hinggalah ke hari ini. Kerana ada setengah golongan yang begitu mudah melontar orang lain dengan tuduhan syirik, padahal perkara tersebut hanyalah dalam masalah-masalah ranting sahaja.
Lihat contohnya bagaimana Imam Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله seorang tokoh ulama besar yang masyhur telah dituduh sebagai pendokong syirik oleh orang yang tidak sedikitpun gentar akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kelak terhadap perbuatannya kerana sifat angkuhnya. Dia menggelar Imam al-Maliki رحمه الله dalam judul bukunya: Mujaddid Millah ‘Amru ibn Luhayy wa Da’iyah al-Syirk fi Haza al-Zaman (Pembaharu Agama ‘Amru bin Luhayy si-Penyembah Berhala dan Pendakwah Syirik Di zaman Ini). La hawla wala quwwata illa biLlah…
Golongan seperti yang dinyatakan ini mestilah dihindari dan ditolak cara pemikiran mereka. Semangat agama yang kuat sahaja tidak cukup jika tidak dibekali dengan roh ilmu serta zikir.
http://sawanih.blogspot.com/2011/04/bahaya-pemikiran-ekstrem-agama.html

Jom Pakat Penuhi Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Ahad 10 April 2011

Jom Pakat Penuhi Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Ahad 10 April 2011


MMU BERSELAWAT 2011

MMU BERSELAWAT


05 April 2011

TERKINI! JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BA’ALAWI KL


TERKINI! JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BA’ALAWI KL BULAN APRIL 2011.

Tausiyyah Guru Mulia al-Habib Umar: Jalinlah Ikatan Suci Dengan Kaum Sholihin

Tausiyyah Guru Mulia al-Habib Umar: Jalinlah Ikatan Suci Dengan Kaum Sholihin



Jalinlah Ikatan Suci Dengan Kaum Sholihin

Janganlah kalian mensia-siakan persahabatan dengan orang mulia, iaitu orang-orang yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah Ta’ala dan RasulNya. Mereka adalah orang-orang yang cahayanya berkilauan. Sinarnya bergemerlapan. Demi Allah …. memisahkan diri dari mereka merupakan suatu kerugian yang sangat besar.

Tidakkah kalain fikir, kerugian tersebut disebutkan oleh pemimpin dari segala pemimpin, iaitu Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda (maksudnya): Celakalah bagi orang yang tidak melihatku pada hari qiamat.

Sesungguhnya orang yang tidak melihat kaum sholihin tidak akan bisa melihat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Orang yang tidak memandang mereka, tidak akan bisa memandang Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Dan orang yang tidak menjalin hubungan dengan mereka tidak akan bisa berhubungan dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم

Ketahuilah, bahwa kaum sholihin adalah bahagian dari Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah pewaris Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah khalifah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah pemegang sirr Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah pemegang sirr setelah kewafatan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.
Mereka adalah pewaris rahasia an-Nabawiyyah sepeninggalan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah semulia-mulia perwaris Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Di antara mereka adalah al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه yang telah disifatkan oleh al-Imam al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه dalam bait qashidah beliau: “Kerananya (Imam al-Haddad) sejuklah hati Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Bagi Baginda  صلى الله عليه وآله وسلمia adalah sebaik-baik keturunannya. Panutan bagi pengikut. Ka’abah (qiblat) bagi orang yang meniti jalan kebenaran dan merupakan kebanggaan bagi penduduk negerinya. Nasihat-nasihatnya menebarkan ilmu pengetahuan. Kasih-sayangnya meliputi semua umat. Darinya, mereka mengambil manfa’at dengan sebaik-baik manfa’at.”

