29 Mac 2011

Majlis Maulidur Rasul S.A.W Darul Murtadza (Maulid Bulanan)


Majlis Maulidur Rasul S.A.W Darul Murtadza (Maulid Bulanan)

Masa
01hb April · 9.30 ptg – 11.30 ptg
Lokasi
Surau Al Hidayah (berhampiran dgn Sek.Keb.Keramat AU3
Jalan 6/56, AU3, Keramat,
Kuala Lumpur, Malaysia
Created By
Darul Murtadza
More Info
Majlis Ta’lim Darul Murtadza menjemput antum sekeluarga hadir ke majlis Maulidur Rasul SAW bulanan pimpinan ALHABIB ALI ZEINAL ABIDIN AL-HAMID pada tarikh & masa di atas.
Aturcara majlis :
9:30 pm : Bacaan Maulid Adh-Dhiya’Ullami’ & Qasidah.
Pembahasan Kitab Fiqhus Sirah(karangan Syeikh
Muhammad Said Ramadhan AlButi
10:45pm : Jamuan ringan & bersurai
Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ini. Mohon disebarkan!!
Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir, anda juga boleh melayari
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fustre.am%2FtL7N&h=381c8
untuk tontonan siaran langsung majlis tersebut.
Tambahan : Mulai bulan April 2011, Majlis Maulid Bulanan akan diadakan pada setiap hari Jumaat minggu yang pertama.
Jazakumullah khairan kasiran

Majlis Maulidur Rasul & Haul Syeikh Abdul Qadir Al Jailani

Majlis Maulidur Rasul & Haul Syeikh Abdul Qadir Al Jailani


28 Mac 2011

Kenyataan Media Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA): Mempertahankan Kedaulatan Islam di Malaysia dalam Menangani Isu Bible Bahasa Melayu

Kenyataan Media Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA): Mempertahankan Kedaulatan Islam di Malaysia dalam Menangani Isu Bible Bahasa Melayu

Kenyataan Media Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Mempertahankan Kedaulatan Islam di Malaysia dalam Menangani Isu Bible Bahasa Melayu
Kenyataan ini dibuat memandangkan sikap kumpulan-kumpulan Kristian akhir-akhir ini yang terlalu provokatif dan melampau-lampau dalam menangani isu Bible Bahasa Melayu. Sikap dan cara ini yang tercermin dalam tindakan membuat laporan polis secara berkumpulan serta pelbagai kenyataan-kenyataan kasar yang amat menghiris hati umat Islam di negara ini. Keadaan ini jika dibiarkan akan membawa kepada salah satu daripada dua kemungkinan yang buruk; sama ada, pertamanya, tekanan dan provokasi berterusan ini akan menyebabkan para pemimpin politik negara akan merasa lemah dan mengalah lalu memberi apa sahaja yang diminta oleh kumpulan ekstrimis ini tanpa mengira kedudukan dan kedaulatan Islam di dalam perlembagaan, sejarah dan budaya negara atau yang kedua, provokasi dan pelanggaran berterusan terhadap perasaan dan sensitiviti umat Islam ini akan mencetuskan ketegangan dan mengundang reaksi daripada kelompok Islam yang mungkin sukar dikawal dan dibendung oleh sesiapa.
Atas kesedaran ini, kami pimpinan-pimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam utama dan arus perdana negara ini telah bersatu di bawah Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang  berperanan sebagai platform penting dalam menyelaraskan suara umat Islam demi mengelakkan senario-senario buruk seperti yang dihimbau di atas.
PEMBELA menegaskan bahawa umat Islam di negara ini adalah umat berdaulat. Islam di Malaysia bukannya anak yatim piatu ataupun anak tiri yang tiada penjaga dan pelindung. Di samping perlindungan hakiki daripada Allah Rabbul Jalil, Islam di Malaysia sejak sekian lama dan sebelum Merdeka lagi telah menempati  kedudukan yang istimewa dan dilindungi oleh perlembagaan, undang-undang, Raja-Raja Melayu, para pemerintah dan umatnya. Ini menjadi salah satu faktor asasi disebalik kestabilan dan kemakmuran negara walaupun berhadapan dengan komposisi kaum dan agama yang begitu rencam dan pelbagai. Walaupun masih terdapat sedikit-sebanyak kelemahan dan kegelinciran, umat Islam di Malaysia masih setia mempertahankan persefahaman ini demi keamanan, kemakmuran dan keadilan untuk semua. Tetapi harus diingat, jika formula ini hendak diganggu-gugat oleh sesiapa atau mahu digadaikan untuk kepentingan sementara mana-mana kumpulan, PEMBELA dan umat Islam tidak akan hanya berdiam diri dan akan berjuang untuk mempertahankan apa yang hak.
Khusus berkenaan dengan isu terkini iaitu sejumlah Bible berbahasa Melayu yang hendak dibawa masuk ke negara kita, PEMBELA menegaskan pandangan dan pendirian berikut :-
1. Kepada Pihak Kumpulan-kumpulan Kristian.
Kami ingin mempersoalkan sampai ketahap manakah mereka hendak memprovokasi dan memanipulasi isu ini? Adakah mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka ini amat menghiris perasaan umat Islam?
PEMBELA menuntut agar kumpulan-kumpulan Kristian terbabit kembali menghormati persefahaman yang ada di kalangan penganut-penganut agama yang berdasarkan Perlembagaan negara, peruntukan undang-undang dan pelbagai keputusan-keputusan rasmi. Ini termasuklah Artikel 3(1),  11(4) dan enakmen-enakmennya, Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu kalimah Allah, larangan Mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah selagi rayuan belum diputuskan, dan Keputusan Kabinet 1986 tentang import masuk Bible berbahasa Melayu.
PEMBELA berpendapat bahawa kumpulan 35,000 Bible tersebut tidak patut dibenarkan untuk edaran kerana bercanggah dengan peruntukan-peruntukan di atas. Keputusan awal kerajaan sudah merupakan suatu kompromi yang sebenarnya sudah melampaui peruntukan-peruntukan ini. Oleh itu sikap keras dan degil pihak Kristian terhadap keputusan awal kerajaan ini adalah sangat-sangat mendukacitakan. Apatah lagi jika diambil-kira kitab Al-Quran sendiri dikawal cetakan dan sebarannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ini adalah prosedur biasa dan menuduhnya sebagai suatu kesalahan besar yang mencemar kesucian Bible adalah suatu tuduhan yang liar dan tidak bertanggungjawab.
PEMBELA juga menyeru agar kumpulan-kumpulan Kristian menghentikan pendekatan konfrontasi dan sebaliknya menggunakan saluran perbincangan yang ada seperti Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang ditubuhkan oleh kerajaan dan turut  disertai oleh kami. Kami menegaskan, jikalau mereka berterusan hendak mengambil pendekatan konfrontasi dan garis keras, kami mungkin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada jawatankuasa  tersebut.
PEMBELA juga menuntut suatu permohonan maaf kepada umat Islam di atas pelbagai kenyataan dan tindakan yang sebahagiannya telah menggores hati umat Islam sepanjang isu ini.
2. Kepada Para Pemimpin Politik.
PEMBELA menegaskan kepada semua pemimpin politik tanpa mengira parti agar jangan sekali-kali menggadaikan kedaulatan Islam kerana tekanan sokongan politik. Kalaupun tunduk kepada tekanan politik boleh membawa hasil sementara, tetapi dalam jangka panjang ia akan meruntuhkan paksi pembinaan negara-bangsa dan turut merugikan semua pihak.
Kami juga sangat tidak selesa dengan pendekatan membiarkan para pemimpin bukan Islam yang ke hadapan menjadi jurucakap bagi pihak Kerajaan mahupun Pembangkang dalam isu ini. Oleh kerana ianya melibatkan isu Islam, sepatutnya pemimpin beragama Islam lebih terkehadapan dalam menangani isu ini. Pemimpin bukan Islam nampaknya sering berlebih-lebihan dan kurang berhati-hati dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat. Sebagai contohnya kami merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Seri Idris Jala di pihak kerajaan dan terbarunya oleh YB Tony Phua, Ketua Publisiti DAP.
PEMBELA juga menegaskan pengundi majoriti di negara ini adalah umat Islam. Berdasarkan senario mutakhir ini, kami memutuskan untuk menggerakkan kempen kesedaran di kalangan pengundi Islam di negara untuk menolak mana-mana pemimpin yang terlalu berkompromi dengan prinsip kedaulatan Islam di Malaysia. Untuk tujuan itu, kami akan memantau serius setiap kenyataan dan tindakan setiap tokoh politik dalam isu-isu seumpama ini.