Dalam kesempatan lain, al-Imam al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه menyifatkan al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه dalam untaian syairnya yang begitu indah. Al-Habib ‘Ali mengatakan: “Dialah cucu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang bersambung nasabnya dengan orang-orang mulia yang kemuliaan mereka dikenal oleh para pejuangan dan pemberani. Dialah penyalur asrar dan ilmu kepada keluarga, keturunan, penduduk negerinya, bahkan kepada umat generasi sesudahnya. Maka semua yang bersuluk dengannya akan bersinar dengan cahaya bilau yang terang benderang.”
Cahaya ini tak akan padam dan tak akan sirna. Mengapa? Sebab, Allah Ta’ala lah yang menyalakannya! Itulah sebabnya cahayanya terus bersinar dan kian memancar. Siapakah yang mampu memadam cahaya yang telah dinyalakan oleh Allah Ta’ala? Demi Allah! Cahaya itu tidak akan padam dan takkan pernah sirna selamamana Allah Ta’ala yang menjaganya.

Namun sungguh menyedihkan, di antara kita (yakni para ‘Alawiyyin dan keturunan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم) terdapat orang-orang yang terhalang dari cahaya itu. Mereka adalah orang-orang yang enggan masuk ke dalam golongan itu. Bahkan sangat disayangkan, justru mereka masuk ke dalam kelompok lain. al-Imam al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه berkata: “Siapa tidak menempuh jalan leluhurnya pasti akan bingung dan tersesat. Wahai anak-cucu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tempuhilah jalan mereka, setapak demi setapak dan jauhi segala bid’ah.”

Siapakah yang lebih mengenal Allah Ta’ala dibandingkan para kaum ‘arifin? Siapakah yang lebih mengetahui hakikat Rabbul ‘Alamin dibandingkan dengan imam-imam kita? Siapakah yang lebih mengenal Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dibanding mereka? Selain mereka, kepada siapa kita akan bercermin? Kepada siapa kita akan berteladan?

Wahai hamba-hamba Allah, pelajarilah riwayat hidup kaum sholihin. Jalinlah persaudaraan dan kasih-sayang dia antara kalain. Jangan kalian bercerai berai. Bersiap-siaplah menolong jalan mereka. Demi Allah! Jalan mereka tersebar, bendera mereka berkibar. Bukan di negara kalian sahaja, namun diseluruh penjuru dunia. Di belahan dunia, timur mahupun barat. Bagi masyarakat ‘Arab mahupun ‘Ajam (non-‘Arab). Baik di Jaziarah ‘Arab, Amerika, Eropah, Rusia, Asia, China ataupun Indonesia ini.

Di sana bendera kelaurga al-Imam al-Habib ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir رضي الله عنه telah berkibar. Di segala penjuru, bendera keluarga al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali Ba’Alawi رضي الله عنه telah berkibar. Di setiap wilayah, kita pasti akan melihat bendera ahli thariqah ini (yakni thariqah ‘Alawiyyah). Mereka memiliki para tentera dan penolong yang berkedudukan tinggi disisiNya. Namun saat ini, di antara para tentera dan penolong itu ada yang tidur, bahkan mereka nyenyak dalam tidurnya. Ada di antara mereka yang hanya duduk berpangku tangan (berpeluk tubuh) dan terus duduk sahaja.

Cukuplah wahai saudaraku! Sudah banyak kita melihat orang-orang yang terlambat dan tertinggal. Bangkitlah wahai saudataku! Sampai kapan kalian akan tidur? Sampai kapan kalian akan terus berpeluk tubuh? Amatilah! Apakah perjalanan hidup mereka telah diterapkan dirumah-rumah kalian? Apakah mereka sudah menjadi teladan dalam keluarga kalian? Apakah mereka telah menjadi panutan bagi anak dan isteri kalian?