Akhirnya, PEMBELA akan mengemukakan satu memorandum khas berkenaan isu ini kepada pihak Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu. Kami amat berharap Duli-duli Tuanku sebagai Ketua Agama Islam di negara ini akan bertindak untuk mengawalnya dari sampai ke tahap yang lebih buruk dan tidak terkawal. PEMBELA juga menyeru kepada semua warganegara Malaysia yang patriotik dan cintakan negara ini agar kembali insaf tentang persepakatan tentang kedudukan Islam di negara ini dan menghentikan segala bentuk provokasi dan manipulasi isu-isu agama di negara kita ini.

Laporan Polis Terhadap Sikap Melampau Kumpulan Kristian Dalam Isu Bible Bahasa Melayu

Laporan Polis Terhadap Sikap Melampau Kumpulan Kristian Dalam Isu Bible Bahasa Melayu

Satu laporan polis akan dibuat oleh gabungan NGO-NGO Islam di bawah Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di:
Balai Polis IPD Dang Wangi (sebelah Kompleks Campbell)
[bukan dekat stadium]
2.30 ptg [berjemaah zohor di Masjid IPD]

Ketua-ketua NGO dijemput hadir bagi menyatakan sokongan.


Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki – April 2011

Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki – April 2011


25 Mac 2011

Pilih nama baik untuk anak jaga maruahPilih nama baik untuk anak jaga maruah

Pilih nama baik untuk anak jaga maruah

Pilih nama baik untuk anak jaga maruah
Oleh Mohd Puzhi Usop
HAK memberikan nama anak adalah tanggungjawab ibu bapa dan pastinya mereka ingin memberi nama yang mempunyai maksud baik mengikut lunas agama. Oleh itu, jika pihak lain seperti datuk atau nenek ada memberi cadangan, jangan berkecil hati andai cadangan tidak diterima.
Tidak dinafikan, memberikan nama anak ada kalanya menimbulkan dilema kepada ibu bapa kerana dalam mencari nama yang sesuai ada kalanya penekanan diberi kepada makna, sementara ada pula mementingkan nama tetapi bukan maknanya.
Justeru, berlakulah nama anak yang bunyinya memang sedap tetapi apabila disemak, membawa maksud tidak baik atau tidak mempunyai makna. Sedangkan, apabila nama disebut, ia sebahagian daripada doa.
Firman Allah bermaksud: “Allah memiliki nama yang baik lagi indah, maka berdoalah dengannya.” (Surah al-A’raf, ayat 180)
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah Azza wa Jalla ialah Abdullah dan Abd Rahman.” (Hadis sahih Muslim)
Menurut sunnah Rasulullah SAW, kita disaran memberi nama, mengadakan kenduri akikah, mencukur keseluruhan kepala dan mentahnik anak pada hari ketujuh selepas kelahiran. Menjadi kewajipan ibu bapa memilih nama membawa makna baik untuk anak mereka.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka gunalah nama yang baik.”
Ibu bapa juga hendaklah menetapkan niat memilih nama anak kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk selain memelihara sunnah Nabi SAW memberi identiti yang baik kepada bayi baru dilahirkan.
Andainya tidak mahir, dinasihatkan bertanya kepada mereka yang arif dalam bahasa Arab bagi mendapatkan kepastian mengenai kesesuaian gabungan nama (jika lebih daripada satu) supaya terpelihara maksudnya.
Contoh gabungan nama yang sesuai seperti Amirul Muttaqin yang bermakna ketua orang bertakwa. Jika memilih salah satu nama Allah, hendaklah menambah perkataan ‘Abdul’ yang bermaksud hamba.
Elakkan memilih nama yang tidak mempunyai maksud atau tiada kaitan dengan Islam dan jangan memberi nama terlalu panjang. Kita dapati masyarakat Malaysia cenderung memberikan nama yang panjang sehingga seorang kanak-kanak memiliki tiga nama.
Bayangkan berapa lama masa akan diambil anak itu untuk mengisi borang sepanjang hidup mereka. Segala urusan anak menjadi lewat angkara ibu bapa atau mereka yang ghairah memberikan nama anak tanpa memikirkan risikonya.
Pastikan juga nama panggilan mempunyai maksud kerana ada anak diberi nama dengan maksud yang indah tetapi dipanggil setiap hari dengan nama yang tiada makna atau lari maksud baiknya.
Begitu juga dengan nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan seperti biasa berlaku anak lelaki diberi nama Iman kerana nama itu sesuai untuk anak perempuan manakala bagi anak lelaki ialah Ayman.
Kita pasti tidak mahu anak merasa malu atau menjadi bahan ejekan hanya kerana nama lalu menyalahkan ibu bapa. Oleh itu, sentiasa berhati-hati apabila hendak memberi nama kepada bayi baru dilahirkan, jangan terburu-buru dan dapatkan pandangan pihak yang arif.
http://pondokhabib.wordpress.com/2011/03/24/refleksi-maulid-nabikami-mencintaimu-ya-rasulullah/