Bagaimana kalian ini? Kalian mengaku cinta dan memiliki ikatan dengan mereka, namun di rumah kalian setiap harinya yang terdengar hanyalah berita mengenai orang-orang kafir. Hanya menyimak khabar dari orang-orang fasiq dan gossip para bintang filem?????!!!! Setahun penuh tidak pernah ada berita mengenai salaf!!! Apakah ini yang disebut cinta????? Apakah ini yang dikatakan memiliki ikatan kekeluargaan????
Jubah Sayyidatuna Fathimah az-Zahra عليها السلام
Sungguh ironis sekali!!!! Saat ini sinetron, orang-orang fasiq dan orang-orang kafir lah yang mendidik anak-anak kita. Pemandangan itu yang menjadi hiasan dalam keluarga kita. Betapa banyak anak perempuan kita yang meniru wanita-wanita fasiq di TV, baik dari cara berpakaian, cara bergaul dan sebagainya. Sehingga mereka itdak mengenal lagi siapa Fathimah az-Zahra عليها السلام. Siapakh beliau? Bagaimana biografi beliau? Seperti apa pakaian beliau? Bagaimana kezuhudannya? Bagaimana ibadahnya? Saat ini mereka tidak lagi mengenal puteri-puteri Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka tidak tahu siapa itu Zainab, Ummu Kultsum, Ruqayyah. Mereka juga tidak tahu isteri-isteri Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka tidak lagi mengenal siapa itu Khadijah binti Khuwailid عليها السلام, ‘Aisyah ash-Shiddiqah عليها السلام dan lain-lain. Bagaimana ini boleh terjadi? Wahai para kepala keluarga! Bagaimana kalian mendidik anak-anak kalian? Dengan figur siapa kalian memberikan contoh kepada puteri-puterimu?

Apakah kalian berniat menggantikan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan mereka? Teladan apakah yang telah kalian berikan kepada keluarga dan anak-anak kalian? Kalian meniru orang-orang durhaka, padahal kalian adalah mu’min. sesungguhnya kalian telah memiliki kebesaran, kebanggan dan kemuliaan. Namun mengapa kebesaran, kebanggaan serta kemuliaan itu kalian tukar dengan orang-orang yang jauh dari Allah dan RasulNya

Sungguh, kalian telah menggantikan teladan yang telah diredhai Allah Ta’ala dan RasulNya untuk kalian. Apakah kalian lupa akan firman Allah Ta’ala di dalam al-Quran:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
Ertinya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik (Surah al-Ahzab: 21)

Wahai saudaraku, tanamlah dalam hatimu untuk berubah dari semua ini. Kembalilah pada jalan yang telah diteladankan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Dalam buku catatan ‘amal kita tertulis kata-kata yang tidak patut, pandangan yang tidak layak, dan niat yang tidak pantas (selayaknya). Jikalau demikian, maka siapakah yang akan menghapuskannya? Bertaubatlah kepada Allah Ta’ala, kerana Dialah yang menerima segala taubat dari hamba-hambaNya dan Dialah yang memaafkan segala kesalahan-kesalahan para hambaNya. Wallahu a’lam.

Artikel di atas dipetik dan disalin semula dari buku CAHAYA HATI: NASEHAT & MUTIARA HIKMAH AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ. Sila dapatkan buku ini. Di dalamnya terkandung beberapa tausiyyah yang diberikan oleh Guru Mulia al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim, yang telah diterjemahkan di dalam bentuk tulisan. Banyak nasehat dan kata-kata hikmah Guru Mulia yang dapat kita hayati.  Untuk mendapatkannya, sila ke Pustaka as-Sunnah.

Sekian dari,
al-Fagir ilaLlah abu zahrah al-qedahiy

Baik-Buruknya Jasad Seseorang

Baik-Buruknya Jasad Seseorang
Senin, 21 Maret 2011
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
(صحيح البخاري)
Sabda Rasulullah saw: “Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati” (Shahih Bukhari)
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
حَمْدًا لِرَبٍّ خَصَّنَا بِمُحَمَّدٍ وَأَنْقَذَنَا مِنْ ظُلْمَةِ اْلجَهْلِ وَالدَّيَاجِرِ اَلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِيْ هَدَانَا بِعَبْدِهِ اْلمُخْتَارِ مَنْ دَعَانَا إِلَيْهِ بِاْلإِذْنِ وَقَدْ نَادَانَا لَبَّيْكَ يَا مَنْ دَلَّنَا وَحَدَانَا صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ وَبـَارَكَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِي جَمَعَنَا فِي هَذَا الْمَجْمَعِ اْلكَرِيْمِ وَفِي الْجَلْسَةِ الْعَظِيْمَةِ نَوَّرَ اللهُ قُلُوْبَنَا وَإِيَّاكُمْ بِنُوْرِ مَحَبَّةِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَخِدْمَةِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَاْلعَمَلِ بِشَرِيْعَةِ وَسُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

http://pondokhabib.wordpress.com/2011/04/05/baik-buruknya-jasad-seseorang/

04 April 2011

Jenis-jenis Keupayaan Ilmuwan Agama

Jenis-jenis Keupayaan Ilmuwan Agama

Jenis-jenis Keupayaan Ilmuwan Agama
PERTAMA – Handal dalam maklumat, lemah dalam kefahaman
Contohnya seorang yang berjaya menghafaz keseluruhan Al-Quran, 50,000 hadith, 10,000 syair dan 10 buah kitab. Sungguhpun dirinya penuh dengan maklumat, tetapi dia tidak mahir dalam menyaring maklumat dan mengeluarkan keputusan daripada maklumat-maklumat itu (sekalipun ditambah lagi maklumat-maklumat untuk dia menyaringnya berupa kitab-kitab, vcd, hafalan orang lain dan sebagainya). Apabila diminta menulis sebuah kitab tentang hukum-hakam dalam hal sekian-sekian, dia tidak cukup layak untuk melakukannya kerana lemah dalam menyaring maklumat dan mengeluarkan keputusan. Namun begitu, ilmuwan jenis ini mampu menulis sebuah kitab yang berisi pelbagai maklumat yang diperlukan dalam hukum-hakam yang dimaksudkan itu, kerana dirinya seumpama sebuah perpustakaan besar. Tidak menjadi kesukaran untuk dia memindahkan segala maklumat dalam dirinya ke dalam bentuk kitab.
Contohnya seorang ahli ilmu persilatan yang tahu, hafal dan boleh melakukan demo untuk kesemua buah-buah silat perguruannya yang terdiri daripada 21 buah asas, 147 buah pecahan daripada buah asas dan 1,029 ranting lagi daripada pecahannya. Dia memang mahir sukatan pelajaran perguruannya. Malangnya, ketika dalam latihan ataupun pertempuran sebenar, dia sering sahaja kalah dan menjadi seakan-akan ‘punching bag’ kepada lawannya. Hal ini kerana dia sangat lemah dalam memilih gerak/ buah yang sesuai dengan serangan yang datang.
Bolehkah kita berguru dengan ilmuwan jenis ini?
Boleh, tapi kita kena selalu beringat yang ilmuwan ini mahir dalam maklumat, bukan dalam kefahaman. Untuk mengukuhkan ilmu kita terutamanya dari segi pemahaman, hendaklah kita mencari guru-guru lain lagi. Jangan bergantung dengan seorang guru sahaja.
KEDUA – Handal dalam kefahaman, lemah dalam maklumat
Contohnya seorang yang hanya menghafal 1 juzuk Al-Quran, 40 hadith dan sebahagian isi-isi penting kitab-kitab. Sungguhpun dirinya kurang maklumat sedia ada, tapi jika dibentangkan apa-apa permasalahan agama, dengan pantas dia tahu di mana hendak dicari rujukan tentangnya. Bahkan dia mahir menyaring maklumat-maklumat yang ada itu dan mampu mengeluarkan keputusan dengan baik. Jika diminta menulis sebuah kitab tentang hukum sekian-sekian, dia berjaya melaksanakannya dengan baik asalkan ada sumber-sumber rujukannya. Tapi tanpa sumber-sumber rujukan yang memadai, dia kurang layak menghasilkan kitab tersebut tetapi kitabnya masih boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.
Contohnya seorang ahli persilatan yang hanya tahu, hafal dan boleh menunjukkan buah-buah asas, sebahagian besar buah-buah pecahan dan sebahagian kecil buah-buah rantingnya. Maksudnya orang ini tidak tahu sangat hal ehwal sukatan pelajaran perguruannya. Nama-nama buah pun banyak yang tidak diingatnya. Tetapi dalam setiap latihan ataupun pergaduhan, dia sering sahaja berjaya membelasah lawan-lawannya. Hal ini kerana sungguhpun buah-buah silat yang ada pada dirinya tidak banyak, tetapi dia mahir memilih/mempraktikkan buah-buah yang sesuai dengan gerak lawan, kena dengan tempat dan masanya.