Mengusap Kepala Anak YatimMengusap Kepala Anak Yatim

Mengusap Kepala Anak Yatim

Mengusap Kepala Anak Yatim
Posted on Mac 25, 2011 by sulaiman
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran Baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”
Menyapu atau mengosok kepala anak yatim adalah sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim kehilangan tempat bergantung kerana kehilangan bapa yang mencari rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup mereka.
Disunatkan mengusap kepala anak yatim dimulai dari bahagian belakang hingga ke hadapan kepala.
Dalam hadith disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)

23 Mac 2011

Semakan keputusan SPM 2010 melalui SMS

Semakan keputusan SPM 2010 melalui SMS

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.
Menurut satu kenyataan pada Isnin, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.
Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. - BERNAMA

MAJLIS BERSAMA AD-DAIE HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA

Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah?

Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah?

Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah?
March 20, 2011
KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid. Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat. Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama
JAWAPAN MENTERI AGAMA : Sah akad nikad di mana saja
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama. “Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid. “Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat,” katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh semalam yang mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah. Ahmad dilaporkan berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
‘Islam haruskan akad di masjid’
Sementara itu, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam mengharuskan akad nikah dilakukan di masjid. Beliau berkata tiada halangan mana-mana pasangan Islam untuk melangsungkan perkahwinan di masjid, malah lebih digalakkan lagi kerana ia boleh memberi manfaat dalam bidang pengurusan. “Dari satu segi yang mudah, akad nikah di masjid dapat menghimpunkan banyak pasangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam satu masa berbanding di rumah masing-masing dan bacaan khutbah dapat disampaikan imam atau jurunikah serentak.
“Lagipun rumah ibadah Islam itu boleh diadakan pelbagai kegiatan agama dan kemasyarakatan sejak di zaman Rasulullah lagi,” katanyadi Kota Bharu, Kelantan hari ini. Sehubungan itu, beliau berharap umat Islam melihat perkara itu dari sudut positif bagi mengelakkan ia mengelirukan mereka sendiri. – Bernama.