Bolehkah kita berguru dengan ilmuwan jenis ini?
Boleh, dan sebaik-baiknya selalulah peringatkan diri yang ilmuwan ini tidak mahir dalam maklumat. Jika kita hendak maju dalam maklumat, kita mestilah mencarinya daripada ilmuwan-ilmuwan yang lain. Berguru biar banyak.
KETIGA – Handal dalam maklumat, handal dalam kefahaman.
Contohnya seorang yang berjaya menghafaz keseluruhan Al-Quran, 50,000 hadith, 10,000 syair dan 10 buah kitab. Di samping itu, apabila dikemukakan apa-apa permasalahan agama, ilmuwan jenis ini mahir menyaring maklumat dan mengeluarkan keputusan.
Contohnya seorang ahli persilatan yang tahu dan hafal sukatan pelajaran perguruannya, dan dalam masa yang sama dia memang mahir berlawan.
Guru atau ilmuwan jenis ini adalah lebih baik daripada jenis yang pertama dan kedua. Malangnya golongan ini sukar untuk diperolehi. Memadai berguru dengan mereka sahaja dalam bidang-bidang tertentu, tetapi jika dapat ditambah dengan guru-guru lain adalah lebih baik.
PERBAHASAN
Oleh kerana ilmu agama ini sangat luas dan banyak bidangnya, kedudukan para ilmuwan (ulama) dalam bidang yang berlainan, adalah berbeza-beza.
CONTOH 1: Contohnya dalam bidang hadith, ilmuwan bernama Ustaz A berada dalam jenis kedua. Dia tidak hafal banyak hadith tetapi dia punya pertimbangan yang sangat baik dalam menyaring hadith-hadith untuk mengeluarkan apa-apa keputusan.
Dalam bidang tauhid, Ustaz A berada dalam jenis pertama. Dia tahu banyak tentang sukatan pelajaran tauhid dan istilah yang ada dalam ilmu tauhid tetapi pemahamannya dalam tauhid peringkat tinggi masih lemah dan kabur.
Dalam bidang sejarah/ sirah pula, Ustaz A berada dalam jenis yang ketiga. Maklumat-maklumat sejarah banyak di kepalanya dan dia mampu melakukan kajian ke atas maklumat-maklumat itu lalu memberikan keputusannya. Dan biasanya keputusan yang terhasil melalui kajiannya sangat sukar untuk ditidakkan oleh orang lain kerana kekukuhan kajiannya itu.
CONTOH 2 : Contohnya seorang ahli seni beladiri bernama Pendekar B. Dalam permainan keris, dia jenis ilmuwan kategori ketiga. Dia mahir sukatan pelajaran keris dan memang handal berlawan menggunakan keris.
Dalam memanah, dia ilmuwan jenis pertama. Dia tidak mampu memanah dengan baik (selalu tidak tepat) tetapi dia mahir dengan sukatan pelajaran memanah seperti penilaian jarak dengan sasaran, pengaruh kelajuan angin dengan layangan anak panah, kedudukan tangan kanan dan tangan kiri ketika melepaskan anak panah dan lain-lain. Semuanya boleh diterang secara terperinci olehnya, dan mampu dihidangkannya dalam bentuk teori, kursus, buku dan lain-lain.
Dalam mengepalai peperangan pula, dia berada dalam jenis yang kedua kerana memang kurang ingat akan sukatan pelajarannya. Contohnya, jika tentera berkuda gagal memecah barisan musuh, pasukan mana yang perlu dikerahkan terlebih dahulu? Pejalan kaki? Pemanah? Komando?
Katakan pasukan pejalan kaki yang sepatutnya pergi, pihak mana yang perlu bergerak laju, pihak mana yang kena mengumpan, pihak mana yang kena berlengah-lengah? Sayap kanan? Sayap kiri? Barisan tengah?
Berapa banyak bendera yang masih berkibar (yang melambangkan kelompok tentera sendiri yang masih hidup) dan anggaran kemusnahan tentera sendiri yang masih boleh bertahan perlu ada sebelum perintah berundur dikeluarkan?