SUNAT akad nikah dalam masjid

SUNAT akad nikah dalam masjid

SUNAT akad nikah dalam masjid
DIkirim oleh epondok di Mac 23, 2011
i Rate This
Akad Nikah Dalam Masjid : Antara Jumhur dan Imam Syawkani
Isu ini akan ditinjau dari kaca mata Mazhab Syafie. Kemudian, jika ada keperluan, ia akan disoroti melalui jendela mazhab-mazhab lain.
1.Pandangan Mazhab Syafie
Sekurang-kurangnya terdapat 3 karya ulama Mazhab Syafie yang memperkatakan tentang isu ini.
Pertama : Fathul Ma’in karangan Imam Zainuddin al-Malibari;
Kedua : I’anah al-Tolibin karangan Sayyid al-Bakri al-Dumyati; dan
Ketiga : Tuhfatul Muhtaj karangan Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami.
Ketiga-tiga karya ini bersepakat menyatakan, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT.
Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w yang direkodkan oleh al-Tabarani dan Tirmizi. Ia diriwayatkan oleh Syaidatina Aisyah r.a.
Hadis tersebut berbunyi :
أعْلِنُوا هذا النكاحَ واجْعَلوه في المساجد واضْرِبوا عليه بالدفوف
Terjemahan : “Umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya di masjid serta pukullah kompang”
Pengarang I’anah al-Tolibin mencatatkan :
ويسن أن يكون العقد في المسجد. قال في التحفة: للأمر به في خبر الطبراني
Terjemahan : “Dan disunatkan akad [nikah] dilakukan dalam masjid. Berkata [Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami] dalam [kitabnya] Tuhfah, [disunatkan melakukan akad nikah dalam masjid] kerana [adanya] perintah [berbuat demikian] dalam hadis [yang direkodkan oleh] al-Tabarani”.
Ringkasnya, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT menurut mazhab Syafie.
2.Pandangan mazhab 4
Menurut Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, jumhur (majoriti) ulama mengatakan, SUNAT melakukan akad nikah di masjid (jilid 39, ms.221).
Mereka terdiri daripada ulama-ulama Mazhab Syafie dan Hanafi (jilid 32, ms.6) serta Mazhab Hambali (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231)
Manakala Mazhab Maliki mengatakannya HARUS sahaja, bukannya sunat (Mausu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, jilid 32. ms.6)
Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah mencatatkan :
قال الحنفية والشافعية يندب عقد النكاح في المسجد، لحديث “أعلنوا هذا النكاح، واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف” وقال المالكية إنه جائز
Terjemahan : “Berkata ulama-ulama [mazhab] Hanafi dan Syafie, disunatkan [dilakukan] akad nikah dalam masjid berdasarkan hadis “umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya dalam masjid serta pukullah kompang”. Berkata ulama-ulama [mazhab] Maliki, ia (melakukan akad nikah di masjid adalah) harus”.
Ulama-ulama lain yang turut mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid ialah Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa dan Imam Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231).
Kesimpulannya, para ulama 4 mazhab (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) bersepakat mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.259)
Dalil Jumhur Ulama
Jumhur ulama bersandarkan kepada dalil-dalil berikut :
Pertama : Hadis Tabarani di atas;
Kedua : Akad nikah dilakukan di masjid bagi mengambil keberkatan masjid
Ketiga : Masjid adalah tempat yang diketahui ramai. Justeru, melakukan akad nikah dalam masjid akan menyebarkan berita perkahwinan. Manakala penyebaran berita perkahwinan pula adalah satu tuntutan syarak.
Keempat : Nikah adalah ibadat. Justeru, sunat dilakukan akad dalam masjid.
Penilaian terhadap hadis
Para ulama hadis berbeza pendapat dalam menilai hadis Tabarani di atas seperti berikut :
Pertama : Hadis Tabarani adalah hadis hassan.
Ini dinyatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, jilid 1, ms.36, al-’Ajluni dalam Kasyful Khafa’, jilid 1, ms.145 dan lain-lain.
Kedua : Hadis ini dhaif.
Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi (Tahir al-Hindi dalam Tazkirah al-Maudhu’at, jilid 1, ms.55), al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil, jilid 7, ms.50 dan lain-lain.
3.Pandangan Imam Syawkani
Imam Syawkani mempunyai pendapat yang berbeza dengan jumhur ulama. Bagi beliau, akad nikah TIDAK HARUS dilakukan dalam masjid.
Ini kerana, masjid hanya dibina bagi menjadi tempat mengingati Allah dan mendirikan solat.
Justeru, perkara-perkara lain selain mengingati Allah dan mendirikan solat, tidak boleh dilakukan di dalam masjid, kecuali dengan adanya dalil khusus yang mengharuskannya.
Dengan sebab itu, makan, minum, tidur dan membaca syair dalam masjid diharuskan kerana ada dalil khusus yang mengharuskannya.
Beliau mencatatkan dalam kitabnya al-Sail al-Jarrar (jilid 2, ms.247-248) :
فالمساجد إنما بنيت لذكر الله والصلاة، فلا يجوز فيها غير ذلك إلا بدليل يخصص هذا العموم، كما وقع من لعب الحبشة بحرابهم في مسجده – صلى الله عليه وسلم-،وهو ينظر، وكما قرر من كانوا يتناشدون الأشعار فيه
Terjemahan : “Masjid sesungguhnya dibina bagi [menjadi tempat] mengingati Allah dan [mendirikan] solat, maka TIDAK HARUS [dilakukan] di dalamnya (masjid) selain [daripada] itu, melainkan dengan [adanya] dalil yang mengkhususkan keumuman [hukum] ini, seperti permainan lembing oleh orang-orang Habsyah di masjid Nabi s.a.w sambil Baginda melihatnya dan seperti perakuan [Nabi s.a.w] kepada orang-orang yang membaca syair di dalamnya (masjid)”.
Imam Syawkani tidak menerima hadis Tabarani di atas yang menjadi dalil jumhur ulama, kerana ia adalah hadis dhaif pada penilaian beliau (rujuk Nayl al-Awtar, jilid 6, ms.211).
4.Kesimpulan
Pembentangan di atas dapat disimpulkan seperti berikut :
1. Mazhab Syafie dan 3 lagi Mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di masjid.
Justeru, kenyataan yang tepat yang perlu dinyatakan oleh pihak berkuasa agama berhubung isu ini ialah, ”melakukan akad nikah dalam masjid adalah sunat menurut jumhur ulama dari pelbagai mazhab, termasuk mazhab rasmi negara, mazhab Syafie”.
Jelasnya, keharusan melakukan akad nikah dalam masjid bukan semata-mata bersandarkan kepada isu pentadbiran, iaitu memudahkan urusan perkahwinan dan menjimatkan masa.
2. Berdasarkan pandangan Mazhab Syafie dan jumhur ulama, akad nikah boleh dilakukan dalam masjid secara konsisten.
Ia juga boleh dilakukan dalam masjid dengan iktikad (kepercayaan) bahawa melakukannya dalam masjid ada kelebihannya, iaitu sunat.
Berbeza dengan pandangan Majlis Tetap Fatwa Arab Saudi yang mengatakan melakukan akad nikah dalam masjid secara konsisten, atau beranggapan ia ada kelebihan, adalah bid’ah.(Rujuk : http://www.islam-qa.com/ar/ref/132420)
3. Individu yang menegah dilakukan akad nikah dalam masjid kerana mengambil pandangan di kalangan ulama ada yang berpendapat sedemikian, iaitu Imam Syawkani seperti yang telah dinyatakan.
4. Melakukan akad nikah dalam masjid ditegah kerana ia menyerupai amalan orang Kristian yang melakukannya dalam gereja, tidak berbangkit. Sehinggakan Imam Syawkani sendiri pun tidak menjadikan ‘menyerupai orang Krisitan’, sebagai sebab ditegah melakukan akad nikah dalam masjid.
5. Jagalah adab Masjid semasa berlangsungnya majlis nikah sekali pun
Perlulah dijaga adab apabila berada dalam masjid agar kehormatan dan kemuliaan masjid terpelihara. Antara adabnya iaitu berada dalam keadaan menutup aurat, menghormati orang lain yang melakukan solat atau membaca al-Quran, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, jangan membuat bising sehingga menghilangkan kehormatan masjid dan sebagainya. Apabila masuk masjid, bacalah doa-doa ketika masuk masjid.
Antaranya : A’uzhu billahil ‘azhimi wabiwajhihil karim wasulthanil qadiim minas syaithanir Rajim. (Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan Dengan Wajah-Nya yang Maha Mulia dan Kekuasaan-Nya yang berkekalan daripada syaitan yang direjam).
Selain itu, disunatkan juga bagi orang yang memasuki masjid untuk berniat iktikaf dan melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid. Wallahua’lam.
Wallahu a’lam.
Nota : Semua rujukan yang dinyatakan adalah berpandukan Maktabah Syamilah.
http://epondok.wordpress.com/2011/03/23/sunat-akad-nikah-dalam-masjid/

Saksikan Turath Ulama’ – TV1

Saksikan Turath Ulama’ – TV1

Kesibukan yang terus menerus, ditambah dengan beberapa aktiviti yang baru, antara faktor blog Khazanah Fathaniyah ini tidak dapat dikemaskini secara seimbang. Untuk perkembangan buku terkini, Khazanah Fathaniyah belum dapat menghasilkan terbitan baru, tetapi InsyaAllah buat masa terdekat ini usaha untuk mengulang cetak kembali buku-buku yang telah kehabisan stok akan cuba dilakukan dengan edisi terbaharu. Segala perkembangan berkaitannya, InsyaAllah akan dimaklumkan semula.
Selain penerbitan buku, Khazanah Fathaniyah bersama Persatuan PENGKAJI turut aktif menganjurkan pengajian-pengajian kitab Turath yang sebelumnya ini diajar oleh al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, meliputi pelbagai cabang ilmu dan kitab. Usaha tersebut kini tetap masih diteruskan, dengan menjemput ustaz-ustaz yang mempunyai kepakaran mengajar kitab-kitab turath Melayu berkaitan bidang -bidang ilmu yang tertentu.
Kesinambungan dari itu, satu kesepakatan telah dicapai antara Khazanah Fathaniyah dan JAKIM untuk memperluaskan lagi dakwah pengajian kitab turath ini melalui saluran media elektronik pula. Hasilnya maka tercetuslah ‘TURATH ULAMA’, yang akan disiarkan di TV1, bermula hari ini (Selasa), jam 6.30 petang. Berikut adalah perinciannya:
Setiap hari Selasa (6.30 – 7.00 Petang)
Kitab :
Kitab Faridatul Fara’id
(Kitab berkaitan Tauhid), karya Syeikh Ahmad al-Fathani.
Pengajar :
Ustaz Azhar Hasyim
Setiap hari Rabu (6.30 – 7.00 Petang)
Kitab :
Kitab Munyatul Mushalli
(Kitab berkaitab sembahyang), karya Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani.
Pengajar :
Ustaz Abdul Halim Saad
Rakaman pengajian ini juga dibuka kepada umum, namun harus memaklumkan terlebih dahulu kepada kami. Sekiranya berminat untuk turut serta, boleh menghubungi Abdul Halim Muhamed (013-3564496) atau pejabat (03-61897231) untuk maklumat lanjut. Kelas pengajian untuk sesi rakaman dilaksanakan setiap hari Ahad, bermula 8 pagi – 11 pagi. Kitab-kitab pengajian disediakan.
Sekian, untuk makluman. Semoga ada manfaatnya:)

Hukum Berakad Nikah Di Masjid

Hukum Berakad Nikah Di Masjid

Hukum Berakad Nikah Di Masjid
Nampaknya geng pendakwa “kami ikut sunnah, hok lain semua ahli bid`ah”, telah menimbulkan satu isu lagi untuk diperselisihkan umat Islam dalam negara kita. Apa yang tidak sedapnya ialah apabila dengan mudahnya membuat tuduhan bahawa perbuatan mengadakan akad nikah perkahwinan dalam masjid adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW…. Allahu … Allah …. laser..laser.
Marilah kita kembali merujuk kepada para fuqaha kita untuk mengetahui sebenaq-benaqnya hukum mengadakan akad nikah dalam semejid (baca: masjid jangan dibaca samjid). Kalu kita bukak telaah kitab fiqh mazhab Syafi`i kita, antaranya yang hok mudah didapati lagi banyak manfaat dan berkatnya, karya waliyUllah Sidi Abu Bakar ad-Dimyathi rahimahUllah iaitu “Hasyiah I`aanathuth Thaalibin” jilid 3 halaman 315 kita dapati ibaratnya sebagai berikut:-
……. iaitu dan DISUNNATKAN agar akadnikah itu dilakukan dalam masjid. Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah dalam “Tuhfah” menyatakan: Ini adalah kerana ada suruhan (baca: anjuran) dengannya sebagaimana khabar yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thabrani. Iaitu “Hebahkanlah pernikahan ini, laksanakan ia di masjid-masjid, palulah kompang-kompang dan seseorang daripada kamu buatkanlah kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing….”
Selain Imam ath-Thabrani rahimahUllah, Imam at-Tirmidzi turut meriwayatkan dalam “Sunan at-Tirmidzi” juzuk 2 halaman 247 sebagai berikut:-
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah radhiyAllahu ‘anha menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: “Hebahkanlah akan pernikahan ini, laksanakanlah ia di masjid-masjid dan palulah untuknya kompang-kompang.”
Imam at-Tirmidzi rahimahUllah menilai hadits ini sebagai hasan gharib, di mana seorang rawinya yang bernama ‘Isa bin Maimun dipandang sebagai seorang yang dhaif. Sungguhpun begitu, beliau meriwayatkannya daripada Ibnu Abu Najiih seorang yang tsiqah. Hadits yang diriwayat oleh Imam ath-Thabrani yang tersebut dahulu juga tidak lepas dari perselisihan muhadditsin. Sebahagian muhadditsin seperti al-Hafiz as-Sakhawi dan al-Ajluni menilainya sebagai hasan, manakala sebahagian lain menilainya sebagai dhaif. Oleh itu pihak yang menghukumkan sunnat berakadnikad di masjid mempunyai sandaran antaranya hadits-hadits tersebut, dan tidak mustahil ada sandaran-sandaran lain yang tidak kita ketahui kerana kecetekan ilmu kita.
Mengenai hukumnya dalam mazhab-mazhab lain, maka tersebut dalam “Mawsu`ah al-Fiqhiyyah” sebagai berikut:-
Bahawa adalah pernikahan tersebut diakadkan dalam masjid. Ulama al-Hanafiyyah dan asy-Syafi`iyyah menghukumkan MANDUB untuk melaksanakan akad pernikahan dalam masjid, kerana hadits: “Hebahkanlah akan pernikahan ini, laksanakanlah ia di masjid-masjid dan palulah untuknya kompang-kompang.” Ulama al-Malikiyyah menghukumkannya sebagai JAIZ.
Begitulah hukumnya melangsungkan upacara akadnikah dalam masjid. Maka tuduhan bahawa ianya menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW adalah suatu tuduhan melulu tanpa usul periksa dan perlakuan biadap kepada para ulama muktabar yang menghukumnya sebagai sunnat atau setidak-tidaknya harus. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan upacara pernikahan di masjid, sayogia diberikan perhatian yang sungguh-sungguh agar kesucian dan kehormatan masjid tidak dicemari. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya bagi kita semua sebagaimana para ulama kita terdahulu.
http://bahrusshofa.blogspot.com/

22 Mac 2011

Majlis Mawlid Dan Ceramah Sempena Program Bicara Ummah Bersama Habib Mahdi al-Hamid di Masjid UKM

Majlis Mawlid Dan Ceramah Sempena Program Bicara Ummah Bersama Habib Mahdi al-Hamid di Masjid UKM