Kesemua hal ini kurang tersimpan dalam kepalanya. Jika dibuat ujian bertulis, dia tidak akan memperolehi gred A ataupun B. Namun begitu, sudah terbukti dalam beberapa pertempuran sebelum ini, pasukan yang dipimpinnya selalu saja mendapat kemenangan besar. Hal ini kerana dia mahir menyusun gerak dan membuat pertimbangan bijak ketika pertempuran sedang berlangsung berdasarkan ilmunya yang sedikit. Berbeza dengan temannya yang sentiasa dapat A dalam peperiksaan bertulis tetapi seringkali kelam-kabut dan tidak tentu arah ketika di medan, malah pasukannya sering menderita kekalahan.
KESIMPULAN
Jika kita buat pemerhatian, ulama-ulama agama Islam memang berada dalam salah satu daripada tiga golongan yang disebutkan di atas tadi. Pada diri seseorang ulama itu pula, kemampuannya dalam bidang-bidang agama ini terbahagi juga kepada tiga jenis keupayaan itu.
PENGAJARANNYA
Setiap manusia dan jin ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, jangan bergantung SEPENUHNYA dengan hanya seorang ilmuwan agama. Bergantung SEBAHAGIAN BESARNYA kepada seseorang ilmuwan agama? Hal itu tidak mengapa, asalkan jangan bergantung SEPENUHNYA. Perkayakan input maklumat dan pemahaman daripada ilmuwan-ilmuwan yang lain juga. Dengan cara itu kita selamat daripada taksub. Mengasihi seseorang lebih daripada orang lain, tidak menjadi hal, asalkan bukan taksub. Pada saya, ketaksuban membinasakan kewarasan, dan kewarasan membinasakan ketaksuban.
Setiap manusia dan jin termasuklah yang bertaraf aulia’ ada kelemahan dan kesalahan, kecuali Nabi Muhammad saw. Sehebat mana pun seseorang guru dan kitab, pasti ada kelemahan yang tidak dapat diatasinya ataupun yang tidak disedarinya. Bahkan biasanya ada juga terselit walau sekelumit kesalahan ataupun tersilap. Oleh itu, BERGURU dalam sesuatu bidang BIARLAH LEBIH. Dengan cara ini kita akan dapat membuat pertimbangan. Kelemahan dan kesilapan ilmu seseorang guru itu dapat ditampung oleh ilmu guru-guru yang lain.
Jangan kita memandang rendah orang yang mindanya bersifat ‘merakam’. Dia memang banyak maklumat tapi mindanya lebih berupa maklumat dalam buku-buku. Jika tidak ada golongan ini, di mana kita hendak mencari maklumat? Jangan juga memandang rendah akan orang yang fikirannya bernas tetapi maklumat dalam dirinya kurang. Jika tidak ada golongan ini, siapa yang hendak mencanai maklumat-maklumat yang ada sehingga menjadi hidangan? Kedua-dua golongan ini tetap berada dalam kalangan ulama juga, cuma tidak sehebat ulama jenis ketiga yang mindanya merakam dan fikirannya bernas.
Dr. Hamka memberikan contoh dalam pendahuluan Tafsir Al-Azhar bahawa BIASANYA:
1. Ulama yang elit dalam ilmu hadith, lemah dalam melakukan ijtihad dan fiqh.
2. Ulama yang mahir dalam menyaring dan mengeluarkan hukum, lemah dalam hafalan.
3. Ulama yang kuat hafalannya, lemah dalam berfikir.
Apa-apa pun, mereka tetap ulama asalkan punya keupayaan yang TINGGI dalam arena masing-masing.
Abu Zulfiqar
http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/04/jenis-jenis-keupayaan-ilmuwan-agama.html

01 April 2011

Program Bedah Buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah di USIM


Program Bedah Buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah di USIM