15 Mac 2011

Sebuah Buku Khas Buat Menyuluh Jalan Orang-Orang Keliru

Sebuah Buku Khas Buat Menyuluh Jalan Orang-Orang Keliru

Sebuah Buku Khas Buat Menyuluh Jalan Orang-Orang Keliru

Tulisan ini untuk memberitahu bahawa kita umat Islam kala ini berada di zaman moden yang dipenuhi bermacam-macam pandangan keliru dan palsu dalam hal keagamaan, yang dikemuka oleh kaum wahabi khasnya. Kemudian dicadangkan sebuah buku khas yang baru diterbitkan bagi menjelaskan segala kekeliruan dan kepalsuan.
Saya menyimpulkan, pembelajaran ilmu secara moden sebagaimana diamalkan di pusat-pusat pengajian saat ini lah yang menjahanamkan kesucian ilmu agama dengan cara peminggiran terhadap sistem belajar secara tradisional yang luhur dan menjurus intelek-rohani. Akibatnya lahirlah pelajar yang bodoh, berfikiran singkat, tak rasional, materialistik, lagi keliru dalam usahanya mempelajari ilmu-ilmu agama dan mencari kebenaran.
Maka dengan itu, zaman moden adalah zaman malap bagi aliran tradisional atau turath. Sebaliknya adalah zaman gemerlap bagi aliran wahabisme (baca:pembaharu kononnya) sebagai pencabar kewibawaan aliran turath (baca:kononnya aliran ‘lama’). Wahabi ini sangat popular hatta sampai ke telinga penduduk desa paling hujung apatah lagi manusia di tengah kota. Disebut-sebut namanya serata negeri. Lalu adik-beradik kita bertanya, siapakah wahabi?
Saya menjawab, kaum wahabi dilahirkan dari perut kebobrokan sistem pendidikan moden yang nilai-nilainya bertentangan dengan tradisi pemikiran Islam dan sejalan dengan nilai Barat. Berkali-kali diperingat, abad moden merupakan abad kebaratan dan Barat adalah musuh nyata bagi kaum muslimin sejak perang salib. Kaum Wahabi bukan tak tahu Barat itu musuh tetapi malangnya mereka tak sedar diri sendiri termangsa oleh sistem pembelajaran moden milik Barat. Ini mengakibatkan pemikiran mereka terbentuk oleh nilai-nilai Barat. Untuk saya inilah asal-usul Wahabi dan sebab utama mengapa ia bercambah seperti cendawan selepas hujan pada abad moden ini.
Asas-asas pemikiran golongan wahabi – yang bernilaikan Barat – yang merasuk minda mereka dikenalpasti sebagai : ‘setiap orang berhak ditolak pendapatnya dan diterima pendapatnya kecuali Rasul’ dan juga ‘setiap orang melakukan kesilapan kecuali Rasul’, dalam misi mereka menuju retorika yang tak kesampaian : ‘Manhaj Quran dan Sunnah’.
Bertolak dari situ, kaum wahabi cenderung menilai semula hukum-hakam yang diputuskan ulama tradisional sejak dahulukala lantaran keraguan melampau terhadap wibawa mereka (ulama tradisional). Wahabi tiada kenal hakikat ilmu dan hakikat ulama. Dalam berinteraksi dengan ilmu pengetahuan, mereka lebih mesra dengan perkataan dan lafaz, bukan makna bagi perkataan dan lafaz. Kata lainnya, pemaknaan terhadap nas adalah secara ala kadar. Atau pun, memahami nas secara kaku. Sebab itulah mereka begitu cemerlang memetik nas tertentu, pandangan ulama muktabar, nama kitab, nombor hadith dan darjat hadith tetapi tak berupaya mensyarahkannya dengan mendalam.
Ada banyak lagi aspek lain yang menunjukkan kecelaruan wahabi namun semuanya berpunca dari kesilapan menanggapi ilmu. Sebab itu saya sarankan mereka mengkaji dahulu ‘apa itu ilmu’ secara falsafah (mendalam) dan juga sistem pengambilan ilmu supaya mereka tahu budaya ilmu Islam itu bagaimana, budaya ilmu Barat bagaimana.
Kaum wahabi yang keliru itu, mengelirukan pula umat dengan mempromosi pendapat-pendapat baharu dan ‘moden’ hasil pemikiran celaru mereka. Umat Islam mula mempertikai sesama sendiri dan was-was untuk melakukan amalan agama yang menjadi kebiasaan. Maka perpaduan umat beransur tiada manakala kebudayaan dan jatidiri masyarakat Melayu terhakis.
Ke hadapan umat yang dukacita dikelirukan oleh wahabi, Al-Fadhil Al-Ustaz Muhadir Joll persembahkan buku khusus bertajuk ‘Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama – Inilah Jawapannya’. Ia hadir sebagai sebuah ensiklopedia setebal hampir 1000 mukasurat menghimpun soal-jawab 179 masalah yang sering dibangkitkan dalam masyarakat melengkapi dimensi agama yang tiga iaitu akidah, ibadah, dan akhlak. Selain itu disertai juga panduan untuk mendepani masalah khilafiyah.
Penjelasan oleh buku ini detil berakarkan pemikiran Islam yang asli, bergaya moden, dan sesuai untuk sesiapa yang tulus mencari kebenaran. Buku ini membuktikan keulungan Al-Fadhil sebagai mewakili ulama aliran tradisional yang hidup dalam lingkungan kemodenan.
Buku ini adalah rujukan tuntas dan meyakinkan apabila berhadapan masalah khilafiyyah. Khilafiyyah bermaksud perkara yang tidak disepakati hukumnya dikalangan ulama – pada hari ini terlalu kerap muncul di ruang awam. Contohnya, melakukan tahlil sempena kematian. Lantaran itu lah ia menjadi sangat penting untuk dimiliki setiap orang. Paling memerlukannya adalah golongan pelajar kerana mereka ini paling lantang berbicara soal khilafiyah.
Saya bukanlah berhasrat untuk lebih-lebih mencanangkan kehebatan buku ini atas tujuan komersial. Nak buat apa? Sebaliknya ini atas tujuan perjuangan mentuankan kembali keluhuran keilmuan Islam yang ditandai oleh ulama tradisional. Juga insha Allah sebagai cahaya menyuluh jalan orang-orang yang mengelirukan dan dikelirukan.
Kata-kata akhir saya : kita meraikan berbilangnya pandangan namun ketahuilah kebenaran itu jumlahnya tetap satu tidak berbilang. Kita tidak meraikan semua pandangan, kita hanya meraikan pandangan yang matang kerana mana mungkin pandangan seorang anak kecil diraikan.
sila klik pada gambar
*klik sini untuk maklumat seterusnya tentang buku
*Pelajar Darul Quran yang nak beli boleh maklumkan kepada ana 0136247915

14 Mac 2011

10 Tanda Hati Mati

10 Tanda Hati Mati

10 Tanda Hati Mati
Syeikh Ibrahim Adham menyatakan 10 tanda hati mati iaitu :
1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.
2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.
5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Rauhah Guru Mulia: Bersalaman mengilangkan rasa dengki di hatiRauhah Guru Mulia: Bersalaman mengilangkan rasa dengki di hati

Rauhah Guru Mulia: Bersalaman mengilangkan rasa dengki di hati

Rauhah Guru Mulia: Bersalaman mengilangkan rasa dengki di hati
Bersalaman menghilangkan rasa dengki. Telah berkata Guru Kami, Guru Mulia al-‘Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله تعالى di dalam kitabnya Mamlakatul Qalbi wal A’adho`, pada pelajaran yang ke-10, sub tajuk “Kesan (Pengaruh) Mushofahah (Bersalaman) Pada Hati”:
“ Tangan boleh menjadi penyebab dari banyak hal yang berhubungan dengan urusan-urusan maknawiyyah dan ghaibiyyah dan juga memiliki pengaruh yang luas dan jelas di tengah-tengah masyarakat. Maka dari situ, datanglah syariat yang suci kepada kita, yang membawa ajaran menghulurkan tangan untuk bersalaman sesama Muslim. Dan dijadi hal yang demikian itu suatu sebab bagi urusan yang berkaitan dengan hati, iaitu menghilangkan kedengkian di dalam hati. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ عَنْ قُلُوْبِكُمْ
Terjemahan: Saling bersalamanlah kalian, maka akan hilang rasa dengki dari hati-hati kalian.
Bahkan segala urusan dari urusan-urusan jasad dan dzahir, baginya ada keterkaitan dengan kebathinan dan juga hati. – Mamlakatul Qalbi wal A’adhoie, halaman 62
Terimakasih buat Ustaz Muhammad Nasrullah kerana menghadiahkan kitab yang sangat berharga ini kepada al-Fagir sewaktu mengunjungi Tarim tahun lepas
http://al-fanshuri.blogspot.com

Kalam Salaf: AKU TIDAK TAHU

Kalam Salaf: AKU TIDAK TAHU

Kalam Salaf: AKU TIDAK TAHU
Al-Imam Abu ‘Abdullah al-Harits ibn Asad al-Muhasibi (wafat 243H) menyebut di dalam karya beliau berjudul Risaalah al-Mustarsyidiin:
Sayyiduna ‘Ali رضي الله عنه berkata (terjemahannya): Jangan kamu takuti kecuali terhadap dosamu, jangan kamu berharap kecuali kepada Rabbmu, orang yang tidak mengetahui jangan malu untuk bertanya sehingga menjadi tahu dan janganlah orang yang ditanya tentang sesuatu yang dia tidak tahu untuk berkata AKU TIDAK TAHU. (Lihat Risaalah al-Mustarsyidin oleh Imam al-Muhasibi,halaman 81 – 82). Syeikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam komentarnya kata-kata di atas membawa kata-kata para ulama tentang berkata: AKU TIDAK TAHU. Antaranya:
Telah meriwayatkan Ibn ‘Abd al-Bar di dalam Jaami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlihi (terjemahannya): Sebahagian ahli ‘ilmu mengatakan: Belajarlah (untuk berkata) AKU TIDAK TAHU dan jangan belajar (untuk berkata) AKU TAHU. Kerana seandainya engkau berkata AKU TIDAK TAHU, nescaya mereka mengajarmu sehingga engkau tahu dan seandainya engkau berkata AKU TAHU, nescaya mereka bertanya kepadamu sehingga engkau tidak tahu. – Tamat petikan –
Kisah
Imam Malik رضي الله عنه adalah seorang ulama besar Madinah dan pengasas kepada mazhab Maliki, merupakan guru kepada Imam asy-Syafie رضي الله عنه. Mendapat julukan sebagai Imam Dar al-Hijrah. Akan tetapi sekalipun beliau seorang muhaddits dan faqih, beliau sangat berhati-hati di dalam menjawab permasalahan atau berfatwa. Sehingga suatu ketika seseorang datanglah seorang lelaki dari Baghdad ke Madinah khusus untuk bertanya kepada Imam Malik رضي الله عنه akan beberapa masalah (pengajaran: (1) lihatlah betapa bersemangatnya orang-orang dulu, sanggup mengembara jauh hanya untuk beberapa masalah dari ulama yang mu’tabar, manakala kini majlis ilmu sebelah rumah pun berat nak hadir … (2) bertanya kepada ulama yang mu’tabar, bukannya kepada yang ‘setengah masak’, ‘mujtahid gadungan’ atau berguru dengan internet …. hehehe). Maka lelaki tersebut mengajukan lebih kurang 18 masalah. Daripada 18 masalah tersebut hanya tiga masalah sahaja yang dijawab oleh Imam Malik رضي الله عنه, sedangkan untuk masalah selebihnya beliau hanya mengucapkan: AKU TIDAK TAHU! AKU TIDAK TAHU! (pengajaran: perhatikan bagaimana berhati-hatinya ulama untuk menjawab permasalahan atau berfatwa, dan tidak malu untuk mengucapkan sesuatu yang belum pasti dengan AKU TIDAK TAHU. Manakala masyarakat kita kini yang tidak berautoriti dalam masalah hukum pun, mengeluarkan fatwa dan sebagainya. Bahkan ada berlagak seumpama mujtahid tarjih, ada yang kondem ulama-ulama bertaraf mujtahid terdahulu, macam-macam lagi lah! …. Seolah-olah mereka lebih berilmu dari para ulama terdahulu sedangkan pada hakikatnya …. Habuk pun tak dak!!!…..).
Maka lelaki tersebut berkata: Wahai Imam Malik, aku datang jauh-jauh hanya untuk menanyakan kepadamu masalah ini, sedangkan engkau hanya mengucapkan tidak tahu?
Imam Malik رضي الله عنه bertanya:Dari mana engkau datang?
Lelaki tersebut menjawab: Aku datang dari Baghdad.
Imam Malik bertanya lagi: Masjid mana yang menaranya paling tinggi di Baghdad?
Lalu lelaki itu menjawabnya seraya menyebutkan nama suatu masjid yang paling tinggi menaranya di Baghdad.
Lantas berkata Imam Malik berkata: Bila engkau pulang ke Baghdad, pergilah ke masjid tersebut dan naiklah ke puncak menaranya, lalu berteriaklah dengan sekuat suaramu agar semua orang mendengar bahwa Malik bin Anas adalah orang yang paling bodoh. – Tamat kisah –
Inilah sifat orang yang berilmu iaitu berani dan tidak malu untuk berkata AKU TIDAK TAHU. Ibrahim an-Nakhaie bertanya kepada ‘Amir asy-Sya’bi (yakni seorang imam yang ‘alim pada zaman tabi’in) suatu masalah. Lalu ‘Amir menjawab: AKU TIDAK TAHU. Maka berkatalah Ibrahim an-Nakhaie: Demi Allah! Inilah orang yang berilmu, ketika ditanya tentang sesuatu yang dia tidak tahu (jawapannya), maka dia berkata: AKU TIDAK TAHU.

Menarik di Pondok Habib

Top Posts for 2010-07-26

2010-07-26

TajukDibaca
Home pageMore stats3,800
PEMBAHASAN SEKITAR MALAM NISFU SYABAN (Bagian I) Bersama Gus ImMore stats2,419
Malam Nisfu Sya’banMore stats1,795
AMALAN DI MALAM NISFU SYA’BAN (Bagian II)More stats1,336
Keutamaan malam nishfu sya’banMore stats1,020
Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’banMore stats768
Nisfu Syaaban dan RamadanMore stats439
Apa keistimewaan malam Nisfu Syaaban?More stats428
Habib Munzir Al Musawwa : Panduan malam nishfu sya’banMore stats301
Amalan amalan di bulan Sya’banMore stats203
Sambutan Malam Nisfu Sya'abanMore stats187
Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu More stats183
Mendapatkan Ilmu Laduni Menurut Alqur’anMore stats182
3 Hizib Wali QutubMore stats176
17 Habaib Berpengaruh Di IndonesiaMore stats175
Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya’banMore stats124
Nisfu Syaaban dan RamadanMore stats112
Ibnu Taimiyyah menghidupkan Nishfu Sya’ban dengan amalan khusus.More stats85
Hidupkan Sya’aban dan Nisfu Sya’aban dengan amalan solehMore stats75
Shalat tasbih dan shalat nisfu sya’ban itu bid’ah ?More stats74
Kisah Karomah Habib Munzir Al MusawwaMore stats71
#5672 (deleted)More stats66
#5950 (deleted)More stats56
Nisfu Sya’baanMore stats55
ULASAN TERHADAP ARTIKEL: kUMPULAN DAKWAH DIANGGAP BERDOSA, UMNO BAGAIMANAMore stats46
#7734 (deleted)More stats42
Puasa Sunnah di Bulan Sya’banMore stats38
Amalan malam Nishfu Sya’banMore stats36
Amalan Hizib dan Ucapan Syeikh Abu-l Hassan Al Syadzuli More stats33
Akhir Sya`baanMore stats30
Pengajaran peristiwa Israk dan MikrajMore stats28
Thariqah Alawiyah, Jalan Lurus Menuju AllahMore stats28
Cerita Karomah Habib Munzir Al Musawwa More stats26
Ziarah Kubur WaliMore stats26
Kelebihan La ilaaha illallahMore stats25
Sorotan Seminar Asha’irah di UMMore stats24
Dahsyatnya Tenaga DoaMore stats24

10 Mac 2011

Majlis Maulidur Rasul S.A.W Darul Murtadza (Maulid Bulanan)

Majlis Maulidur Rasul S.A.W Darul Murtadza (Maulid Bulanan)
Masa
11hb Mac · 9.30 ptg – 11.30 ptg
Lokasi
Surau Al Hidayah (berhampiran dgn Sek.Keb.Keramat AU3
Jalan 6/56, AU3, Keramat,
Kuala Lumpur, Malaysia
Direka Oleh:
Darul Murtadza
lebih info
Majlis Ta’lim Darul Murtadza menjemput antum sekeluarga hadir ke majlis Maulidur Rasul SAW bulanan pimpinan ALHABIB ALI ZEINAL ABIDIN AL-HAMID pada tarikh & masa di atas.
Aturcara majlis :
9:30 pm : Bacaan Maulid Adh-Dhiya’Ullami’ & Qasidah.
Tausiyah oleh AlHabib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid
(Pembahasan Kitab Fiqhus Sirah)
10:45pm : Jamuan ringan & bersurai
Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ini. Mohon disebarkan!!
Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir, anda juga boleh melayari
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fustre.am%2FtL7N&h=381c8
untuk tontonan siaran langsung majlis tersebut.
Tambahan : Mulai majlis maulid bulan ini, Alhabib Ali akan membahaskan kitab “Fiqhus Sirah” karangan Sheikh Muhammad Said Ramadhan AlBouti.Kitab ini akan dibahaskan setiap kali majlis maulid bulanan sahaja.Kitab tersebut boleh didapati selepas majlis tersebut.
Jazakumullah khairan kasiran

09 Mac 2011

KINRARA BERSELAWAT

KINRARA BERSELAWAT


KUCHING BERSELAWAT 2011

KUCHING BERSELAWAT 2011


08 Mac 2011

Syeikh Nuruddin @ Masjid Negeri Shah Alam

Syeikh Nuruddin @ Masjid Negeri Shah Alam


04 Mac 2011

Majlis Maulidur Rasul di Bukit Jelutong

Majlis Maulidur Rasul di Bukit Jelutong


Surau Al Ikhlas Bukit Jelutong menganjurkan sambutan Maulud Nabi SAW seperti berikut:
Tarikh : Sabtu 5 Mac 2011 (30 Rabiulawwal 1432H)
Masa : 7.00 petang
Tempat : Surau Al Ikhlas, Jalan Rabung, Bukit Jelutong, Shah Alam
Aturcara:
7.00 Membaca Wirdu Latif
7.30 Solat Maghrib
8.00 Bacaan Maulid Dhiaullami’
Qasidah-qasidah
8.45 Ceramah oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid
9.30 Solat Isya’
9.40 Jamuan
Muslimin muslimat bersama keluarga dijemput hadir.

Majlis Ilmu: Syeikh Nuruddin di UTM

Majlis Ilmu: Syeikh Nuruddin di UTM